Nuffnang Ads

Sabtu, 19 Februari 2011

Awas Bahaya Dalam Bekas Plastik


Dengan harga RM 1 saja, kita dah mampu membeli sebotol air mineral dan setelah airnya habis diminum rasa sayang untuk membuang botolnya pula. Lantas dibawa pulang ke rumah dan diisikan dengan air lain sebagai ganti. Pendek kata botol itu akan sentiasa dipastikan penuh berisi dengan air darimasa ke semasa. Namun  tahukah anda semua bahawa tindakan ini boleh mengundang bahaya kepada kesihatan kita?

Selama ini kita hanya menggunakan pandanagn mata kasar untuk menentukan samaada air yang hendak diminum,  itu bersih atau tidak dari luar botolnya sahaja. Walhal kita sendiri tidak tahu sama ada air tersebut mengandungi kandungan kimia yang berbahaya atau tidak. Jika anda perasan terdapat beberapa kod atau gred yang telah ditetapkan dalam setiap botol plastik yang dihasilkan. Ia dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry pada tahun 1988 di US.  Dan seterusnya kod-kod ini digunapakai oleh badan-badan yang berkaitan seperti ISO. Mari kita kenali jenis-jenis plastik yang dihasilkan dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.

PETE @ PET - Polyethylene Terephthalate
Simbol ini biasanya diklasifikasikan untuk botol yang jernih seperti botol air mineral.  Penggunaannya disarankan hanya sekali pakai sahaja kerana jika terlalu kerap digunakan lebih-lebih lagi untuk mengisi air panas, lapisan polimer pada botol tersebut akan bocor dan mengeluarkan karsinogenik iaitu antara pencetus kanser. Semasa plastik jenis ini dihasilkan, antimoni trioksida yang boleh mengundang bahaya  kerana ia boleh memasuki tubuh melalui sistem pernafasan. Sekiranya seseorang terdedah pada bahan ini dalam jangka masa yang lama,iritasi pada kulit dan saluran pernafasan akan berlaku. Bagi wanita pula, ia boleh meningkatkan masalah haid, kegugran kandungan dan berkemungkinan anak yang dilahirkan mengalami  pertumbuhan yang lambat sehingga usianya menjangkau 12 bulan.
Code 2 Plastics - HDPE


HDPE - High Density Polyethylene 
Lazimnya kita menjumpai simbol ini pada botol susu dan bekas makanan. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat digunakan kerana kemampuannya mencegah tindakbalas kimia antara kemasan plastiknya dengan minuman atau makanan yang diisi di dalamnya. HDPE memiliki sifat bahan yang kuat, keras dan lebih tahan pada suhu yang tinggi. Seperti juga PET, ia disarankan untuk sekali pakai kerana pembebasan antimoni trioksida akan meningkat dari masa ke semasa.

Code 3 Plastics - Vinyl or PVC
V @ PVC - Polyvinyl Choride
Ia adalah sejenis yang plastik yang paling sukar dikitar. Ia biasanya digunakan sebagai pembalut makanan (cling wrap) dan pada botol-botol yang lain. Ia juga mengandungi DEHA yang berupaya bertindak balas dengan makanan yang dibalut dengan plastik ini apabila ia bersentuhan secara terus. DEHA mencair pada suhu -15 darjah. Apabila berlaku tindak balas antara PVC dengan makanan yang dibalut dengannya boleh mengundang bahaya kepada ginjal, hati dan berat badan.


Code 4 Plastics - LDPELDPE - Low Density Polyethylene
LDPE adalah sejenis plastik berwarna coklat yang dihasilkan daripada minyak bumi (thermoplastic). Ia dipakai sebagai bekas makanan atau botol-botol yang kemek. Ia bersifat kuat, tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berminyak. Ia sangat tahan di bawah suhu 60 darjah selsius kepada tindak balas kimia dan mempunyai daya perlindungan yang baik terhadap wap air tetapi kurang elok bagi gas-gas lain seperti oksigen. Ia masih boleh dikitar semula tetapi sukar untuk dilupuskan.

Code 5 Plastics - PP PolypropylenePP - Polypropylene
Ia merupakan pilihan yang terbaik untuk bahan plastik terutamanya sebagai tempat menyimpan makanan, minuman dan botol susu bayi. Ia bersifat jernih, lebih kuat dan ringan dengan daya tembusan wap yang rendah, tahan terhadap minyak, stabil pada suhu yang tinggi serta berkilat. Boleh ditemui pada penutup botol, botol kicap dan juga pada bekas perubatan.

PS - Polystyrene
PS biasanya digunakan sebagai bekas makanan styrofoam dan cawan atau gelas minuman pakai buang. Ia juga merupakan polimer aromatik yang boleh mengeluarkan styrene pada makanan sekiranya ia bersentuhan. Styrene ini juga boleh ditemui pada asap rokok, kenderaan atau kilang. Plastik PS ini seharusnya dielakkan kerana ia berbahaya pada otak, berpotensi mengganggu hormon estrogen wanita yang mengakibatkan masalah kepada sistem peranakan, pertumbuhan dan sistem saraf. Ia juga susah dikitar semula malah memerlukan masa yang lama untuk memprosesnya.

Other - SAN (Styrene acrylonitrile), ABS (Acrylonitrile butadiene styrene), PC (polycarbonate), Nylon
Code 7 Plastics - MiscellaneousIa boleh ditemui pada bekas makanan dan minuman, komputer dan alat elektronik. PC biasanya digunakan untuk botol susu bayi, sippy cup, botol minuman dan tin susu formula. Bahan ini boleh memindahkan Bisphenol-A Jika suhu meningkat ekoran pemanasan kepada makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan hormon, kromosom pada ovari, penurunan penghasilan sperma serta mengubah fungsi imunisasi. SAN dan ABS pula memiliki daya tahan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan dan pertambahan tingkat kekerasan. SAN biasa terdapat pada mangkuk adunan (mixer), balutan termos, piring, alatan makanan, penapis minuman dan berus gigi manakala ABS pula digunakan pada barang mainan dan paip. SAN dan ABS merupakan bahan plastik yang sangat baik digunakan.

Tiada ulasan:

Anda Mesti Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads