Nuffnang Ads

Khamis, 30 Disember 2010

Jom Cergas dan Ceria Secara Percuma


Memiliki tubuh badan yang langsing dan menarik merupakan impian setiap wanita. Walaupun dah berkahwin dan mempunyai anak, kita masih mendambakan bentuk tubuh yang menarik kerana ia memberi kita keyakinan dan yang paling penting kita boleh menggayakan baju idaman. So, jom cergas dan ceria secara percuma bersama saya..

1. Melompat - Ingat tak semasa kecik-kecik dulu kita suka main lompat tali 'skipping'? Hah kalu nak tau, aktiviti ini mampu membakar sehingga 700 kalori selama satu jam. Kalu bermain di persisiran pantai lompatan ini akan menjadi sukar dan memerlukan tenaga yang berganda kerana pasir pantai mempunyai permukaan yang tidak rata.

2. Tingkatkan pengambilan vitamin C - Pengambilan vitamin C adalah amat digalakkan, jadi banyakkan makan buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti buah oren dan kumpulan buah beri.

3. Jangan berjaga sampai lewat malam - Elakkan untuk berjaga sampai lewat malam. Ini kerana, sebarang aktiviti yang kita lakukan menggunakan tenaga elektrik akan mengganggu keseimbangan minda menjadikan kita nampak letih pada keesokan harinya.

4. Berjemurlah setiap pagi - Amalkan bersenam setiap pagi sebelum jam 11 pagi kerana ia mampu membakar kalori dan kulit mendapat pancaran khasiat vitamin D yang berkualiti. Hal ini kerana khasiat vitamin D akan membebaskan hormon endorfin yang berkuasa membuatkan kita senyum sepanjang hari.

5. Cari keseimbangan tubuh - Tai Chi dan yoga elok untuk melatih titik keseimbangan dalam tubuh. Tak dapat mengikuti kelas yoga bukan lah satu alasan kerana kita boleh mempelajarinya menerusi gambar-gambar yang dipaparkan samada melalui media cetak atau elektrik.
6. Berenang - Teringat semasa kecik-kecik dulu, saya suka curi-curi mandi di sungai tanpa pengetahuan keluarga. Kononnya nak menguji diri pandai berenang ke tak tapi yang sebenarnya da ketagih untuk berenang..hehe..Berenang membuatkan tubuh mudah dilentur dan meningkatkan peredaran darah. Sekali sekala cubalah berenang dalam air yang sejuk, ia mesti menguji kekuatan tubuh badan kita.

7. Tanamlah sayur-sayuran sendiri - Berkebun mampu mengurangkan stress dan cara terbaik untuk memastikan kita mendapat bekalan sayur organik yang terbaik. Di samping  berjaya membakar kalori dalam rubuh badan.

8. Buang tabiat buruk - Buang tabiat buruk seperti merokok kerana ia membahayakan kesihatan kita. Amalkan gaya hidup  yang sihat,

9. Lakukan pemeriksaan kesihatan - Jangan lupa melakukan pemeriksaan kesihatan tubuh kita kerana mencegah lebih baik dari mengubatinya.

10. Biarkan segalanya berlalu - Percaya atau tidak tubuh yang sihat memerlukan minda yang sihat. Jika mempunyai masalah, luahkan jangan pendam dengan syarat luahkannya pada saluran yang betul dan carilah penyelesaian yang sebaiknya.

Hah kan senang tu, semuanya secara percuma tak payah bayar hanya memerlukan azam dan niat masing-masing.

Rabu, 29 Disember 2010

GILLER BATTLE CREW vs WAKAKA CREW - SHOWDOWN 2010 Finals

Sawan Beranak (eclampsia)

Sawan beranak atau eclampsia adalah sejenis penyakit yang puncanya masih tidak diketahui sehingga kini. Sawan beranak sering dikaitkan dengan kehamilan anak sulung. Sungguhpun begitu, sawan beranak tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menyebabkan maut kepada ibu dan bayi, sekiranya serangan berlaku secara kerap.

Sawan atau eclampsia fits berlaku apabila saluran darah dalam otak pecah dan menyebabkan pendarahan serta kerosakan organ-organ dalaman yang lain seperti jantung dan saluran pernafasan. Masalah organ-organ yang tidak berfungsi  inilah yang ada masanya membahayakan wanita hamil dan boleh membawa maut.

Pendedahan awal penting kepada wanita hamil dan juga orang-orang di sekitarnya. Sekiranya wanita hamil di serang sawan semasa di rumah, hendaklah segera dikejarkan ke hospital. Orang-orang di sekitar wanita hamil harus peka dan tahu bagaimana caranya untuk menyelamatkan mereka. Hal ini kerana, pesakit akan menjadi tidak sedarkan diri sepanjang diserang sawan. Kebiasaannya, pesakit akan menelan lidah mereka sendiri yang akan menyebabkan kerongkong tertutup dan menyukarkan pesakit untuk bernafas. Oleh itu, pastikan pesakit tidak menggigit lidah mereka. Letakkan sesuatu dalam mulut pesakit seperti sudu untuk mengelakkan mereka menggigit lidah sendiri.

Bagaimana dengan bayi dalam kandungan?
Menyelamatkan bayi bergantung kepada beberapa faktor seperti usia kandungan ketika serangan sawan berlaku. Jika kandungan kurang dari 7 bulan, kemungkinan bayi dapat diselamatkan amat rendah. Selain itu, berat bayi juga turut mempengaruhi proses menyelamatkan bayi. Berat bayi harus melebihi 5 paun dan akhir skali ialah sepantas mana kita mampu menyelamatkan bayi dalam kandungan. Apapun cara terbaik untuk menyelamatkan bayi adalah dengan menggunakan kaedah pembedahan 'caesarean' secepat mungkin.

Tanda-tanda Awal Sawan Beranak

  • Kenaikan berat badan secara berlebihan semasa kehamilan. Purata kenaikan berat badan sepanjang tempoh mengandung selama 9 bulan ialah 15-16 kg. Kenaikan berat badan mendadak selepas kandungan 6 bulan.
  • Kaki membengkak (edema). Kaki membengkak semasa kehamilan menunjukkan kandungannya sihat, tetapi jika disertai dengan penyakit darah tinggi dan air kencing mengandungi albumin maka bengkak kaki  tersebut adalah tidak normal.
  • Tanda-tanda lain adalah seperti pening kepala, sakit pada ulu hati, pitam serta gangguan penglihatan.
Rawatan Dan Pencegahan
  1. Wanita hamil harus mengawal diri dari makan makanan mengandungi gula, kanji dan lemak.
  2. Rehat dan tidur secukupnya merupakan terapi yang paling baik untuk ibu hamil.
  3. Jauhi diri sebarang situasi yang membolehkan anda berasa tertekan.
  4. Hindari diri dari melakukan kerja-kerja berat kerana boleh memberi tekanan fizikal kepada si ibu.
Apapun yang penting adalah ibu hamil harus menjaga kesihatan diri dan kandungan, bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati. Itu sahaja dari saya untuk kali ini.

Jumaat, 24 Disember 2010

Tabiat Menonton Televisyen yang Baik bagi Kanak-kanak

  1. Hadkan waktu menonton televisyen anak anda.
  2. Rancang apa yang mahu ditonton dengan anak anda.
  3. Jangan terlalu kerap memasang televisyen.
  4. Jangan menonton televisyen semasa waktu makan.
  5. Berikan contoh yang terbaik dengan menghabiskan masa melakukan aktiviti lain selain daripada menonton televisyen.
  6. Beli program televisyen yang berpelajaran. 
  7. Jangan menggunakn televisyen untuk menghukum atau memberikan ganjaran kepada anak anda.

Tip Anakku Mudah Bercakap

Kita sebagai ibubapa pasti tidak sabar untuk mendengar ayat pertama yang keluar dari mulut mungkil si kecil. Tidak tergambar perasaan bahagia apabila si kecil mula menyebut 'mama' dan 'papa', semestinya kita inginkan anak-anak kita petah bercakap. Disini saya kongsikan 5 tip untuk menggalakkan si kecil bercakap iaitu;

1. Namakan satu objek setiap hari daripada rutin hariannya. Sebagai contoh, apabila anda memakaikan pakaian kepada anak anda, beritahu apa yang anda sedang lakukan; ini adalah seluar tidur, yang ini baju tidur. 

2. Mainkan lagu yang berirama seperti "lompat si katak lompat...." atau sebagainya.

3. Bercakap seperti orang dewasa. Jangan bercakap dengan si kecil dalam bahasa kanak-kanak. Sebagai contoh, jika anak anda berkata "nak susu", betulkan ayat tersebut kepada "saya mahu susu".

4. Baca buku cerita bersama-sama kerana ia merupakan cara yang terbaik untuk meningkatkan perbendaharaan kata dan dapat mengembangkan minat mereka terhadap buku.

5. Cuba untuk mendengar kata-kata mereka. Ianya tentulah tidak mudah apabila anda sedang sibuk tetapi anda harus melihat mereka apabila mereka bercakap. Hal ini dapat memberi keyakinan kepada si kecil semasa bercakap.

Selasa, 21 Disember 2010

Diet Punca Gemuk

Hah, pasti ramai wanita akan segera membelek tubuh di depan cermin sebaik sahaja pulang dari makan besar bersama rakan-rakan. Ada yang terus menimbang berat badan, masing-masing berkumpul dan mula membuka buku nota serta tak kurang juga berbincang  bagaimana cara berdiet yang sesuai. Tetapi tahukah kita wahai kaum wanita yang diet juga punca kita menjadi gemuk jika tidak dijalankan secara teratur. Ada baiknya kita perika semula cara kita berdiet dan kaji setiap kesilapan yang mungkin kita lakukan ketika berdiet. Disini saya kongsikan punca2 kesilapan kita semasa berdiet, antaranya adalah seperti berikut  :

Kesilapan Diet


1. Mengelak Makan Pagi
Sarapan merupakan waktu makan yang paling penting untuk kita. Walaupun kebanyakan wanita sedar bahawa bersarapan pagi itu penting namun bagi mengelakkan kita makan banyak, kita biarkan sahaja perut kelaparan. Bagi mengalas perut, kita cuma mengambil secawan kopi dan makan sandwich tuna, kononnya nak kurangkan kalori dalam badan. Sebenarnya selepas 10 jam, perut akan mudah terasa lapar terutamanya pada waktu tengah hari atau makan malam sekiranya kita tak mengambil sarapan pagi. akibatnya kita akan mengumpul  semua kalori yang tidak sepatutnya semasa makan pada waktu lain. Untuk pengetahuan kita semua, sarapan bukan hanya sekadar mengawal selera makan anda pada waktu tengah hari atau makan malam bahkan ia membantu mencairkan lemak. Di samping itu, sarapan dengan diet sihat akan merangsang metabolisme aktif dan memudahkan kalori dalam badan dibakar.

2. Makan 'Benda' yang Sama
Keletihan semasa bekerja akan merangsang selera makan kita untuk menghadap makanan segera terutama pada waktu malam. Makanan yang menjadi kegilaan ramai untuk makan malam adalah pizza, burger, KFC atau sup segera dalam tin yang hanya perlu dipanaskan. Bukanlah menjadi kesalahan untuk makan makanan sebegitu, tetapi jika terus diamalkan badan akan menjadi lemah kerana kekurangan khasiat. Menurut kajian, makanan paling berkhasiat sekalipun sekiranya dimakan  secara berulang kali tidak mampu untuk membekalkan khasiat yang diperlukan tubuh kita.

3. 'Pulun' Salad
Ramai kaum wanita cuba mengawal pemakanan dengan cara memakan salad, dengan andaian memakan salad berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat memberi kita tenaga dan sebagai bonusnya berat badan akan turun. Sebenarnya semua itu hanya alasan belaka, tengah hari makan salad dan malam pula semua snek habis di makan.! Hehehe..

4. Ikat Perut
Kebanyakan kita sebagai kaum wanita sanggup berlapar untuk menjaga berat badan atau mengurangkan berat badan yang semakin meningkat. Sekiranya kita mengawal nafsu makan dan berlapar selama lebih kurang lima jam, ia hanya akan memperlahankan metabolisme kita. Cara ini memang berkesan untuk seketika sahaja malah berat badan akan melonjak sebaik sahaja mula makan seperti biasa. Jadi ikat perut biar berpada-pada la yer..

5. Banyaknya Kalori
Bayangkan kita mengambil Latte (pagi)+ Coklat panas (tengah hari) + Float = 900kj kalori dikumpul dalam sehari. Banyak tu..Lebih teruk lagi minuman seperti ini akan merangsangkan lagi selera makan kita. Justeru itu,
kurangkan minuman yang bergula atau berkarbonat.

6. Pandang Remeh
Mengunyah biskut semasa bekerja, mencuba sampel keropok di pasar raya atau menerima setiap makanan yang dihulurkan kepada anda membuatkan anda alpa tentang jumlah kalori yang terkandung dalam makanan tersebut. Jangan ingat dengan hanya merasa makanan-makanan ini, jumlah kalorinya sedikit dan tidak memberi kesan kepada bentuk serta berat badan anda. Namun semuanya itu salah kerana kalori yang anda perolehi dari makanan itu akan bertindak aktif dan kesannya boleh dilihat apabila anda menimbang berat badan pada bulan depan. Hehehe..berjaga-jaga lah.


 



ChurpChurp | Social Share » Be part of the Invent Your Own iPad Application Contest and Win! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Be part of the Invent Your Own iPad Application Contest and Win! (Preview)

Ahad, 19 Disember 2010

Tips Langsing Selepas Bersalin

Tahukah anda bahawa ketika seseorang itu hamil, lemak akan tersimpan lebih daripada satu pertiga daripada jumlah lemak sebelumnya. Kenaikan berat badan juga berbeza bergantung kepada pemakanan dan vitamin yang diambil serta tahap selera semasa hamil. Ketika proses bersalin pula, berat badan akan hilang kira-kira 12.5 hingga 14 paun, baki 12 hingga 21 paun lebihan berat akan turun sepanjang tempoh berpantang. Selepas itu, penurunan berat badan yang drastik bergantung kepada cara pemakanan dan gaya hidup anda.

Berikut antara panduan tradisi dan moden yang boleh diikuti:

Pemakanan
Jumlah dan kualiti makanan yang diambil selepas proses melahirkan anak memberikan impak yang besar kepada berat badan dan kesihatan anda. Sewaktu berpantang, penting untuk anda untuk tidak mengambil makanan yang menggemukkan. Makanan yang disyorkan adalah ulam-ulaman dan masakan yang menggunakan rempah-ratus. Elakkan makanan yang pedas, gatal, berminyak, gula dan berlemak, makanan yang diperbuat dari gandum seperti roti dan bijirin, serat dan hasil tenusu. Amalkan pemakanan diet rendah lemak, vitamin dan mineral tetapi kaya dengan gentian. Pandangan pakar diet dan pemakanan adalah jalan terbaik untuk dapatkan pengetahuan yang secukupnya sebelum memulakan sebagram diet.rang pro

Herba dan Jamu
Herba khususnya akar kayu dan jamu antara yang terpenting bagi setiap wanita selepas bersalin. Bahan semula jadi ini berkhasiat memulihkan urat saraf dan memulihkan luka-luka di bahagian dalam ketika bersalin. Selain mengecutkan peranakan dan membuang sisa-sisa angin pada urat, jamu juga menjadikan tubuh menjadi sentiasa hangat.Tubuh yang hangat mempercepatkan kadar metabolisme dan memudahkan kalori terbakar kerana ibu  bersalin tidak digalakkan bergerak aktif. Pemilihan jamu yang betul berfungsi menghancurkan ketulan-ketulan lendir, sisa bahan makanan dan angin bertoksik yang berlingkar di celah-celah urat saraf, otot dan sendi dalam badan.

Pengambilan Pil Diet
Pil diet bukanl jawapan tepat kepada masalah berat badan. Adakalanya, pil diet boleh mendatangkan mudarat kerana bahan terkandung di dalam pil tersebut akan menyebabkan darah tinggi dan sakit jantung.

Apapun, yang penting jangan keterlaluan dan biarlah bersikap realistik dalam semua hal. Sediakan matlamat untuk kurus, kawal selera makan dan jadikan gambar lama anda untuk memotivasikan diri anda.

Berikut 6 tips mudah untuk kurus;

Bertungku
Selepas bersalin perut lebih mudah membuncit dan mengeleber kerana lapisan perut yang ditinggalkan oleh bekas kandungan. Beertungku atau bertuam dengan menggunakan batu khas boleh membantu untuk mengembalikan perut kepada keadaan normal. Tujuannya, adalah untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim serta urat saraf disekeliling peranakan dan juga bahagian-bahagian lain.

Berbengkung
Bengkung digunakan untuk mencegah peranakan 'jatuh', mengecutkan semula peranakan serta memulihkan kulit perut. Sebelum berbengkung, perut elok disapukan dengan bahan campuran yang ditumbuk seperti lada hitam, raga tapai dan air asam jawa. Selain itu, kaedah moden pemakaian 'girdle' juga boleh digunakan. Pastikan 'girdle' tersebut mampu memberi tindak balas yang positif untuk mengembalikan tubuh badan kepada bentuk asal.

Berurut
Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan prngeluaran darah nifas  serta kekotoran.

Senaman
Senaman ringan boleh dilakukan untuk mengembalikan otot-otot yang telah kendur. Tiga hari atau seminggu selepas bersalin adalah proses awal senaman ringan. Berjalan kaki adalah senaman awal yang terbaik. Selain itu, anda juga boleh bersenam dengan bayi atau bersenam ketika mandi.

Penyusuan
Penyusuan sebenarnya membantu mengurangkan berat badan yang diperolehi sepanjang tempoh kehamilan, sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan selepas waktu kelahiran. Untuk proses penyusuan, berhati-hati memilih makanan dan jangan mengambil diet yang ekstrem.Perlu diingatkan bahawa penyusuan badan tidak menghalang anda untuk mengamalkan diet, tetapi pastikan kalori anda tidak terbuang melebihi 1800 sehari.

Terburu-buru untuk berdiet bukan penyelamat. Dalam tempoh berpantang tumpukan perhatian pada pemakanan yang sihat dan tip-tip untuk senaman yang bersesuaian. sekurang-kurangnya tunggu sehingga enam minggu selepas kelahiran untuk memulakan senaman. Harus diingatkan sekali lagi, bahawa tidak semua bahagian tubuh ibu-ibu yang bersalin dapat kembali seperti sedia kala terutama bahagian pinggul dan pinggang.



Rabu, 15 Disember 2010

Riba dan Islam

Istilah dan persepsi mengenai riba begitu hidupnya di dunia Islam. Oleh karenanya, terkesan seolah-olah doktrin riba adalah khas Islam. Orang sering lupa bahwa hukum larangan riba, sebagaimana dikatakan oleh seorang Muslim Amerika, Cyril Glasse, dalam buku ensiklopedinya, tidak diberlakukan di negeri Islam modern manapun. Sementara itu, kebanyakan orang tidak mengetahui bahwa di dunia Kristenpun, selama satu milenium, riba adalab barang terlarang dalam pandangan theolog, cendekiawan maupun menurut undang-undang yang ada.

Di sisi lain, kita dihadapkan pada suatu kenyataan bahwa praktek riba yang merambah ke berbagai negara ini sulit diberantas, sehingga berbagai penguasa terpaksa dilakukan pengaturan dan pembatasan terhadap bisnis pembungaan uang. Perdebatan panjang di kalangan ahli fikih tentang riba belum menemukan titik temu. Sebab mereka masing-masing memiliki alasan yang kuat. Akhirnya timbul berbagai pendapat yang bermacam-macam tentang bunga dan riba.

Pengertian Riba
Kata Ar-Riba adalah isim maqshur, berasal dari rabaa yarbuu, yaitu akhir kata ini ditulis dengan alif. Asal arti kata riba adalah ziyadah ‘tambahan’; adakalanya tambahan itu berasal dari dirinya sendiri, seperti firman Allah swt:

(ihtazzat wa rabat) “maka hiduplah bumi itu dan suburlah.” (QS Al-Hajj: 5).
Dan, adakalanya lagi tambahan itu berasal dari luar berupa imbalan, seperti satu dirham ditukar dengan dua dirham.

Hukum Riba
Riba, hukumnya berdasar Kitabullah, sunnah Rasul-Nya dan ijma’ umat Islam:

Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka permaklumkanlah bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kami tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (QS Al-Baqarah: 278-279).

Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri, melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila.” (QS Al-Baqarah: 275).

Allah memusnahkan riba dan menyuburkan shadaqah.” (QS Al-Baqarah: 276).

Dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda, “Jauhilah tujuh hal yang membinasakan.” Para sahabat bertanya, “Apa itu, ya Rasulullah?” Jawab Beliau, “(Pertama) melakukan kemusyrikan kepada Allah, (kedua) sihir, (ketiga) membunuh jiwa yang telah haramkan kecuali dengan cara yang haq, (keempat) makan riba, (kelima) makan harta anak yatim, (keenam) melarikan diri pada hari pertemuan dua pasukan, dan (ketujuh) menuduh berzina perempuan baik-baik yang tidak tahu menahu tentang urusan ini dan beriman kepada Allah.” (Muttafaqun ‘alaih: Fathul Bari V: 393 no: 2766, Muslim I: 92 no: 89, ‘Aunul Ma’bud VIII: 77 no: 2857 dan Nasa’i VI: 257).

Dari Jabir ra, ia berkata. “Rasulullah saw melaknat pemakan riba, pemberi makan riba, dua saksinya dan penulisnya.” Dan Beliau bersabda, “Mereka semua sama.” (Shahih: Mukhtasar Muslim no: 955, Shahihul Jami’us Shaghir no: 5090 dan Muslim III: 1219 no: 1598).

Dari Ibnu Mas’ud ra bahwa Nabi saw bersabda, “Riba itu mempunyai tujuh puluh tiga pintu, yang paling ringan (dosanya) seperti seorang anak menyetubuhi ibunya.” (Shahih: Shahihul Jami’us Shaghir no: 3539 dan Mustadrak Hakim II: 37).

Dari Abdullah bin Hanzhalah ra dari Nabi saw bersabda, “Satu Dirham yang riba dimakan seseorang padahal ia tahu, adalah lebih berat daripada tiga puluh enam pelacur.” (Shahih: Shahihul Jami’us Shaghir no: 3375 dan al-Fathur Rabbani XV: 69 no: 230).

Dari Ibnu Mas’ud ra dari Nabi saw, Beliau bersabda, “Tak seorang pun memperbanyak (harta kekayaannya) dari hasil riba, melainkan pasti akibat akhirnya ia jatuh miskin.” (Shahih: Shahihul Jami’us Shaghir no: 5518 dan Ibnu Majah II: 765 no: 2279).

Klasifikasi Riba
Riba ada dua macam yaitu riba nasiah dan riba fadhl.
Adapun yang dimaksud riba nasiah ialah tambahan yang sudah ditentukan di awal transaksi, yang diambil oleh si pemberi pinjaman dari orang yang menerima pinjaman sebagai imbalan dari pelunasan bertempo. Riba model ini diharamkan oleh Kitabullah, sunnah Rasul-Nya, dan ijma’ umat Islam.

Sedangkan yang dimaksud riba fadhl adalah tukar menukar barang yang sejenis dengan ada tambahan, misalnya tukar menukar uang dengan uang, menu makanan dengan makanan yang disertai dengan adanya tambahan.

Riba model kedua ini diharamkan juga oleh sunnah Nabi saw dan ijma’ kaum Muslimin, karena ia merupakan pintu menuju riba nasiah.

Beberapa Barang yang padanya Diharamkan Melakukan Riba
Riba tidak berlaku, kecuali pada enam jenis barang yang sudah ditegaskan nash-nash syar’i berikut:

Dari Ubaidah bin Shamir ra bahwa Rasulullah saw bersabda, “(Boleh menjual emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, sya’ir (sejenis gandum) dengan sya’ir, kurma dengan kurma, garam dengan garam, sebanding, sama dan tunai, tetapi jika berbeda jenis, maka juallah sesukamu, apabila tunai dengan tunai.” (Shahih: Mukhtashar Muslim no: 949, dan Muslim III: 1211 no: 81 dan 1587).

Dengan demikian, apabila terjadi barter barang yang sejenis dari empat jenis barang ini, yaitu emas ditukar dengan emas, tamar dengan tamar, maka haram tambahannya baik secara riba fadhl maupun secara riba nasiah, harus sama baik dalam hal timbangan maupun takarannya, tanpa memperhatikan kualitasnya bermutu atau jelek, dan harus diserahterimakan dalam majlis.

Dari Abi Sa’id al-Khudri ra bahwa Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kamu menjual emas kecuali sama, janganlah kamu tambah sebagiannya atas sebagian yang lain, janganlah kamu menjual perak dengan perak kecuali sama, janganlah kamu tambah sebagiannya atas sebagian yang lain, dan janganlah kamu menjual emas dan perak yang barang-barangnya belum ada dengan kontan.” (Muttafaqun ‘alaih: Fathul Bari IV: 379 no: 2177, Muslim III: 1208 no: 1584, Nasa’i VII: 278 dan Tirmidzi II: 355 no: 1259 sema’na).

Dari Umar bin Khattab ra bahwa Rasulullah saw bersabda. “Emas dengan emas adalah riba kecuali begini dengan begini (satu pihak mengambil barang, sedang yang lain menyerahkan) bur dengan bur (juga) riba kecuali begini dengan begini, sya’ir dengan sya’ir riba kecuali begini dengan begini, dan tamar dengan tamar adalah riba kecuali begini dengan begini.” (Muttafaqun’alaih: Fathul Bahri IV: 347 no: 2134, dan lafadz ini bagi Imam Bukhari, Muslim III: 1209 no: 1586, Tirmidzi II: 357 no: 1261, Nasa’i VII: 273 dan bagi mereka lafadz pertama memakai adz-dzahabu bil wariq (emas dengan perak) dan Aunul Ma’bud IX: 197 no: 3332 dengan dua model lafadz).

Dari Abu Sa’id ra, ia bertutur: Kami pada masa Rasulullah saw pernah mendapat rizki berupa tamar jama’, yaitu satu jenis tamar, kemudian kami menukar dua sha’ tamar dengan satu sha’ tamar. Lalu kasus ini sampai kepada Rasulullah saw maka Beliau bersabda, “Tidak sah (pertukaran) dua sha’ tamar dengan satu sha’ tamar, tidak sah (pula) dua sha’ biji gandum dengan satu sha’ biji gandum, dan tidak sah (juga) satu Dirham dengan dua Dirham.” (Muttafaqun ’alaih: Muslim III: 1216 no: 1595 dan lafadz ini baginya, Fathul Bari IV: 311 no: 2080 secara ringkas dan Nasa’i VII: 272).

Manakala terjadi barter di antara enam jenis barang ini dengan lain jenis, seperti emas ditukar dengan perak, bur dengan sya’ir, maka boleh ada kelebihan dengan syarat harus diserahterimakan di majlis:
Berdasar hadits Ubadah tadi:

…tetapi jika berlainan jenis maka juallah sesukamu, apabila tunai dengan tunai.”
Dalam riwayat Imam Abu Daud dan lainnya dari Ubadah ra Nabi saw bersabda: “Tidak mengapa menjual emas dengan perak dan peraknya lebih besar jumlahnya daripada emasnya secara kontan, dan adapun secara kredit, maka tidak boleh; dan tidak mengapa menjual bur dengan sya’ir dan sya’irnya lebih banyak daripada burnya secara kontan dan adapun secara kredit, maka tidak boleh.” (Shahih: Irwa-ul Ghalil V: 195 dan ‘Aunul Ma’bud IX: 198 no: 3333).

Apabila salah satu jenis di antara enam jenis ini ditukar dengan barang yang berlain jenis dan ‘illah ‘sebab’, seperti emas ditukar dengan bur, atau perak dengan garam, maka boleh ada kelebihan atau secara bertempo, kredit:
Dari Aisyah ra bahwa Nabi saw pernah membeli makanan dari seorang Yahudi secara bertempo, sedangkan Nabi saw menggadaikan sebuah baju besinya kepada Yahudi itu. (Shahih: Irwa-ul Ghalil no: 1393 dan Fathul Bari IV: 399 no: 2200).

Dalam kitab Subulus Salam III: 38, al-Amir ash-Sha’ani menyatakan. “Ketahuilah bahwa para ulama’ telah sepakat atas bolehnya barang ribawi (barang yang bisa ditakar atau ditimbang, edt) ditukar dengan barang ribawi yang berlainan jenis, baik secara bertempo meskipun ada kelebihan jumlah atau berbeda beratnya, misalnya emas ditukar dengan hinthah (gandum), perak dengan gandum, dan lain sebagainya yang termasuk barang yang bisa ditakar.”

Namun, tidak boleh menjual ruthab (kurma basah) dengan kurma kering, kecuali para pemilik ‘ariyah, karena mereka adalah orang-orang yang faqir yang tidak mempunyai pohon kurma, yaitu mereka boleh membeli kurma basah dari petani kurma, kemudian mereka makan dalam keadaan masih berada di pohonnya, yang mereka taksir, mereka menukarnya dengan kurma kering.

Dari Abdullah bin Umar ra, bahwa Rasulullah saw melarang muzabanah. Muzabanah ialah menjual buah-buahan dengan tamar secara takaran, dan menjual anggur dengan kismis secara takaran. (Muttafaqun ‘alaih: Fathul Bari IV: 384 no: 2185, Muslim III: 1171 no: 1542 dan Nasa’i VII: 266)

Dari Zaid bin Tsabit ra bahwa Rasulullah saw memberi kelonggaran kepada pemilik ‘ariyyah agar menjualnya dengan tamar secara taksiran. (Muttafaqun‘alaih: Muslim III: 1169 no: 60 dan 1539 dan lafadz ini baginya dan sema’na dalam Fathul Bari IV: 390 no: 2192, ‘Aunul Ma’bud IX: 216 no: 3346, Nasa’i VII: 267, Tirmidzi II: 383 no: 1218 dan Ibnu Majah II: 762 no: 2269).
Sesungguhnya Nabi saw melarang menjual kurma basah dengan tamar hanyalah karena kurma basah kalau kering pasti menyusut.

Dari Sa’ad bin Abi Waqqash ra bahwa Nabi saw pernah ditanya perihal menjual kurma basah dengan tamar. Maka Beliau (balik) bertanya, “Apakah kurma basah itu menyusut apabila telah kering?” Jawab para sahabat, “Ya, menyusut.” Maka Beliaupun melarangnya. (Shahih: Irwa-ul Ghalil no: 1352, ‘Aunul Ma’bud IX: 211 no: 3343, Ibnu Majah II: 761 no: 2264, Nasa’i VII: 269 dan Tirmidzi II: 348 no: 1243).

Dan, tidak sah jual beli barang ribawi dengan yang sejenisnya sementara keduanya atau salah satunya mengandung unsur lain.

Riwayat Fadhalah bin Ubaid yang menjadi landasan kesimpulan ini dimuat juga dalam Mukhtashar Nailul Authar hadits no: 2904. Imam Asy-Syaukani, memberi komentar sebagai berikut, “Hadits ini menunjukkan bahwa tidak boleh menjual emas yang mengandung unsur lainnya dengan emas murni hingga unsur lain itu dipisahkan agar diketahui ukuran emasnya, demikian juga perak dan semua jenis barang ribawi lainnya, karena ada kesamaan illat, yaitu haram menjual satu jenis barang dengan sejenisnya secara berlebih.”

Dari Fadhalah bin Ubaid ia berkata: “Pada waktu perang Khaibar aku pernah membeli sebuah kalung seharga dua belas Dinar sedang dalam perhiasan itu ada emas dan permata, kemudian aku pisahkan, lalu kudapatkan padanya lebih dari dua belas Dinar, kemudian hal itu kusampaikan kepada Nabi saw, Maka Beliau bersabda, ‘Kalung itu tidak boleh dijual hingga dipisahkan.’” (Shahih: Irwa-ul Ghalil no: 1356, Muslim III: 1213 no: 90 dan 1591, Tirmidzi II: 363 no: 1273, ‘Aunul Ma’bud IX: 202 no: 3336 dan Nasa’i VII: 279).

Islam bersikap sangat keras dalam persoalan riba semata-mata demi melindungi kemaslahatan manusia, baik dari segi akhlak, masyarakat maupun perekonomiannya.Kiranya cukup untuk mengetahui hikmahnya seperti apa yang dikemukakan oleh Imam ar-Razi dalam tafsir Qurannya sebagai berikut:

1. Riba adalah suatu perbuatan mengambil harta kawannya tanpa ganti. Sebab orang yang meminjamkan uang 1 dirham dengan 2 dirham, misalnya, maka dia dapat tambahan satu dirham tanpa imbalan ganti. Sedang harta orang lain itu merupakan standard hidup dan mempunyai kehormatan yang sangat besar, seperti apa yang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW:

2. "Bahwa kehormatan harta manusia, sama dengan kehormatan darahnya."Oleh karena itu mengambil harta kawannya tanpa ganti, sudah pasti haramnya.

3. Bergantung kepada riba dapat menghalangi manusia dari kesibukan bekerja. Sebab kalau si pemilik uang yakin, bahwa dengan melalui riba dia akan beroleh tambahan uang, baik kontan ataupun berjangka, maka dia akan memudahkan persoalan mencari penghidupan, sehingga hampir-hampir dia tidak mau menanggung beratnya usaha, dagang dan pekerjaan-pekerjaan yang berat. Sedang hal semacam itu akan berakibat terputusnya bahan keperluan masyarakat. Satu hal yang tidak dapat disangkal lagi bahwa kemaslahatan dunia seratus persen ditentukan oleh jalannya perdagangan, pekerjaan, perusahaan dan pembangunan.(Tidak diragukan lagi, bahwa hikmah ini pasti dapat diterima, dipandang dari segi perekonomian).

4. Riba akan menyebabkan terputusnya sikap yang baik (ma'ruf) antara sesama manusia dalam bidang pinjam-meminjam. Sebab kalau riba itu diharamkan, maka seseorang akan merasa senang meminjamkan uang satu dirham dan kembalinya satu dirham juga. Tetapi kalau riba itu dihalalkan, maka sudah pasti kebutuhan orang akan menganggap berat dengan diambilnya uang satu dirham dengan diharuskannya mengembalikan dua dirham. Justru itu, maka terputuslah perasaan belas-kasih dan kebaikan. (Ini suatu alasan yang dapat diterima, dipandang dari segi etika).

5. Pada umumnya pemberi piutang adalah orang yang kaya, sedang peminjam adalah orang yang tidak mampu. Maka pendapat yang membolehkan riba, berarti memberikan jalan kepada orang kaya untuk mengambil harta orang miskin yang lemah sebagai tambahan. Sedang tidak layak berbuat demikian sebagai orang yang memperoleh rahmat Allah. (Ini ditinjau dari segi sosial).

Ini semua dapat diartikan, bahwa dalam riba terdapat unsur pemerasan terhadap orang yang lemah demi kepentingan orang kuat (exploitasion de l'home par l'hom) dengan suatu kesimpulan: yang kaya bertambah kaya, sedang yang miskin tetap miskin. Hal mana akan mengarah kepada membesarkan satu kelas masyarakat atas pembiayaan kelas lain, yang memungkinkan akan menimbulkan golongan sakit hati dan pendengki; dan akan berakibat berkobarnya api pertentangan di antara anggota masyarakat serta membawa kepada pemberontakan oleh golongan ekstrimis dan kaum subversi.

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar


Amalan terbalik orang kita, 10 malam pertama bulan Ramadhan masjid dan surau penuh manakala pasaraya kosong tetapi di 10 malam terakhir Ramadhan, masjid dan surau lengang di pasaraya penuh. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri dan memang diakui oleh semua orang.
Sedangkan di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan tersembunyinya satu malam yang sungguh berkah yang dikatakan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Umat Islam wajib percaya dan seharusnya di cari malam Lailatul Qadar pada malam-malam terakhri bulan Ramadhan bukannya malam-malam itu kita shopping maut untuk persediaan Hari Raya.
Ini berdasarkan firman Allah Ta’ala:

Ertinya: “Bulan Ramadhan adalan bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran”. QS. al-Baqarah: 185
dan al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan, dan Allah Ta’ala berfirman:
Ertinya: “Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada lailatul qadar”. QS. al-Qadar:1.
Jika dikumpulkan dua ayat ini maka akan menjadi sangat jelas bahwa lailatul qadar di bulan Ramadhan manakala hadis Nabi Muhammad SAW mengatakan malam Lailatul Qadar itu di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan . Ini berdasarkan hadis berikut:
“Aisyah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Bersungguh-sungguhlah mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan”, di dalam riwayat Bukhari: “Sentiasa Rasulullah SAW beriktikaf di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, beliau bersabda: “Bersungguh-sungguh untuk mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir bulan Ramadhan”. Di dalam riwayat Bukhari: “Carilah…”. HR. Bukhari, no. 2020 dan Muslim, no. 1196.
Lailatul Qadar lebih ditekankan adanya di malam-malam ganjil daripada malam genap:
Ini berdasarkan hadis berikut:
“Aisyah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Bersungguh-sungguhlah mencari lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan”. HR. Bukhari dan Muslim
Tanda-tanda malam Lailatul Qadar
Malangnya ada di kalangan masyarakat kita pula mengisahkan cerita Lailatul Qadar yang tersilap yang boleh membawa kepada kurafat berkenaan tanda-tanda malam Lailatul Qadar diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menggonggong, dan beberapa tanda yang jelas batil dan rosak.
Ini kerana tidak adanya dalil baik dari al-Quran ataupun hadis yang mendukungnya.
Bagaimanakah tanda-tanda yang benar berkenaan dengan malam yang mulia ini ? Nabi Muhammad SAW pernah mengabarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:
1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)
2. Cahaya mentari lemah, cerah tidak terik pada keesokan harinya
Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ” (HR Muslim)
1. Di pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik
, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar”. Hadits riwayat Muslim, no. 1762.
2. Malam yang cerah, tidak panas tidak juga dingin, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lalilatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula dingin, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/330 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam shahih Ibnu Khuzaimah, 3/330.
Ertinya: “Lailatul Qadar tidak panas tidak juga dingin matahari pagi harinya bersinar lemah kemerah-merahan”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/332 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’, no. 5351.
3. Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan)
, Rasulullah SAW bersabda:
Artinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. HR. Ahmad, no. 22765.
Hendaknya memperbanyak membaca doa اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى pada Lailatul Qadar:
Hal ini berdasarkan sebuah riwayat dari Aisyah RA beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, jika aku mahu berjumpa akan lailatul qadar, apakah yang aku baca?”, beliau bersabda: “Hendaknya kamu mengucapkan:
Ertinya: “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf (dari kesalahan), mencintai maaf, maka maafkanlah aku (dari kesalahan-kesalahanku)”. HR Ibnu Majah, no. 3982.
4.Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lainnya.

Isnin, 13 Disember 2010

Makanan Kekal Muda Buat Si Jejaka

Petua untuk kekal sihat dan muda sepanjang masa sering dikaitkan dengan wanita, namun tahukah anda kaum lelaki juga tidak kurang hebatnya. Disini ingin saya kongsikan tentang beberapa jenis makanan yang sangat sesuai untuk diamalkan oleh kaum lelaki supaya sentiasa sihat dan cergas. Antara makanan tersebut adalah :

Biji Bunga Matahari
Makanan yang dijadikan snek semasa menonton tayangan filem ini sebenarnya banyak khasiatnya. Walaupun sedikit masin, makanan ini kaya dengan kandungan vitamin E semulajadi. Vitamin E merupakan salah satu daripada nutrien penting untuk seseorang itu sentiasa nampak muda.

Kekacang Dan Bayam
Bayam dan kekacang mengandungi bahan-bahan yang dapat membantu, mengelakkan dan merawat kerosakan yang berlaku pada kulit terutama kepada individu yang sudah berumur.

Jus Anggur
Selain menghalang serangan jantung dan strok, jus anggur ini juga membantu untuk mengelakkan kedutan pada kulit muka. Ini kerana kandungan antioksida yang berada di dalamnya membuatkan kulit lebih fleksibel dan elastik.

Lobak Merah Dan Kentang
Kekerapan berjemur di bawah sinar matahari antara faktor yang membuatkan seseorang itu nampak lebih tua dari usianya yang sebenar. Para pengkaji dari Eropah mendapati pigmen-pigmen daripada sumber makanan yang kaya dengan beta karotin seperti ubi keledek dan lobak merah mampu melindungi kulit dari menjadi rosak akibat sinaran 'ultraviolet'.

Sekian saja dari saya untuk hari ini, selepas ini akan menyusul tips-tips kesihatan untuk dikongsi bersama.

Ahad, 12 Disember 2010

Ketawa Penawar Duka

Hari ini saya terasa boring. Anak kesayangan sedang tidur dan suami pula telah k kedai keluar ke pusat kitar semula. Iyalah surat khabar lama sudah berlambak dan berhabuk dalam stor. Daripada ia dimakan anai-anai, baik hantar ke pusat kitar semula ada juga faedahnya. Oh ya, time boring-boring  macam ni saya ada satu cerita kelakar untuk dikongsi bersama-sama.

Tajuk : Taukeh Kedai.

Dari jauh lagi sudah kelihatan ramai orang beratur di sebuah kedai. Mereka berkumpul sejak awal pagi kerana kedai itu mengadakan jualan murah. Sedang semua orang menunggu kedai dibuka, ada seorang lelaki terus saje meluru ke hadapan pintu kedai sebaik turun dari keretanya. Walaupun sudah dihalang, lelaki itu masih meneruskan langkahnya. Ada yang memaki dan ada juga yang menolaknya ketepi tetapi tidak dihiraukannya. Dia terus juga berjalan menuju ke pintu kedai. Sebaik tiba di hadapan kedai, seorang lelaki yang sememangnya sudah benggang dan marah terhadap sikap biadap lelaki itu menumbuk mukanya. Darah yang mengalir di mulutnya tidak dihiraukan. Lelaki itu tetap bangkit dan menuju semula ke hadapan kedai.
" Kau ni tak faham bahasa ke? Dah kena tumbuk pun masih nak potong barisan. Nak kena terajang pulak ke?" kata lelaki yang benggang terhadapnya tadi. Lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya dan menuju ke pintu hadapan kedai. Sekali lagi dia ditumbuk, kali ini oleh beberapa orang lelaki lain pula. Akhirnya lelaki tersebut tidak dapat bersabar lagi lantas menjerit "Kamu semua ni gila ke? Aku nak bukak kedai ni pun kamu tak bagi! Hah! Beraturlah sampai malam!", rupa-rupanya lelaki itu seorang taukeh kedai. Hehehe..

Anda Mesti Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads