Biji Bunga Matahari
Makanan yang dijadikan snek semasa menonton tayangan filem ini sebenarnya banyak khasiatnya. Walaupun sedikit masin, makanan ini kaya dengan kandungan vitamin E semulajadi. Vitamin E merupakan salah satu daripada nutrien penting untuk seseorang itu sentiasa nampak muda.
Kekacang Dan Bayam
Bayam dan kekacang mengandungi bahan-bahan yang dapat membantu, mengelakkan dan merawat kerosakan yang berlaku pada kulit terutama kepada individu yang sudah berumur.
Jus Anggur
Selain menghalang serangan jantung dan strok, jus anggur ini juga membantu untuk mengelakkan kedutan pada kulit muka. Ini kerana kandungan antioksida yang berada di dalamnya membuatkan kulit lebih fleksibel dan elastik.
Lobak Merah Dan Kentang
Kekerapan berjemur di bawah sinar matahari antara faktor yang membuatkan seseorang itu nampak lebih tua dari usianya yang sebenar. Para pengkaji dari Eropah mendapati pigmen-pigmen daripada sumber makanan yang kaya dengan beta karotin seperti ubi keledek dan lobak merah mampu melindungi kulit dari menjadi rosak akibat sinaran 'ultraviolet'.
Sekian saja dari saya untuk hari ini, selepas ini akan menyusul tips-tips kesihatan untuk dikongsi bersama.
1 ulasan:
Wow...cambest jer petua nie...zass~
Catat Ulasan