Nuffnang Ads

Rabu, 19 Januari 2011

Keguguran Kandungan : Yang perlu kita tahu

Adakah anda pernah mengalami keguguran? Saya setakat ni alhamdullillah, tak pernah lagi ada pengalaman itu. Dan kalu boleh tak ingin merasainya. Mudah-mudahan..kali ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai keguguran yang pernah saya baca.


Keguguran secara dasarnya adalah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Biasanya ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat dan tidak dapat membentuk dengan sempurna. Apabila berlakunya keguguran, ia tidak bermakna seseorang wanita itu tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.

Terdapat beberapa faktor yang berkait rapat dengan risiko berhadapan dengan keguguran iaitu;

  • Pemakanan yang tidak sihat.
  • Merokok
  • Hormon tidak seimbang
  • Jangkitan kuman
  • Masalah penyakit seperti jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid.
  • Terdedah kepada radiasi dengan banyak
  • Pengambilan ubat yang memudaratkan bayi
  • Demam panas
  • Masalah rahim 
Pendarahan semasa awal kehamilan juga merupakan salah satu tanda keguguran. Adalah dinasihatkan agar terus berjumpa dengan doktor sekiranya berlaku pendarahan seperti berikut;
  • Pendarahan yang ringan tetapi berpanjangan sehingga 2 minggu.
  • Pendarahan yang membasahi satu tuala wanita 
  • Pendarahan yang berketul-ketul
  • Sakit perut berpanjangan
  • keluar lendir yang berbau dari faraj
  • Demam melebihi 38*C
Lazimnya, selepas mengalami keguguran, seseorang wanita itu akan berasa sakit pada bahagian bawah ari-ari seperti mana sakit semasa haid. Ia mungkin berpanjangan sehingga dua hari selepas keguguran dan haid normal akan kembali seperti biasa selepas 3 hingga 6 minggu. Dalam tempoh tersebut, beberapa perkara perlu diambil berat seperti tidak menggunakan tampon, tidak berenang atau berendam dalam sauna panas dan tidak membuat hubungan kelamin sebaik saja keguguran. Doktor akan mencadangkan supaya menunggu sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum merancang untuk hamil semula. Ini bagi memberikan masa untuk rahim dan badan sembuh.

Ini saja yang dapat saya kongsikan bersama anda. Sebarang kekurangan saya harap dapat diperbaiki.

Tiada ulasan:

Anda Mesti Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads