Nuffnang Ads

Selasa, 11 Januari 2011

Pembedahan Caesarean

Hai semua, saya just nak berkongsi pengalaman semasa bersalin anak pertama tahun lepas melalui pembedahan kerana poor progress + eclampsia. Saya dah terang sedikit berkenaan eclampsia pada artikel yang lepas, kali ni saya nak terangkan sedikit sebanyak berkenaan dengan section-C atau pembedahan. Pembedahan caesarean atau dikenali sebagai c-section adalah kaedah yang digunakan untuk melahirkan bayi secara pembedahan. Ia sering dilakukan sebagai pembedahan kecemasan apabila berlaku komplikasi semasa kelahiran bayi. Walaupun kelahiran secara normal lebih selamat untuk bayi dan ibu tetapi terdapat keadaan dimana melahirkan melalui c-section adalah lebih selamat dari kelahiran biasa.

Untuk pengetahuan semua saya melahirkan baby (16/102010) saya selepas melebihi tarikh jangkaan iaitu sebanyak 11 hari. (Due date saya 5/10/2010). Saya dimasukkan ke wad pada 14/10/2010 under IOL (Induce of Labour. Masa tu kandungan dah masuk minggu ke 41). Ada beberapa sebab wanita hamil untuk di induce iaitu apabila kelahiran sudah melebihi dari jangkaan. Sebab lain pula termasuk darah tinggi, bayi yang terbantut tumbesaran, pendarahan faraj yang tidak diketahui punca, kencing manis dan pecah air ketuban. Doktor akan memberikan sejenis yang dikenali sebagai oxytocin secara intravena.

Walaupun saya tidak menginginkan bersalin secara pembedahan, tetapi itulah hakikatnya. Semasa hari bersejarah itu, tekanan darah saya tinggi diiringi dengan sakit kepala dan serviks tidak membuka dengan luas. Berikut adalah beberapa sebab mengapa pembedahan harus dijalankan:

  • Pernah mengalami pembedahan pada rahim seperti membuang fibroid dan sebagainya.
  • Mengalami jangkitan kuman STD seperti HIV dan herpes- bayi mungkin boleh terkena jangkitan tersebut sekiranya bersalin normal.
  • Masalah perubatan seperti kencing manis dan darah tinggi yang teruk.
  • Bayi terlalu besar untuk pelvis ibu. 
  • Hamil lebih dari satu dan kembar pertama berkedudukan songsang.
  • Terdapat ketumbuhan yang besar yang menghalang bayi melalui pelvis.
  • Uri yang berada pada kedudukan bawah
  • Keadaan bayi songsang atau melintang
  • Dua kelahiran sebelumnya adalah kelahiran caesarean.

Sebab-sebab pembedahan caesarean semasa bersalin

Anak lemas : Terdapat perubahan degupan jantung bayi semasa saat bersalin. Ini menunjukan yang bayi tidak cukup oksigen dan perlu dikeluarkan dengan serta-merta.

Masalah uri: Kedudukan uri pada bahagian bawah menyebabkan pendarahan dan ini boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi jika pembedahan tidak dilakukan dengan segera.

Tiada progress : Disebalik kontraksi rahim yang kuat, serviks tidak membuka sebagaimana yang sepatutnya.

Pendarahan dari faraj secara tiba-tiba: Abruptio placenta dan plecenta preavia boleh membahayakan nyawa anak dan bayi.

Percubaan melahirkan Vacuum atau forceps yang gagal: Kadang-kadang didapati penggunakan forceps/ vacuum tidak dapat menolong melahirkan bayi.

Bayi sudah passed meconium: Terdapat meconium yang hijau pekat setelah ketuban dipecahkan menunjukkan tanda bayi sudah lemas.

Komplikasi pembedahan Caesarean

Pembedahan c-section adalah pembedahan besar dan seperti mana pembedahan yang lain, mempunyai terdapat risiko-risikonya yang tersendiri.

Risiko terhadap bayi

  • Kelahiran pra-matang
  • Masalah pernafasan
  • Luka

Risiko terhadap ibu

  • Jangkitan kuman pada rahim dan organ yang berdekatan
  • Lebih kehilangan darah –dua kali ganda lebih dari bersalin biasa.
  • Usus kurang aktif- rasa kembung, tidak selesa berterusan sehingga berhari-hari.
  • Komplikasi pernafasan- jangkitan paru-paru terutama apabila pesakit diberikan bius keseluruhan.
  • Tinggal di hospital dengan lebih lama
  • Reaksi terhadap ubat bius
  • Luka pada organ berdekatan seperti pundi kencing dan usus
  • Darah beku pada kaki, organ pelvis dan paru-paru
  • Sakit bersalin yang lebih lama
  • Berisiko untuk pembedahan hysterectomy (pemebedahan buang rahim akan tumpah darah yang banyak)
  • Berisiko untuk placenta accreta pada kandungan akan datang.

Walaupun saya tidak merasai sakit sebagaimana bersalin normal namun induce juga tidak kurang sakitnya. Saya masih ingat saya pernah meminta ubat pelali untuk menahan kesakitan itu. Apapun sakitnya sama sahaja dengan mereka yang bermula dengan cara semulajadi.

my baby


Tiada ulasan:

Anda Mesti Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads