Sebelum ini saya pernah menulis sedikit berkenaan sawan beranak, sebenarnya semasa hari saya hendak melahirkan iaitu pada 16hb October 2010, saya telah mengalami eclampsia secara tiba2, ia bermula dengan tekanan darah saya yg tiba2 naik mendadak sehingga mencecah 145/100. Sya pun jadi pelik coz selama ini tekanan darah saya berada di tahap normal ialah 120/90. Saya ingat lagi pada jam 2 pagi, saya di bawa turun ke labour room kerana mengalami konstraksi. Masa tu jalan baru buka 2cm. Keadaan labour room yang sangat dingin tu membuatkan kepala saya jadi pening.Pada masa tu lah doctor periksa tekanan darah saya tinggi disertai pula dengan sakit kepala. Saya kemudiaan meminta nurse menelefon suami saya untuk masuk ke labour room supaya dapat tolong memicit kepala saya yang tengah sakit.
Hampir jam 6 pagi, doctor pun mula memasukkan ubat. Suami saya pun tiba, saya terus beritahu dia apa yang terjadi. Sakit kepala saya berlarutan sampai ke petang hari dalam jam 4 petang…Sepanjang tempoh tersebut doctor ada buat beberapa kali pemeriksaan tekanan darah tetapi still tinggi lagi. Jalan pula buka setakat 5cm jer.Doktor beritahu saya jika tekanan darah saya still tinggi and kesan ubat tidak mampu buka jalan sampai 8 cm selama 10 jam tersebut, maka saya kena menjalani pembedahan.. Hal ini kerana , tekaan darah tinggi ini akan menjejaskan bayi dalam kandungan. Saya pun beritahu suami keadaan saya yang kemungkinan besar akan menjalani pembedahan. Suami saya setuju jika itu adalah cara terakhir.
Picture after Section-C dan berada di LB. |
Hah..petang tu setelah jalan tak buka sampai 8 cm and sakit kepala pun tak kebah-kebah juga, doctor buat persiapan untuk membawa saya ke bilik pembedahan. Pada masa itu lah, saya dapati kaki saya tiba-tiba mengeletar, saya sempat bertanya kepada nurse yang berada di sebelah saya ‘kenapa ni?’nurse juga turut berkata benda yang sama pada saya. Saya dan menjawab ‘tak tahu’. Then, saya tak sedar pape.
Picture di wad 5E, Hospital Serdang,Selangor. |
Selama saya tidak sedar itulah pembedahan di jalankan selama setengah jam. Apabila pembedahan selesai kedengaran suara memanggil ‘lenny, bangun..kita nak bersihkan badan and buang darah kotor ni’, panggilan tersebut membuatkan sedar lalu membuka mata yang terasa berat ni. Kelihatan dua orang nurse sedang tersenyum sambil membersihkan badan saya. Saya ingin bertanya tetapi suara saya tak keluar.kemudian saya dibawa ke unit rawatan rapi (ICU). Doktor memberitahu saya bahawa saya kena sawan atau eclampsia dan membuatkan saya tidak sedarkan diri.. Tak lama kemudian suami saya datang sambil tersenyum dan mencium dahi saya.saya nak berkata sesuatu tapi suara still lagi tak kuar. Saya hanya mendengar dia berkata nak balik dan nak tanam uri. Uri?? Maknanya saya dah bersalin la..Alhamdulillah..Anakku lahir dengan berat 2.89kg pada jam 4.30 petang. Anakku di bawah jagaan nurse. Keesokan harinya,jam 8 malam barulah saya dibawa ke wad biasa dan pada masa itu lah, saya dan anak baru dapat bersama..saya terpaksa tinggal selama 5 hari di hospital untuk pemantauan kesihatan. Mujur la progress in poor eclampsia..Tak pa lah, yang penting ibu dan anak dah selamat. Syukur Alhamdulillah…J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan