Nuffnang Ads

Jumaat, 7 Januari 2011

Langkah Hebat Elakkan Kedut Kulit

Tidak dinafikan semua orang akan mengalami hari tua dan masa itu kulit kita akan berkedut. Kaum wanita terutamanya pasti akan berasa kurang senang dengan perubahan tersebut dan akan mencuba pelbagai cara untuk menegangkan kembali kulit. Oleh itu, ketika muda inilah kita berusaha mengekalkan kulit yang tegang, berikut adalah sedikit langkah mudah untuk mengelakkan kedutan kulit.

1. Tidur terlentang
Tidur dalam beberapa posisi pada waktu malam mampu menyebabkan timbulnya sleep lines iaitu kedutan tang terukir di permukaan kulit dan memakan masa yang lama untuk hilang sewaktu terjaga dari tidur.Sebagai misalan, tidur mengiring boleh menambahkan kedutan di pipi dan dagu. Atasi masalah ini dengan tidur terlentang.

2. Makan lebih banyak ikan
Ikan salmon adalah sumber protein terbaik di mana ia bukan sekadar membantu penghasilan kulit yang cantik bahkan sumber terbaik asid lemak yang dikenali sebagai Omega-3. Asid ini mampu mengekalkan kekenyalan dan keremajaan kulit.

3. Jangan kecilkan mata anda
Mengerutkan dahi dan mengecilkan mata ketika sedang membaca atau memfokuskan pandangan terhadap sesuatu objek akan membentuk satu alur di bawah kulit. apa yang boleh di lakukan adalah dengan memakai kaca mata ketika membaca.

4. Berkawan baik dengan asid alfa-hidroksi (AHA)
Asid buah-buahan semulajadi bertindak membuang lapisan atas sel-sel kulit mati seterusnya mengurangkan garis-garis halus. Malah ada yang menyatakan AHA dapat membantu merangsang penghasilan kalogen.

5. Tukar kopi kepada koko
Koko banyak mengandungi dua flavonol (epicatchin dan catechin) yang melindungi kulit dari cahaya matahari, memperbaiki peredaran sel-sel kulit, penghidratan yang berkesan dan membuatkan kulit kelihatan lebih lembut.

6. Elak kerap cuci muka
Air paip dikatakan menghakis minyak pada kulit yang bertindak sebagai pelembap semulajadi bagi melindungi     kemunculan kedut-kedut di wajah. Mencuci muka terlalu kerap boleh menghilangkan fungsi perlindungan tersebut, melainkan pencuci muka tersebut mengandungi ramuan pelembap.

7. Pengambilan vitamin C
Seperti yang kita ketahui vitamin C boleh meningkatkan penghasilan kolagen, melindunginya daripada kerosakan yang disebabkan oleh UVA dan UVB serta memperbetulkan masalah pigmentasi kulit. 
8. Makan lebih banyak soya
Soya boleh membantu melindungi kulit melawan atau merawat kerosakan disebabkan sinar matahari. Selain itu,suplemen bersasaskan soya, ia dapat memperbaiki struktur kulit dan kekenyalannya hanya selepas 6 bulan pengambilannya.


Tiada ulasan:

Anda Mesti Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads