Nuffnang Ads

Ahad, 27 Februari 2011

Tip Penggunaan Bekas Plastik

1. Elakkan penggunaan botol susu dan cawan minuman bayi daripada bahan polycarbonate. Pilih dan gunalah botol susu bayi dari bahan kaca, polyethylene, polypropylene atau stainless steel.

2. Jika penggunaan bahan polycarbonate tidak dapat dielakkan, janganlah menyimpan air minuman ataupun makanan yang panas di dalamnya.

3. Hindari penggunaan botol plastik untuk menyimpan air minuman. Sekiranya sukar juga untuk mengelakkan penggunaan botol plastik berbahan PET dan HDPE, gunakan hanya sekali pakai sahaja dan habiskan minuman itu dengan segera kerana antimoni trioksida akan dikeluarkan dengan banyak dari masa ke semasa. Bahan alternatif yang lain boleh digunakan seperti botol stainless steel atau kaca.

4. Elakkan daripada memanaskan makanan yang disimpan dalam bekas plastik menggunakan ketuhar gelombang mikro kerana ia boleh menyebabkan pembebasan bahan kimia pada plastik tersebut bertindak  balas dengan lebih cepat pada makanan.

5. Bungkus makanan dengan daun pisang atau kertas terlebih dahulu sebelum membungkusnya dengan plastik ketika ingin memanaskannya ke dalam ketuhar gelombang mikro.

6. Elakkan penggunaan piring dan bekas makanan plastik semasa memasak.

7. Elakkan membuang sampah yang terdiri daripada plastik di merata tempat kerana ia juga mencemarkan air dalam tanah dan seterusnya merosakkan sumber air minuman.

Sama-samalah kita menjaga kesihatan di samping menjaga alam semula jadi.

Tiada ulasan:

Anda Mesti Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads