Nuffnang Ads

Jumaat, 24 Disember 2010

Tip Anakku Mudah Bercakap

Kita sebagai ibubapa pasti tidak sabar untuk mendengar ayat pertama yang keluar dari mulut mungkil si kecil. Tidak tergambar perasaan bahagia apabila si kecil mula menyebut 'mama' dan 'papa', semestinya kita inginkan anak-anak kita petah bercakap. Disini saya kongsikan 5 tip untuk menggalakkan si kecil bercakap iaitu;

1. Namakan satu objek setiap hari daripada rutin hariannya. Sebagai contoh, apabila anda memakaikan pakaian kepada anak anda, beritahu apa yang anda sedang lakukan; ini adalah seluar tidur, yang ini baju tidur. 

2. Mainkan lagu yang berirama seperti "lompat si katak lompat...." atau sebagainya.

3. Bercakap seperti orang dewasa. Jangan bercakap dengan si kecil dalam bahasa kanak-kanak. Sebagai contoh, jika anak anda berkata "nak susu", betulkan ayat tersebut kepada "saya mahu susu".

4. Baca buku cerita bersama-sama kerana ia merupakan cara yang terbaik untuk meningkatkan perbendaharaan kata dan dapat mengembangkan minat mereka terhadap buku.

5. Cuba untuk mendengar kata-kata mereka. Ianya tentulah tidak mudah apabila anda sedang sibuk tetapi anda harus melihat mereka apabila mereka bercakap. Hal ini dapat memberi keyakinan kepada si kecil semasa bercakap.

Tiada ulasan:

Anda Mesti Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads