Ini ada beberapa perkara secara umumnya yang harus dilakukan oleh bakal ibu;
- Dapatkan tidur yang secukupnya.
- Makan dengan sihat. Pastikan ibu mendapat vitamin secukupnya terutamanya asid folik. Jangan mengelakkan sebarang hidangan terutamanya susu bagi mendapatkan kalsium yang tinggi dan protein di dalam diet untuk ibu dan bayi.
- Hadkan pengambilan kafein. Kafein boleh dikaitkan dengan keguguran dan kurangkan pengambilannya semasa kehamilan.
- Mengurangkan tekanan. Tekanan boleh mengakibatkan ibu cenderung untuk makan sedikit dan tidak mendapat tidur yang secukupnya.
- Memakai tali keledar. Berlakunya kemalangan di jalan raya merupakan penyumbang besar kepada keguguran dan kecederaan bayi dalam kandungan Justeru itu, pastikan anda memakai tali keledar sentiasa.
- Bersenam. Jika anda bersenam sebelum anda hamil, lakukan pada kadar yang lebih sederhana. Ini akan memudahkan untuk anda semasa proses kelahiran nanti. Jika tidak pernah, berbincanglah dengan doktor tentang jenis senaman yang sesuai dan terbaik untuk anda.
- Sentiasa berhati-hati dengan penggunaan ubat-ubatan. Periksa dengan doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.
- Dapatkan berat badan yang sihat. Umum diketahui bahawa wanita akan mendapat berat badan di antara 25-30 kilo semasa kehamilan. Jangan memaksa diri untuk berdiet atau tidak makan pada masa ini. Dan jangan lah pula menggunakan kehamilan sebagai alasan untuk ibu menambah berat badan.
- Sentiasa berjaga-jaga dengan makanan yang boleh menyebabkan penyakit. Ambil langkah berjaga-jaga apabila mengendalikan makanan mentah seperti daging, sayur dan buah-buahan kerana pada masa kehamilan ini sistem imunisasi ibu akan berkurangan.
- Banyakkan bertanya soalan kepada yang pakar seperti doktor.
Perkara yang TIDAK harus dilakukan semasa tempoh kehamilan;
- Makan ikan yang banyak kandungan merkuri seperti pari, jerung, tuna dan todak. FDA mencadangkan agar ibu mendapatkan tidak lebih daripada 1 atau 2 hidangan ikan atau kerang yang mengandungi merkuri rendah setiap minggu.
- Merokok atau mengambil sebarang dadah.
- Mengambil susu atau produk susu seperti keju yang tidak dipasteurkan.
- Melakukan aktiviti yang lasak yang boleh menyebabkan ibu terjatuh.
- Mandi air panas atau bersauna. Suhu badan yang sesuai semasa kehamilan ialah sederhana dan tidak terlalu panas. Tahap cecair dalam badan juga harus dikawal dengan minum banyak air.
- Menukar atau membersihkan kotak kumbahan kucing.
- Elakkan pembersih toksik dan bahan-bahan berbahaya seperti pelarut, tin aerosol dan penanggal cat kerana boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.
okay itu saja buat masa ini. Apa yang diberikan hanyalah garis panduan umum untuk ibu yang nak hamil atau tengah hamil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan