Nuffnang Ads

Sabtu, 7 Mei 2011

TOKSIN...Pembunuh Senyap


Jangkitan Kulit
Bagi mengelakkan lebihan toksin di dalam darah,biasanya toksin akan cuba keluar melalui kulit. Akibatnya toksin akan berkumpul di bahagian ini dan punca terjadinya masalah-masalah kulit seperti jerawat,jeragat,gatal, kering dan lain-lain.

Asma
Apabila tubuh anda cuba mengeluarkan toksik,tanda-tanda seperti asma dan hidung berair akan berlaku.Gejala ini memburukkan keadaan kerana boleh mengakibatkan asma menjadi lebih teruk.

Resdung
Sekiranya anda mengalami hidung berair ketika bangun tidur dan mengalami kegatalan dimuka dan hidung,bererti anda menghidapi resdung. Ini terjadi kerana pengumpulan toksin di kawasan berkenaan sehingga menyebabkan masalah pernafasan dan nafas berbau.

Penyakit Kronik
Pelbagai penyakit kronik berpunca daripada toksin yang berlebihan seperti sakit jantung dan kencing manis.

Gemuk
Akibat perubahan bentuk badan, anda semakin sukar untuk mengawal berat badan kerana kandungan toksin yang banyak dalam badan.

Masalah Penghadaman
Oleh kerana usus bekerja keras untuk membuang toksin,kadang kala masalah seperti sembelit dan kencing tak lawas akan berlaku.

Badan Panas
Ini menandakan badan mengandungi asid yang berlebihan. Jadi tubuh memerlukan air yang banyak untuk menjalankan proses pembuangan toksin dengan sempurna.

Banyak lagi masalah yang akan berlaku kepada kita jika paras toksin tidak dikawal dalam tubuh seperti kurang darah, cirit birit dan lain-lain lagi.

Tiada ulasan:

Anda Mesti Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads