- Amanah - Seorang suami hendaklah menanam sifat-sifat amanah terhadap perhubungan bersama isteri dan keluarga kerana tanpa sifat amanah ini akan menimbulkan syak wasangka dan curiga yang boleh menggugat perhubungan. Sikap saling percaya mempercayai pula penting bagi mewujudkan rumahtangga yang harmoni dan bahagia.
- Memberi Nafkah - Suami bertanggungjawab dalam memenuhi nafkah zahir dan keperluan asas seperti tempat tinggal mengikut kemampuan suami selagi isteri masih taat dan setia kepadanya.
- Layanan yang Baik - Sifat semulajadi wanita yang lembut memerlukan perhatian yang lebih dari seorang lelaki. Wanita sememangnya mahu dilayan lembut dan baik. Jika isteri membuat kesilapan dan perkara yang tidak disukai, nasihatkanlah dengan cara lembut.
- Didikan Agama - Suami perlu tegas dalam membimbing isteri dan keluarga agar tidak jauh terpesong dari landasan agama. Bimbingan dan tunjuk ajar dari seorang suami akan melindungi diri isterinya dari terjebak dengan kancah dunia lalu membawanya ke pintu syurga.
- Memenuhi keperluan nafkah batin - Hah, yang ini perlu dipandang berat oleh suami kerana ianya menjamin kebahagiaan rumahtangga.
Apapun, terpulang pada individu itu sendiri dalam melakar kebahagiaannya bersama keluarga. Saya percaya sebagai seorang wanita, kita mesti menginginkan yang terbaik dari pasangan kita. Namun sebagai hamba kepada-Nya, kita tidak lah sesempurna seperti yang diingini. Wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan