Nuffnang Ads

Sabtu, 7 Mei 2011

TOKSIN...Pembunuh Senyap


Jangkitan Kulit
Bagi mengelakkan lebihan toksin di dalam darah,biasanya toksin akan cuba keluar melalui kulit. Akibatnya toksin akan berkumpul di bahagian ini dan punca terjadinya masalah-masalah kulit seperti jerawat,jeragat,gatal, kering dan lain-lain.

Asma
Apabila tubuh anda cuba mengeluarkan toksik,tanda-tanda seperti asma dan hidung berair akan berlaku.Gejala ini memburukkan keadaan kerana boleh mengakibatkan asma menjadi lebih teruk.

Resdung
Sekiranya anda mengalami hidung berair ketika bangun tidur dan mengalami kegatalan dimuka dan hidung,bererti anda menghidapi resdung. Ini terjadi kerana pengumpulan toksin di kawasan berkenaan sehingga menyebabkan masalah pernafasan dan nafas berbau.

Penyakit Kronik
Pelbagai penyakit kronik berpunca daripada toksin yang berlebihan seperti sakit jantung dan kencing manis.

Gemuk
Akibat perubahan bentuk badan, anda semakin sukar untuk mengawal berat badan kerana kandungan toksin yang banyak dalam badan.

Masalah Penghadaman
Oleh kerana usus bekerja keras untuk membuang toksin,kadang kala masalah seperti sembelit dan kencing tak lawas akan berlaku.

Badan Panas
Ini menandakan badan mengandungi asid yang berlebihan. Jadi tubuh memerlukan air yang banyak untuk menjalankan proses pembuangan toksin dengan sempurna.

Banyak lagi masalah yang akan berlaku kepada kita jika paras toksin tidak dikawal dalam tubuh seperti kurang darah, cirit birit dan lain-lain lagi.

Khamis, 5 Mei 2011

DiGi nak bagi AWARDS up to RM5000 utk blog terpilih!!

In a tribute to all the ordinary Malaysians doing extraordinary things online, DiGi has come up with the WWWOW awards. Vote today! #DiGiWWWOW

As Malaysians, we are all a very connected bunch. In a recent set of statistics, it was found that Malaysians had the most Facebook friends on average in the world. We also spend a record amount of time online among other internet connected countries. We love the internet.

DiGi WWWOW Awards is the first people’s choice Internet awards for Malaysians by Malaysians to pay tribute to ordinary Malaysians who are doing extraordinary things online – from publishing their own opinions, producing their own TV shows, starting new businesses, or mobilising the power of the Internet for good cause. It’s the Internet for all awards.

With up to 16 categories up for grabs, you can squeeze your way to winning.. WAIT FOR IT, a snazzy DiGi WWWOW Awards trophy and prizes up to RM5000!

So ask yourself. Are you ready to spread your blog/twitter/picture/videos to the public? Submit your blog to www.wwwow.my this instant and collect your votes today!

Rabu, 4 Mei 2011

Teether..Untuk Si Kecil




Teether adalah alat bantuan yang digunakan untuk melegakan ketidakselesaan pada gusi si kecil. Lazimnya apabila gigi mulai tumbuh,si kecil akan mula merasa gatal dan bengkak pada gusi. Untuk mengurangkan rasa tidak selesa itu, si kecil akan suka menggigit benda keras atau suka menghisap jari disamping air liurnya akan meleleh keluar. Jadi teether adalah langkah terbaik untuk si kecil. Ikuti 5 tip panduan memilih teether untuk si kecil anda.



  1. Mudah dipegang - Terdapat reka bentuknya yang pelbagai dipasaran seperti gegelang bulat,bentuk segi empat dan sebagainya bagi menarik perhatian si kecil anda. Ada juga yang berfungsi 2 in 1 seperti boleh di gantung pada kereta sorong bayi. Namun apayang penting, pastikan teether boleh dipegang dengan mudah oleh bayi anda.
  2. Boleh digigit - Pilihan teether jenis getah kenyal mampu mengurangkan rasa sakit gusi bayi anda. Caranya mudah sahaja, sejukkan terlebih dahulu sebelum di beri kepada bayi anda. dan, harus di ingat teether mestilah SELALU DIBASUH.
  3. Menarik perhatian - Ada setengah teether yang mempunyai muzik dan berwarna-warni. Ia hanya berfungsi untuk menjadi peneman bermain dan melatih si kecil memegang sekaligus perkembangan motor halus berlaku.
  4. Non-toxic - Pastikan teether itu bahan pembuatnya adalah non-toxic kerana si kecil anda suka menggigit. 
  5. Jaminan Kualiti dan Keselamatan -  bagi yang mempunyai bajet lebih tidak mempunyai masalah dalam memilih teether yang berjenama. Biar murah tetapi berguna dan berhati-hatilah dalam memilih teether kerana dibimbangi akan mencederakan si kecil anda.

Rabu, 27 April 2011

serbuk kopi Kluang Rail Coffee dicampur tulang babi !!!???

Salam kepada semua umat ISLAM dia seluruh Malaysia dan sewaktu dengannya...

ketahuilah bahawa KLUANG RAIL COFFEE adalah tidak halal!!...ikuti kesahihannya di bawah :

=========================================================================

Monday, 14 February 2011 10:48

 ISU KLUANG RAIL COFFEEnew

-  Syarikat Kluang Rail Coffee bukan pemilik Sijil Pengesahan halal Johor.
-  Syarikat ini mempunyai beberapa cawangan di seluruh Negara, termasuklah 4 cawangan di negeri Johor, iaitu:
     a)    Stesen keretapi Kluang, 86000 Kluang, Johor.
     b)    No.33, Jalan Manggis, 86000 Kluang, Johor
     c)    No.21 & 22, Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaan Tasik, 86000 Kluang, Johor.
     d)    L2-35, aras Lereng Bukit, Plaza Kotaraya, 80000 Johor Bahru.

-  Jabatan Agama Johor telah menerima aduan awam mengenai serbuk kopi Syarikat Kluang Rail Coffee yang dicampur dengan tulang babi.
-  Pada 19 Januari 2011 pemeriksaan premis telah dijalankan di premis beralamat
No.21 & 22, Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaan Tasik, 86000 Kluang, Johor.
-  Beberapa sampel telah diambil termasuklah semua kopi serbuk dan uncang yang dikeluarkan oleh Syarikat Kluang Rail Coffee.
-  Sampel tersebut telah dihantar Ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.


Keputusan analisis Kopi – Kluang Rail Coffee

Semua sampel kopi Kluang Rail Coffee yang dianalisis Jabatan Kimia telah diterima oleh Jabatan Agama Johor dan keputusannya :

Serbuk kopi (dalam pek), serbuk (dalam balang) dan serbuk kopi uncang
Positif terdapat DNA Babi

Permohonan Halal Kluang Rail Coffee

-  Semua premis Kluang Rail Coffee telah membuat permohonan halal ke Jabatan Agama Johor pada April 2010 dan dalam proses tindakan.
   Jabatan Agama Johor akan memberi Sijil Pengesahan halal Johor sekiranya semua prosedur di bawah Garis Panduan Pensijilan Halal Johor   dipatuhi.

=========================================================================

Selasa, 19 April 2011

Job Interview Tips Practice

Practice, answering interview questions and practice your responses to the typical job interview questions and answers most employers ask. Think of actual examples you can use to describe your skills. Providing evidence of your successes is a great way to promote your candidacy. 

Prepare, a response so you are ready for the question "What do you know about our company. Know the interviewer's name and use it during the job interview. If you're not sure of the name, call and ask prior to the interview. Try to relate what you know about the company when answering questions. 

Get Ready, Make sure your interview attire is neat, tidy and appropriate for the type of firm you are interviewing with. Bring a nice portfolio with copies of your resume. Include a pen and paper for note taking. 

Be On Time, Be on time for the interview. On time means five to ten minutes early. If need be, take some time to drive to the office ahead of time so you know exactly where you are going and how long it will take to get there. 

Stay Calm, During the job interview try to relax and stay as calm possible. Take a moment to regroup. Maintain eye contact with the interviewer. Listen to the entire question before you answer and pay attention - you will be embarrassed if you forget the question! 

Show What You Know, Try to relate what you know about the company when answering questions. When discussing your career accomplishments match them to what the company is looking for. 

Follow Up, Always follow-up with a thank you note reiterating your interest in the position. If you interview with multiple people send each one a thank you note. 

Jumaat, 15 April 2011

Tip Menjimatkan Tenaga Elektrik

Didikan awal dari rumah secara tidak langsung mengajar anak-anak gaya hidup yang berkualiti dalam soal berjimat cermat.amalan berjimat bukan sekadar terhad kepada pengeluaran wang dalam pembelian barangan namun tanpa disedari penggunaan barangan elektrik seharian turut menyumbang kepada pembaziran.

Berikut beberapa tip menjimatkan tenaga untuk beberapa produk rumah tangga yang sering digunakan setiap hari:

Alat penghawa dingin dan Kipas

  • Tutup tirai/langsir ketika cuaca panas sehingga mengurangkan penggunaan kipas atau penghawa dingin kerana semakin panas suhu di sesuatu kawasan,makin besar pula tenaga yang dikeluarkan oleh penghawa dingin atau kipas.
  • Penggunaan kipas sebagai alternatif juga mampu menggurangkan keperluan alat penghawa dingin. Malah penggunaannya juga boleh dikombinasikan tetapi janganlah buka kedua-duanya dalam masa yang sama.
Lampu
  • Gunakan mentol jimat tenaga.Contohnya mentol yang menggunakan tenaga 13 watt tetapi dapat mengeluarkan cahaya sebesar 60 watt.
  • Lampu berhalogen dapat menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 90 peratus jika dibandingkan dengan lampu biasa dan memiliki daya tahan lebih lama.
Peti sejuk
  • Suhu peti sejuk hendaklah diselaraskan dengan penggunaannya.Bersih, cuci dan de-frost peti sejuk sekerap mungkin secara teratur. Ini akan membuatkan ia berfungsi dengan baik.
Mesin basuh
  • Elakkan daripada membuat cucian yang sedikit. Mungkin jika keluarga kecil, anda boleh membuat basuhan dua hingga tiga kali dalam masa seminggu. Basuhan dalam kuantiti yang banyak bermakna anda telah menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
Cerek elektrik
  • Gunakan saiz cerek yang berpadanan mengikut bilangan isi rumah. Ini kerana peralatan yang besar akan menggunakan tenaga elektrik yang besar dan sepatutnya tidak diperlukan.
Pengering rambut 
  • Penggunaan alat pengering rambut kurang penting dalam kegunaan seharian. Mengehadkan penggunaannya mampu menjimatkan elektrik malah mengurangkan kerosakkan rambut.
Sterika
  • Elakkan mengosok pakaian dalam kuantiti yang sedikit dalam satu masa, sebaliknya gosoklah pakaian yang hendak dipakai dalam masa seminggu. Penggunaan tenaga elektrik dapat dijimatkan jika anda mengamalkannya.
Ketuhar gelombang mikro
  • Mungkin anda boleh mengehadkan penggunaan alat ini untuk memasak masakan dalam kuantiti yang banyak,sebaliknya untuk memanaskan masakkan dalam kuantiti yang sedikit,gunalah periuk atau kuali di atas dapur masak.
Pengisar makanan
  • Buat  stok dalam kuantiti yang banyak dalam satu kali kisaran dan simpanlah dalam peti sejuk.
Vakum
  • Gunakan dua kali seminggu untuk membersihkan keseluruhan ruang dalam kediaman anda kerana ia lebih efektif dan gunakan lah penyapu pada hari-hari biasa,seterusnya dapat menjimatkan tenaga elektrik.
Jadi marilah kita bersama-sama menjimatkan tenaga elektrik.

Khamis, 14 April 2011

Sekali klik dapat 10Dollar? Biar Betul!!!

Salam semua,

Pernah dengar pasal www.tendollarclick.com ??, dengar kata sekali klik dapat 10 Dollar...ada member saya yang dah cash out guna Paypal daripada nie...rasa mcm nak cuba...coz bukan kena keluar duit pun...register pun free jer...

so dengan tanpa ragu2 dan segan silu saya pun memulakan langkah pertama utk cuba main benda nie... www.tendollarclick.com mana la tau ada rezeki boleh cash out...tak cuba mana nak tau tul tak...lagi pun klu benda nie menipu...kita tak rugi apa2 coz kita tak kuar sesen pun....huhuhu....

haha....ait....mcm senang plak kan... sekali klik jer terus dpt 10 dollar...tp kena tunggu cecah 10,000 dollar dulu baru boleh cash out guna paypal...hehe...sabarul minal iman...

Cara dia mudah ajer :
01) masuk sini www.tendollarclick.com
02) lengkapkan pendaftaran
03) login guna ID yg dah di daftarkan
04) pergi ker "Earning Area"
05) pergi ker "Click Link"
06) jika ada available...klik la iklan2 tue...
07) bila iklan tu kuar...biar 60saat (refer countdown yg di papar)
08) bila countdown abis..akan keluar (Click 1/2/3/4/...9) dan kotak berisi nombor di sebelahnyer...
      Example : Click 9 [1][5[9][3]
                      kowang kena klik kat kotak no.9 seperti yg diminta...settle..
09) ulang balik step No.06-08....sampai abis sumer link available...
10) lepas selesai pergi ker "My Account" utk check baper masyuk dlm Account
      Example : 1 Link 10 dollar
                      klu ada 4 Link = 40 dollar dah masyuk utk hari ini...
Ulang balik step No.03 - 10 next 24hours or bila2 masa kowang online...

aku pun mula2 blur camner nak wat...setelah aku godek2...pastu try klik2...huh!
Start register 14/04/2011....
pada 18/04/2011 dollar terkumpul terkini $725....huhuhu....

Terima kasih www.tendollarclick.com :)
Selamat mencuba!!!

Isnin, 28 Mac 2011

Lagi Gempa Bumi melanda Jepun

Lagi gempa bumi kuat berukuran 6.5-magnitud berlaku berhampiran pantai timur Honshu di Jepun pada pukul 6.24 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa itu terletak 370km timur laut dari Tokyo dan 4,337km timur laut Kudat, Sabah.

Honshu telah dilanda dengan beberapa gempa bumi kuat bulan ini.

Ahad, 27 Mac 2011

Prolapse Pelvic Ancam Kaum Wanita..???

Umumnya aktiviti harian yang dilakukan walaupun sudah menjadi perkara biasa boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan fizikal dan juga emosi. Tempoh kehamilan, melahirkan anak dan peningkatan berat badan adalah perkara biasa yang dilalui dalam kehidupan tetapi boleh memberi kesan kepada otot-otot pelvis. Otot-otot ini berperanan secara terus dalam memastikan organ-organ pelvis seperti uretra, vagina dan rektum berada di tempat yang betul. Sekiranya otot-otot ini lemah, ia gagal mengawal kedudukan organ-organ pelvis dan seterusnya berlakulah masalah kelendutan.


Dikalangan wanita yang sudah berusia, masalah ini dikenali sebagai 'prolapse pelvic'. Ia berlaku apabila  struktur otot yang bertanggungjawab mengawal kedudukan organ-organ pelvis dan seterusnya menjadi lemah atau merenggang berlebihan.

Antara perkara-perkara yang boleh menyebabkan berlakunya 'prolapse pelvic' adalah:

  • hamil dan melahirkan anak
  • menopaus dan penuaan
  • mengangkat objek berat
  • obesiti
  • batuk yang kronik
  • pembedahan (terutama pembedahan pelvis)
  • sembelit
  • aktiviti/senaman fizikal yang mengundang stress
Biasanya seseorang wanita itu akan mengalami gejala-gejala seperti berasa hendak jatuh, sembelit, kesukaran atau rasa sakit semasa melakukan hubungan intim, jangkitan pada pundi kencing, pengeluaran cecair berlebihan daripada vagina, sakit pada bahagian bawah belakang badan dan kegagalan mengawal pundi kencing.

Rawatan yang boleh diamalkan adalah seperti;
  • senaman kegel
  • latihan otot pelvis
  • 'vaginal pessary'
  • terapi hormon gantian(HRT)
  • pembedahan.

Sabtu, 19 Mac 2011

Kesan Radiasi Telefon Bimbit

Juz nak share dengan kawan-kawan di luar sana..

*********************************************************

Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telur telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:

Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:

15 minit - tiada apa yang berlaku.
25 minit - telur mulai panas.
45 minit - telur telah panas.
65 minit - telur telah masak.

Gambar telur tersebut dipaparkan di bawah:

Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.

Saya mengingatkan diri saya dan pembaca sekalian agarjangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.

Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?

http://popcorn-km.blogspot.com

************************************************************

Kesan-kesan Radiasi

  • Kajian menunjukkan monitor komputer sebagai sumber radiasi elektrik dan magnetik (elektromagnetik) yang agak kuat. Pendedahan yang berterusan kepada pancaran ini boleh meningkatkan risiko keguguran, kecacatan bayi, beberapa jenis kanser, leukemia dan lain-lain penyakit. Walaupun bukti kukuh masih belum dijumpai, tetapi tetap dilihat ada kaitannya. Dari segi emosi, seseorang yang terdedah secara berterusan pada radiasi atau sinaran akan mengalami simtom-simtom ketidakstabilan emosi seperti panas baran (cepat marah), keliru, cemas, tidak tenteram dan sebagainya.
  • Kabel elektrik, transformer, peralatan elektrik, radar, television, enjin kenderaan, talipon bimbit dan semua peralatan yang menghasilkan medan elektromagnet yang dianggap bahaya kepada kesihatan mental, fizikal juga emosi.
  • Radiasi elektrik dan radiasi magnetik adalah berbeza, tetapi ia sering wujud secara bersama kerana semua alat yang menggunakan kuasa elektrik mengeluarkan radiasi elektromagnetik. Masalahnya material yang melindungi kita dari radiasi elektik tidak melindungi dari radiasi magnetik dan sebaliknya. Sangat sedikit produk yang melindungi kita bila terdedah secara terus kepada radiasi magnetik. Ini kerana radiasi magnetik dapat menembusi kayu, besi, batu dan tentu sekali tubuh manusia. Bagaimanapun kita bernasib baik kerana kedua-dua jenis radiasi ini menjadi semakin lemah semakin jauh ia dari puncanya.
  • Sel tubuh mempunyai tenaga elektrik halus yang dihasilkan melalui pergerakas elektron sel. Elektron sel menghasilkan sistem tenaga yang seimbang dan harmoni untuk membolehkan sel berhubung dengan sel-sel tubuh yang lain. Radiasi tenaga elektromagnetik asing yang berpunca dari talipon bimbit dan peralatan elektrik yang lain mengganggu dengan gelombang yang merosakkan sistem harmoni tubuh dan dalam jangka panjang merosakkan sistem komunikasi sel tubuh dan akhirnya menyebabkan penyakit.

Gempa Bumi Dan Tsunami di Jepun

Tanggal 11 Mac 2011 bersamaan 6 Rabiulakhir 1432, dunia digemparkan dengan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Matahari Terbit, Jepun. Gempa bumi sekuat 8.9 skala ritcher dan tsunami setinggi 10 meter telah membadai beberapa kawasan pantai di negara itu seperti Sendai di timur Miyagi, Pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal-kapal, kereta dihanyutkan ke kawasan bandar. Beberapa gegaran susulan juga turut berlaku di Jepun dan gempa bumi itu juga turut menggegarkan bangunan tinggi di Tokyo.


Tsunami setinggi 10 meter
Keadaan sebelum dan selepas tsunami.


Kelihatan satu pusaran besar yang wujud dari dasar perairan timur laut Jepun dan menggerunkan yang dikatakan berlaku sebelum kejadian tsunami melanda Jepun.

389da50d17 Video Tsunami di Jepun Terburuk Dalam Tempoh 140 Tahun

   
  
  tsu012 150x150 Video Tsunami di Jepun Terburuk Dalam Tempoh 140 Tahun

Terkedu, Sayu, Sedih, Takut melihat, mendengar dan membaca artikel berkaitan dengan gempa bumi dan tsunami di Jepun ini. Hari tak selalunya cerah......



Tsunami Jepun dan Al-Quran

Juz want to share with u guys...

********************************************************
1. Tarikh yg berlaku Tsunami adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432. 
2. So, dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Juzud ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4. 
Rahsia angka tahun ini : Juzud 14 Ayat Quran ke 4. 

1. Rujuk di Quran. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijr menyatakan;
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Kedudukan Jepun 
Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138) 

So dalam 1432, 14 dah di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3. 

di ambil pula lokasi latititude dan longitude. 

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
Proved yang di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun. 
Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. Maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53 

Maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30 
so next 3+0 = 3. 
Proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun. 

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6
Masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia. Gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun.. 

So 1+4+4+6 =15 
So next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku gempa bumi. 

4. Hari melapetaka.
Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. So angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat. 

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.
***************************************************************

Saya pun pernah terbaca entri ni kat satu website tu. Sampai sekarang saya masih tertanya-tanya, adakah ini satu kebetulan atau ianya memang sudah termaktub dalam Al-Quran? Itulah salah satu keisimewaan Al-Quran yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita sebagai panduan dan petunjuk.

Bumi, Bulan dan Malam ini Semakin Dekat..

Malam ini hari Sabtu, 19hb Mac 2011 bersamaan dengan 14 Rabiulakhir 1432 akan berlaku satu fenomena di mana kedudukan bulan dekat dengan bumi yang lebih dikenali sebagai fenomena  lunar perigee atau fenomena supermoon. Pada malam ini bulan akan berada dalam jarak terdekat dengan bumi semenjak tahun 1993, 18 tahun yang lalu. Fenomena yang akan berlaku ini mungkin dikhuatiri kerana ia akan menyebabkan pola iklim di Bumi. Seperti yang kita tahu ramai para nelayan abiasanya meramal akan keadaan pasang surut air laut hanya dengan melihat kedudukan bulan. Namun kedudukan bulan pada malam ini dengan jarak 356 700km lebih hampir dari hari-hari biasa yang pada lazimnya dengan jarak 406 300km disamping tarikan graviti juga turut bertambah.

Jika anda perasan, kebanyakan bencana alam yang terjadi di saat fenomena lunar perigee antara Bumi dan Bulan dekat. Sebagai misalan, badai New England pada 1938 dan banjir di Lembah Hunter pada tahun 1955. Ia juga akan dikaitkan dengan pelbagai kejadian di Bumi seperti gempa bumi, gunung berapi meletus yang pasti kejadian tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini pasti membimbangkan ramai orang, namun begitu masih tidak diketahui akan kesahihannya lagi. Menurut Prof Dr Chong Hon Yew, pakar astronomi dari USM tiada bukti saintifik yang memungkinkan kita panik. Sesungguhnya semua ini datang dari pada-Nya. Setiap kebaikan dan keburukan yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT. Sebagai umat Islam, kita disarankan untuk berdoa dan bertawakal kepada-Nya.

Gambaran Bumi dan Bulan pada malam ini.
Subahanallah...

Khamis, 17 Mac 2011

Tsunami di Jepun

Gambar-gambar sekitar kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun.

Arus tsunami menghentam kawasan penduduk di wilayah Natori, Miyagi, Jepun.


Tsunami sedang menghentam Bandara Sendai, Miyagi, Jepun.
 
Pesawat ringan dan puluhan kenderaan hanyut dibawa arus tsunami yang melanda Bandara Sendai, bahagian utara Jepun. 


Arus tsunami membentuk pusaran air di wilayah Ibaraki, Jepun.


Jumaat, 4 Mac 2011

Pahlawan Vs Perawan...

Soalan: Antara seorang pahlawan dan seorang perawan, mereka mempunyai satu perjuangan yang     sama...Apakah dia?? 


Jawapan: "Darah"....Pahlawan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir, manakala perawan pulak berjuang hingga ke titisan darah yang pertama.

Jangan..!!

Jika anda baru sahaja menjalankan pembedahan, elakkan sebarang kerja-kerja berat sekurang-kurangnya dalam tempoh empat ke enam minggu selepas rawatan. Kerja berat yang memerlukan tenaga seperti menyapu sampah, berkebun, mengangkat beban berat mahupun membuka penutup botol yang ketat atau menguak jendela yang tersangkut juga harus ditangguhkan. Jika badan mulai kuat dan bertenaga, anda sudah boleh melakukan aktiviti seperti mengelap pinggan, menyusun kasut atau menyiram pokok bunga.

Jangan Lakukan Dua Hari Berturut

Kebanyakan kita akan memilih untuk bersenam pada hujung minggu kerana pada waktu inilah kita mempunyai masa lapang. Sebenarnya bersenam dua hari berturut memberi kesan yang tidak baik kepada otot-otot anda. Ia dikatakan tidak baik kerana otot memerlukan masa untuk pulih selepas kita bersenam. bersenam selama dua hari berturut tidak akan memberi kesan yang efektif kepada anda, terutamanya yang berniat untuk menurunkan berat badan. Waktu paling sesuai untuk bersenam adalah pada waktu petang kerana otot berada dalam keadaan yang cukup bersedia ketika itu.

Anda Mesti Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads