Tajuk : Taukeh Kedai.
Dari jauh lagi sudah kelihatan ramai orang beratur di sebuah kedai. Mereka berkumpul sejak awal pagi kerana kedai itu mengadakan jualan murah. Sedang semua orang menunggu kedai dibuka, ada seorang lelaki terus saje meluru ke hadapan pintu kedai sebaik turun dari keretanya. Walaupun sudah dihalang, lelaki itu masih meneruskan langkahnya. Ada yang memaki dan ada juga yang menolaknya ketepi tetapi tidak dihiraukannya. Dia terus juga berjalan menuju ke pintu kedai. Sebaik tiba di hadapan kedai, seorang lelaki yang sememangnya sudah benggang dan marah terhadap sikap biadap lelaki itu menumbuk mukanya. Darah yang mengalir di mulutnya tidak dihiraukan. Lelaki itu tetap bangkit dan menuju semula ke hadapan kedai.
" Kau ni tak faham bahasa ke? Dah kena tumbuk pun masih nak potong barisan. Nak kena terajang pulak ke?" kata lelaki yang benggang terhadapnya tadi. Lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya dan menuju ke pintu hadapan kedai. Sekali lagi dia ditumbuk, kali ini oleh beberapa orang lelaki lain pula. Akhirnya lelaki tersebut tidak dapat bersabar lagi lantas menjerit "Kamu semua ni gila ke? Aku nak bukak kedai ni pun kamu tak bagi! Hah! Beraturlah sampai malam!", rupa-rupanya lelaki itu seorang taukeh kedai. Hehehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan