Teether adalah alat bantuan yang digunakan untuk melegakan ketidakselesaan pada gusi si kecil. Lazimnya apabila gigi mulai tumbuh,si kecil akan mula merasa gatal dan bengkak pada gusi. Untuk mengurangkan rasa tidak selesa itu, si kecil akan suka menggigit benda keras atau suka menghisap jari disamping air liurnya akan meleleh keluar. Jadi teether adalah langkah terbaik untuk si kecil. Ikuti 5 tip panduan memilih teether untuk si kecil anda.
- Mudah dipegang - Terdapat reka bentuknya yang pelbagai dipasaran seperti gegelang bulat,bentuk segi empat dan sebagainya bagi menarik perhatian si kecil anda. Ada juga yang berfungsi 2 in 1 seperti boleh di gantung pada kereta sorong bayi. Namun apayang penting, pastikan teether boleh dipegang dengan mudah oleh bayi anda.
- Boleh digigit - Pilihan teether jenis getah kenyal mampu mengurangkan rasa sakit gusi bayi anda. Caranya mudah sahaja, sejukkan terlebih dahulu sebelum di beri kepada bayi anda. dan, harus di ingat teether mestilah SELALU DIBASUH.
- Menarik perhatian - Ada setengah teether yang mempunyai muzik dan berwarna-warni. Ia hanya berfungsi untuk menjadi peneman bermain dan melatih si kecil memegang sekaligus perkembangan motor halus berlaku.
- Non-toxic - Pastikan teether itu bahan pembuatnya adalah non-toxic kerana si kecil anda suka menggigit.
- Jaminan Kualiti dan Keselamatan - bagi yang mempunyai bajet lebih tidak mempunyai masalah dalam memilih teether yang berjenama. Biar murah tetapi berguna dan berhati-hatilah dalam memilih teether kerana dibimbangi akan mencederakan si kecil anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan