Janganlah asyik menegur anak apabila dia asyik melakukan kesilapan, pujilah juga usahanya! ini akan menggalakkan anak anda terus berusaha. |
Di bawah saya senaraikan 9 adab-adab makan yang lazim di kehendaki oleh kita sebagai ibu bapa kepada anak2.
01) Bersihkan diri! Suruh dia basuh tangan dan muka sebelum dan selepas makan.
02) Dilarang membawa alat2 mainan dan haiwan peliharaan. Jangan benarkan dia membawa alat mainan dan haiwan peliharaannya ke meja makan. Perhatian yang terganggu boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman makanan.
03) Duduk tegak. Pastikan dia duduk tegak tanpa meletakkan siku di atas meja.
04) Sebut "tolong" dan "terima kasih". Amalan ini tidak terbatas pada waktu makan saja. Perbuatan ini menunjukkan rasa hormat dan penghargaan kepada orang lain yang makan bersama-sama.
05) Tutup mulut ketika mengunyah. Ajar anak anda mengunyah makanannya sedikit-sedikit sambil menutup mulutnya. Bercakap sambil menyebabkan tersedak.
06) Mintak diri. Memohon kebenaran untuk berundur sesudah makan menunjukkan rasa hormat kepada orang yang masih makan.
07) Tunggu Sebentar...Tunggu sehingga semua orang duduk di meja makan sebelum mula makan.
08) Tolong hulurkan saya lauk itu...Ajarlah anak anda meminta orang lain hulurkan sesuatu kepadanya secara sopan.
09) Sedapkah makanan tadi? Jangan memberi sebarang komen yang tidak elok mengenai makanan yang dihidangkan kerana ia boleh melukakan perasaan seseorang. Sebaliknya ajarlah anak anda menjawab dengan baik jika dia tidak menghabiskan makanannya atau tidak menyukai sesuatu masakan yang dihidangkan.
Memupuk adab makan kepada anak2 sesuai di terapkan ketika anak2 masih kecil, lakukan dengan menyokong dan bertindak secara konsisten.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan