Berikut antara panduan tradisi dan moden yang boleh diikuti:
Pemakanan
Jumlah dan kualiti makanan yang diambil selepas proses melahirkan anak memberikan impak yang besar kepada berat badan dan kesihatan anda. Sewaktu berpantang, penting untuk anda untuk tidak mengambil makanan yang menggemukkan. Makanan yang disyorkan adalah ulam-ulaman dan masakan yang menggunakan rempah-ratus. Elakkan makanan yang pedas, gatal, berminyak, gula dan berlemak, makanan yang diperbuat dari gandum seperti roti dan bijirin, serat dan hasil tenusu. Amalkan pemakanan diet rendah lemak, vitamin dan mineral tetapi kaya dengan gentian. Pandangan pakar diet dan pemakanan adalah jalan terbaik untuk dapatkan pengetahuan yang secukupnya sebelum memulakan sebagram diet.rang pro
Herba dan Jamu
Herba khususnya akar kayu dan jamu antara yang terpenting bagi setiap wanita selepas bersalin. Bahan semula jadi ini berkhasiat memulihkan urat saraf dan memulihkan luka-luka di bahagian dalam ketika bersalin. Selain mengecutkan peranakan dan membuang sisa-sisa angin pada urat, jamu juga menjadikan tubuh menjadi sentiasa hangat.Tubuh yang hangat mempercepatkan kadar metabolisme dan memudahkan kalori terbakar kerana ibu bersalin tidak digalakkan bergerak aktif. Pemilihan jamu yang betul berfungsi menghancurkan ketulan-ketulan lendir, sisa bahan makanan dan angin bertoksik yang berlingkar di celah-celah urat saraf, otot dan sendi dalam badan.
Pengambilan Pil Diet
Pil diet bukanl jawapan tepat kepada masalah berat badan. Adakalanya, pil diet boleh mendatangkan mudarat kerana bahan terkandung di dalam pil tersebut akan menyebabkan darah tinggi dan sakit jantung.
Apapun, yang penting jangan keterlaluan dan biarlah bersikap realistik dalam semua hal. Sediakan matlamat untuk kurus, kawal selera makan dan jadikan gambar lama anda untuk memotivasikan diri anda.
Berikut 6 tips mudah untuk kurus;
Bertungku
Selepas bersalin perut lebih mudah membuncit dan mengeleber kerana lapisan perut yang ditinggalkan oleh bekas kandungan. Beertungku atau bertuam dengan menggunakan batu khas boleh membantu untuk mengembalikan perut kepada keadaan normal. Tujuannya, adalah untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim serta urat saraf disekeliling peranakan dan juga bahagian-bahagian lain.
Berbengkung
Bengkung digunakan untuk mencegah peranakan 'jatuh', mengecutkan semula peranakan serta memulihkan kulit perut. Sebelum berbengkung, perut elok disapukan dengan bahan campuran yang ditumbuk seperti lada hitam, raga tapai dan air asam jawa. Selain itu, kaedah moden pemakaian 'girdle' juga boleh digunakan. Pastikan 'girdle' tersebut mampu memberi tindak balas yang positif untuk mengembalikan tubuh badan kepada bentuk asal.
Berurut
Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan prngeluaran darah nifas serta kekotoran.
Senaman
Senaman ringan boleh dilakukan untuk mengembalikan otot-otot yang telah kendur. Tiga hari atau seminggu selepas bersalin adalah proses awal senaman ringan. Berjalan kaki adalah senaman awal yang terbaik. Selain itu, anda juga boleh bersenam dengan bayi atau bersenam ketika mandi.
Penyusuan
Penyusuan sebenarnya membantu mengurangkan berat badan yang diperolehi sepanjang tempoh kehamilan, sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan selepas waktu kelahiran. Untuk proses penyusuan, berhati-hati memilih makanan dan jangan mengambil diet yang ekstrem.Perlu diingatkan bahawa penyusuan badan tidak menghalang anda untuk mengamalkan diet, tetapi pastikan kalori anda tidak terbuang melebihi 1800 sehari.
Terburu-buru untuk berdiet bukan penyelamat. Dalam tempoh berpantang tumpukan perhatian pada pemakanan yang sihat dan tip-tip untuk senaman yang bersesuaian. sekurang-kurangnya tunggu sehingga enam minggu selepas kelahiran untuk memulakan senaman. Harus diingatkan sekali lagi, bahawa tidak semua bahagian tubuh ibu-ibu yang bersalin dapat kembali seperti sedia kala terutama bahagian pinggul dan pinggang.
2 ulasan:
Perkongsian yang sangat menarik. Sebenarnya, untuk kurus yang lebih berkesan, kena ikut tiga langkah yang sangat penting di samping pengamalan senaman yang sesuai. Tiga langkah yang penting itu adalah: Singkir toksin dari badan, Bakar lemak yang tak perlu & Keperluan otot untuk percepatkan proses metabolisme.
Nak tahu lebih lanjut & banyak lagi tips kurus, boleh hubungi saya. 😊
tips yang sangat menarik ni. Kalau macam saya, memang hari-hari saya minum air teh. mungkin sebab dah favourite kot. Apa yang saya buat, saya amalkan alfalfa dengan herblax, bagi memastikan semua toksin ni tersingkir dari dalam badan..
Kalau saya makan lauk kari kegemaran saya ke, mesti lepas tu saya akan terus telan lecithin atau omega guard. Wajib. Biar rasa sedap nak makan, tapi badan kena jaga jugak.. hehe..
Yang penting , penghasilan otot juga kena jaga. Sebab tu, saya minum ESP dengan cinch shake setiap pagi. :)
Hidup sihat dengan cara makan yang sihat.. hehee
Catat Ulasan