Nuffnang Ads

Ahad, 19 Disember 2010

Tips Langsing Selepas Bersalin

Tahukah anda bahawa ketika seseorang itu hamil, lemak akan tersimpan lebih daripada satu pertiga daripada jumlah lemak sebelumnya. Kenaikan berat badan juga berbeza bergantung kepada pemakanan dan vitamin yang diambil serta tahap selera semasa hamil. Ketika proses bersalin pula, berat badan akan hilang kira-kira 12.5 hingga 14 paun, baki 12 hingga 21 paun lebihan berat akan turun sepanjang tempoh berpantang. Selepas itu, penurunan berat badan yang drastik bergantung kepada cara pemakanan dan gaya hidup anda.

Berikut antara panduan tradisi dan moden yang boleh diikuti:

Pemakanan
Jumlah dan kualiti makanan yang diambil selepas proses melahirkan anak memberikan impak yang besar kepada berat badan dan kesihatan anda. Sewaktu berpantang, penting untuk anda untuk tidak mengambil makanan yang menggemukkan. Makanan yang disyorkan adalah ulam-ulaman dan masakan yang menggunakan rempah-ratus. Elakkan makanan yang pedas, gatal, berminyak, gula dan berlemak, makanan yang diperbuat dari gandum seperti roti dan bijirin, serat dan hasil tenusu. Amalkan pemakanan diet rendah lemak, vitamin dan mineral tetapi kaya dengan gentian. Pandangan pakar diet dan pemakanan adalah jalan terbaik untuk dapatkan pengetahuan yang secukupnya sebelum memulakan sebagram diet.rang pro

Herba dan Jamu
Herba khususnya akar kayu dan jamu antara yang terpenting bagi setiap wanita selepas bersalin. Bahan semula jadi ini berkhasiat memulihkan urat saraf dan memulihkan luka-luka di bahagian dalam ketika bersalin. Selain mengecutkan peranakan dan membuang sisa-sisa angin pada urat, jamu juga menjadikan tubuh menjadi sentiasa hangat.Tubuh yang hangat mempercepatkan kadar metabolisme dan memudahkan kalori terbakar kerana ibu  bersalin tidak digalakkan bergerak aktif. Pemilihan jamu yang betul berfungsi menghancurkan ketulan-ketulan lendir, sisa bahan makanan dan angin bertoksik yang berlingkar di celah-celah urat saraf, otot dan sendi dalam badan.

Pengambilan Pil Diet
Pil diet bukanl jawapan tepat kepada masalah berat badan. Adakalanya, pil diet boleh mendatangkan mudarat kerana bahan terkandung di dalam pil tersebut akan menyebabkan darah tinggi dan sakit jantung.

Apapun, yang penting jangan keterlaluan dan biarlah bersikap realistik dalam semua hal. Sediakan matlamat untuk kurus, kawal selera makan dan jadikan gambar lama anda untuk memotivasikan diri anda.

Berikut 6 tips mudah untuk kurus;

Bertungku
Selepas bersalin perut lebih mudah membuncit dan mengeleber kerana lapisan perut yang ditinggalkan oleh bekas kandungan. Beertungku atau bertuam dengan menggunakan batu khas boleh membantu untuk mengembalikan perut kepada keadaan normal. Tujuannya, adalah untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim serta urat saraf disekeliling peranakan dan juga bahagian-bahagian lain.

Berbengkung
Bengkung digunakan untuk mencegah peranakan 'jatuh', mengecutkan semula peranakan serta memulihkan kulit perut. Sebelum berbengkung, perut elok disapukan dengan bahan campuran yang ditumbuk seperti lada hitam, raga tapai dan air asam jawa. Selain itu, kaedah moden pemakaian 'girdle' juga boleh digunakan. Pastikan 'girdle' tersebut mampu memberi tindak balas yang positif untuk mengembalikan tubuh badan kepada bentuk asal.

Berurut
Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan prngeluaran darah nifas  serta kekotoran.

Senaman
Senaman ringan boleh dilakukan untuk mengembalikan otot-otot yang telah kendur. Tiga hari atau seminggu selepas bersalin adalah proses awal senaman ringan. Berjalan kaki adalah senaman awal yang terbaik. Selain itu, anda juga boleh bersenam dengan bayi atau bersenam ketika mandi.

Penyusuan
Penyusuan sebenarnya membantu mengurangkan berat badan yang diperolehi sepanjang tempoh kehamilan, sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan selepas waktu kelahiran. Untuk proses penyusuan, berhati-hati memilih makanan dan jangan mengambil diet yang ekstrem.Perlu diingatkan bahawa penyusuan badan tidak menghalang anda untuk mengamalkan diet, tetapi pastikan kalori anda tidak terbuang melebihi 1800 sehari.

Terburu-buru untuk berdiet bukan penyelamat. Dalam tempoh berpantang tumpukan perhatian pada pemakanan yang sihat dan tip-tip untuk senaman yang bersesuaian. sekurang-kurangnya tunggu sehingga enam minggu selepas kelahiran untuk memulakan senaman. Harus diingatkan sekali lagi, bahawa tidak semua bahagian tubuh ibu-ibu yang bersalin dapat kembali seperti sedia kala terutama bahagian pinggul dan pinggang.



Tiada ulasan:

Anda Mesti Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads