- Eau de Cologne - Jenis wangian ini yang paling ringan jika dibandingkan dengan yang lain, kerana kandungan alkoholnya tinggi dan wangiannya cepat menguap. Biasanya wangian ini beraroma menyegarkan. Contohnya kita boleh dapati pada tisu basah yang sesuai digunakan sebagai penyegar selepas melakukan sebarang aktiviti.
- Eau de Toilette - Wangian ini berada setingkat diatas cologne. Kandungan alkoholnya kurang sedikit berbanding dengan cologne. Untuk kesegaran yang bertahan lama, wangian jenis ini adalah pilihan yang sesuai kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam dan sesuai untu banyak acara.
- Eau de Perfume - Ia mempunyai kandungan alkohol yang sedikit, aroma wanginya tahan lama dan kuat. Selalunya lebih sesuai digunakan pada malam hari, terutama untuk menghadiri acara formal.
- Minyak Wangi - Kadar patinya mencapai 20 peratus dan asli tanpa campuran alkohol. Jika anda mengenakan wangian ini, bukan sahaja tubuh akan berbau harum malah boleh dihidu dari jarak yang cukup jauh dan tahan lama.
Itu sahaja lah yang dapat saya kongsikan berkenaan dengan istilah minyak wangi ini. Marilah kita sama-sama memahaminya agar dapat memudahkan kita dalam memilih wangian disamping mengetahui maksud istilah nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan