Nuffnang Ads

Khamis, 30 Disember 2010

Jom Cergas dan Ceria Secara Percuma


Memiliki tubuh badan yang langsing dan menarik merupakan impian setiap wanita. Walaupun dah berkahwin dan mempunyai anak, kita masih mendambakan bentuk tubuh yang menarik kerana ia memberi kita keyakinan dan yang paling penting kita boleh menggayakan baju idaman. So, jom cergas dan ceria secara percuma bersama saya..

1. Melompat - Ingat tak semasa kecik-kecik dulu kita suka main lompat tali 'skipping'? Hah kalu nak tau, aktiviti ini mampu membakar sehingga 700 kalori selama satu jam. Kalu bermain di persisiran pantai lompatan ini akan menjadi sukar dan memerlukan tenaga yang berganda kerana pasir pantai mempunyai permukaan yang tidak rata.

2. Tingkatkan pengambilan vitamin C - Pengambilan vitamin C adalah amat digalakkan, jadi banyakkan makan buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti buah oren dan kumpulan buah beri.

3. Jangan berjaga sampai lewat malam - Elakkan untuk berjaga sampai lewat malam. Ini kerana, sebarang aktiviti yang kita lakukan menggunakan tenaga elektrik akan mengganggu keseimbangan minda menjadikan kita nampak letih pada keesokan harinya.

4. Berjemurlah setiap pagi - Amalkan bersenam setiap pagi sebelum jam 11 pagi kerana ia mampu membakar kalori dan kulit mendapat pancaran khasiat vitamin D yang berkualiti. Hal ini kerana khasiat vitamin D akan membebaskan hormon endorfin yang berkuasa membuatkan kita senyum sepanjang hari.

5. Cari keseimbangan tubuh - Tai Chi dan yoga elok untuk melatih titik keseimbangan dalam tubuh. Tak dapat mengikuti kelas yoga bukan lah satu alasan kerana kita boleh mempelajarinya menerusi gambar-gambar yang dipaparkan samada melalui media cetak atau elektrik.
6. Berenang - Teringat semasa kecik-kecik dulu, saya suka curi-curi mandi di sungai tanpa pengetahuan keluarga. Kononnya nak menguji diri pandai berenang ke tak tapi yang sebenarnya da ketagih untuk berenang..hehe..Berenang membuatkan tubuh mudah dilentur dan meningkatkan peredaran darah. Sekali sekala cubalah berenang dalam air yang sejuk, ia mesti menguji kekuatan tubuh badan kita.

7. Tanamlah sayur-sayuran sendiri - Berkebun mampu mengurangkan stress dan cara terbaik untuk memastikan kita mendapat bekalan sayur organik yang terbaik. Di samping  berjaya membakar kalori dalam rubuh badan.

8. Buang tabiat buruk - Buang tabiat buruk seperti merokok kerana ia membahayakan kesihatan kita. Amalkan gaya hidup  yang sihat,

9. Lakukan pemeriksaan kesihatan - Jangan lupa melakukan pemeriksaan kesihatan tubuh kita kerana mencegah lebih baik dari mengubatinya.

10. Biarkan segalanya berlalu - Percaya atau tidak tubuh yang sihat memerlukan minda yang sihat. Jika mempunyai masalah, luahkan jangan pendam dengan syarat luahkannya pada saluran yang betul dan carilah penyelesaian yang sebaiknya.

Hah kan senang tu, semuanya secara percuma tak payah bayar hanya memerlukan azam dan niat masing-masing.

Tiada ulasan:

Anda Mesti Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads