Sawan atau eclampsia fits berlaku apabila saluran darah dalam otak pecah dan menyebabkan pendarahan serta kerosakan organ-organ dalaman yang lain seperti jantung dan saluran pernafasan. Masalah organ-organ yang tidak berfungsi inilah yang ada masanya membahayakan wanita hamil dan boleh membawa maut.
Pendedahan awal penting kepada wanita hamil dan juga orang-orang di sekitarnya. Sekiranya wanita hamil di serang sawan semasa di rumah, hendaklah segera dikejarkan ke hospital. Orang-orang di sekitar wanita hamil harus peka dan tahu bagaimana caranya untuk menyelamatkan mereka. Hal ini kerana, pesakit akan menjadi tidak sedarkan diri sepanjang diserang sawan. Kebiasaannya, pesakit akan menelan lidah mereka sendiri yang akan menyebabkan kerongkong tertutup dan menyukarkan pesakit untuk bernafas. Oleh itu, pastikan pesakit tidak menggigit lidah mereka. Letakkan sesuatu dalam mulut pesakit seperti sudu untuk mengelakkan mereka menggigit lidah sendiri.
Bagaimana dengan bayi dalam kandungan?
Menyelamatkan bayi bergantung kepada beberapa faktor seperti usia kandungan ketika serangan sawan berlaku. Jika kandungan kurang dari 7 bulan, kemungkinan bayi dapat diselamatkan amat rendah. Selain itu, berat bayi juga turut mempengaruhi proses menyelamatkan bayi. Berat bayi harus melebihi 5 paun dan akhir skali ialah sepantas mana kita mampu menyelamatkan bayi dalam kandungan. Apapun cara terbaik untuk menyelamatkan bayi adalah dengan menggunakan kaedah pembedahan 'caesarean' secepat mungkin.
Tanda-tanda Awal Sawan Beranak
- Kenaikan berat badan secara berlebihan semasa kehamilan. Purata kenaikan berat badan sepanjang tempoh mengandung selama 9 bulan ialah 15-16 kg. Kenaikan berat badan mendadak selepas kandungan 6 bulan.
- Kaki membengkak (edema). Kaki membengkak semasa kehamilan menunjukkan kandungannya sihat, tetapi jika disertai dengan penyakit darah tinggi dan air kencing mengandungi albumin maka bengkak kaki tersebut adalah tidak normal.
- Tanda-tanda lain adalah seperti pening kepala, sakit pada ulu hati, pitam serta gangguan penglihatan.
Rawatan Dan Pencegahan
- Wanita hamil harus mengawal diri dari makan makanan mengandungi gula, kanji dan lemak.
- Rehat dan tidur secukupnya merupakan terapi yang paling baik untuk ibu hamil.
- Jauhi diri sebarang situasi yang membolehkan anda berasa tertekan.
- Hindari diri dari melakukan kerja-kerja berat kerana boleh memberi tekanan fizikal kepada si ibu.
Apapun yang penting adalah ibu hamil harus menjaga kesihatan diri dan kandungan, bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati. Itu sahaja dari saya untuk kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan