Tanggal 11 Mac 2011 bersamaan 6 Rabiulakhir 1432, dunia digemparkan dengan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Matahari Terbit, Jepun. Gempa bumi sekuat 8.9 skala ritcher dan tsunami setinggi 10 meter telah membadai beberapa kawasan pantai di negara itu seperti Sendai di timur Miyagi, Pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal-kapal, kereta dihanyutkan ke kawasan bandar. Beberapa gegaran susulan juga turut berlaku di Jepun dan gempa bumi itu juga turut menggegarkan bangunan tinggi di Tokyo.
|
Tsunami setinggi 10 meter |
Keadaan sebelum dan selepas tsunami.
Kelihatan satu pusaran besar yang wujud dari dasar perairan timur laut Jepun dan menggerunkan yang dikatakan berlaku sebelum kejadian tsunami melanda Jepun.
Terkedu, Sayu, Sedih, Takut melihat, mendengar dan membaca artikel berkaitan dengan gempa bumi dan tsunami di Jepun ini. Hari tak selalunya cerah......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan