Nuffnang Ads

Ahad, 17 Jun 2012

:::Rahsia kehidupan:::: Baby..Jom Belajar..

:::Rahsia kehidupan:::: Baby..Jom Belajar..: Juz berkongsi pengetahuan tentang maklumat yang saya perolehi dari malajah bacaan. 1. Kenali Anggota Badan - tunjukkan anak anda dengan ga...

Baby..Jom Belajar..

Juz berkongsi pengetahuan tentang maklumat yang saya perolehi dari malajah bacaan.

1. Kenali Anggota Badan - tunjukkan anak anda dengan gambar-gambar yang menarik seperti gambar mengenai anggota badan. Ia bukan sekadar mainan tetapi turut mengajar anak anda berfikir untuk meletakkan pada tempat yang betul malah membantu anak anda belajar dalam bahasa Inggeris.

                   

2. Flash Card - Kad imbasan juga paling sesuai untuk merangsang minda bayi peringkat awal. Manakala bagi kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas membantu mereka menyebut dan mengenali objek pada kad itu.
                

3. Pasir Imbangan - Pasir  dimasukkan ke dalam bungkusan yang berwarna-warni yang bertujuan untuk melatih sikecil belajar mengimbagi badanya. Ia adalah permainan yang menyeronokkan jika bermain dalam kumpulan.

             

4. Buku bertema -  belajar bahasa Inggeris dengan mudah dengan pelajaran yang bertema. Penggunaan bahasa yang mudah menggalakkan kanak-kanak menyukainya.

          

Mari lah kita aplikasikannya dalam kehidupan si kecil kita, semoga ia membawa manfaat kepada kita dan anak-anak kita.

Selamat Hari Bapa

Mendengar lagu ini membuatkan mata saya bergenanagan. Tatkala merindui juga mendengar lagu ini untuk melepaskan rindu yang menggunung terhadap orang-orang yang dikasihani di sana. Kekadang saya merasa diri ini bertuah kerana punya mereka yang begitu menyayangi kami. Benarlah kata orang, tiada ibubapa di dunia ini yang sanggup melihat anaknya kelaparan. Terbayang segala kesulitan dan kesusahan yang terpaksa di tanggung oleh keduanya dalam membesarkan kami. Luarannya penuh dengan senyuman tetapi dalaman ya tuhan..hanya pada MU ku berserah. Saat dipinggirkan oleh adik beradik sendiri buatkan air mata ini menitis mengenangkan itu. Betapa beratnya ujian MU ini. Namun diri keduanya tetap utuh dan masih seperti dulu. Dan, kini melihat wajah tua keduanya buatkan hati ini sebak. Garis-garis halus yang terlakar di wajahnya menggambarkan betapa banyaknya pengalaman yang ditempuhi. Kepada angin sampaikan salam kasih sayangku ini kepada keduanya. Tidak tergambar berapa banyak ucapan terima kasih yang harus diungkapkan kepada keduanya. Sesunggguhnya aku bersyukur kepada MU Tuhan..

 Lagu  kegemaran bapaku tapi ini versi baru la..


Sabtu, 9 Jun 2012

Gambar terbaru Irfan

Lama tak upload gambar anak saya kat blog. Sekarang ni dia dah Setahun 8 bulan, dah besar dan nakal sudah dia. Penat melayan keletahnya..



Kartun Kesayangan Irfan


Ini antara karekter kartun yang diminati oleh anak saya Muhammad Irfan naqib :

  • Pocoyo



  • Boboiboy

  • Upin Ipin 
  
  • Saladin
 


Anda Mesti Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads