Nuffnang Ads

Ahad, 13 Februari 2011

Masalah Yang Mungkin dihadapi Selepas Bersalin Part 1

Selepas wanita bersalin, dia akan menghadapi beberapa masalah yang kerap berlaku kepada segelintir wanita yang bersalin secara normal atau bukan secara normal (pembedahan). Ia adalah perkara biasa dan akan sembuh tidak berapa lama kemudian. Disini saya kongsikan beberapa masalah yang mungkin akan dihadapi oleh wanita yang bergelar ibu berdasarkan pengalaman saya dan kawan-kawan saya.

Sakit pada Faraj

Sekiranya anda mengalami episiotomi atau koyakan semada melahirkan, anda akan mengalami sakit pada faraj. Kesakitan mungkin akan belarutan sehingga 2-3 minggu terutama semasa anda berjalan atau duduk. Koyakan yang panjang mungkin akan mengambil lebih masa untuk sembuh sepenuhnya.

Tip untuk mempastikan luka koyakkan cepat baik

  •  Letak pad sejuk atau berais di sekitar tempat luka.


  • Pastikan tempat luka kering dan bersih- Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu.


  • Semasa kecing, cuba duduk  secara "squat" dan siram air suam semasa kencing.


  • Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk pastikan ia tidak terlalu tegang. Ia mengurangkan sakit dan mengelakan jahitan terbuka.


  • Duduk perlahan lahan, jaga pergerakkan punggung semasa duduk. Kalau masih sakit, guna bantal berbentuk donut untuk mengurangkan tegangan.


  • Buat senaman kegel. Ia menolong menguatkan otot pelvis. Cuba selepas sehari bersalin dengan mengemutkan otot faraj seperti tahan kencing. Buatlah 4-5 kali setiap sesi selama 40-50 kali sehari.


  • Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.



  • Darah nifas

    Anda  akan mengalami pengaliran darah nifas sehingga 6 minggu selepas bersalin. Pada mulanya ia merah dan banyak, tapi lama kelamaan ia akan beransur kurang menjadi berwarna coklat. Sekiranya anda duduk atau baring buat seketika, anda mungkin perasan pendarahan yang keluar terutama semasa dan selepas menyusukan bayi. Itu normal dan anda janganlah panik pula. Pastikan pad sanitari (tuala wanita) ditukar dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan kuman pada luka. Jangan cemas sekiranya keluar darah beku sekali sekala. Ia kerap terjadi. 
    Walaubagaimanapun, sekiranya  anda mengalami masalah ini, jumpalah doktor dengan segera.
    •  Pad sanitari dipenuhi darah walau ditukar setiap setengah jam
    • Darah yang keluar berbau busuk
    • Darah beku yang keluar lebih besar dari bola golf
    • Mengalami demam 38 darjah atau lebih

    Sakit rengat


    Sakit pada rahim sebaik melahirkan memang kerap terjadi tapi anda jangan risau kerana ia cuma dari rahim yang mengecut dengan kuatnya. Kecutan rahim menghalang aliran darah dari rahim seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah. Sakit juga sering berlaku semasa anda menyusu dan ia lebih kerap terjadi pada kandungan kedua dan seterusnya. Walaubagaimanapun, sekiranya sakit rahim makin kuat disertai dengan darah yang berbau busuk. Eloklah anda jangan membuang masa lagi. Jumpalah doktor untuk pastikan tiada jangkitan kuman pada rahim.

    Susah kencing

    Bengkak dan calar pada tisu sekitar ruang faraj dan pundi kencing kadang kadang boleh menyebabkan anda sukar kencing selepas melahirkan. Cuba buat senaman kemutkan faraj semasa kencing dan letakkan pad suam atau sejuk pada faraj untuk kurangkan bengkak. Sukar kencing terjadi tidak lama kerana ia hilang dengan sendiri selepas beberapa hari. Walaubagaimanapun, sekiranya faraj menjadi pedih dan anda kerap terasa hendak kencing setiap 1 jam ia mungkin tanda jangkitan kuman pada pundi kencing. Jumpalah dengan doktor ye.

    Tiada ulasan:

    Anda Mesti Suka

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Nuffnang Ads