Nuffnang Ads

Sabtu, 19 Mac 2011

Bumi, Bulan dan Malam ini Semakin Dekat..

Malam ini hari Sabtu, 19hb Mac 2011 bersamaan dengan 14 Rabiulakhir 1432 akan berlaku satu fenomena di mana kedudukan bulan dekat dengan bumi yang lebih dikenali sebagai fenomena  lunar perigee atau fenomena supermoon. Pada malam ini bulan akan berada dalam jarak terdekat dengan bumi semenjak tahun 1993, 18 tahun yang lalu. Fenomena yang akan berlaku ini mungkin dikhuatiri kerana ia akan menyebabkan pola iklim di Bumi. Seperti yang kita tahu ramai para nelayan abiasanya meramal akan keadaan pasang surut air laut hanya dengan melihat kedudukan bulan. Namun kedudukan bulan pada malam ini dengan jarak 356 700km lebih hampir dari hari-hari biasa yang pada lazimnya dengan jarak 406 300km disamping tarikan graviti juga turut bertambah.

Jika anda perasan, kebanyakan bencana alam yang terjadi di saat fenomena lunar perigee antara Bumi dan Bulan dekat. Sebagai misalan, badai New England pada 1938 dan banjir di Lembah Hunter pada tahun 1955. Ia juga akan dikaitkan dengan pelbagai kejadian di Bumi seperti gempa bumi, gunung berapi meletus yang pasti kejadian tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini pasti membimbangkan ramai orang, namun begitu masih tidak diketahui akan kesahihannya lagi. Menurut Prof Dr Chong Hon Yew, pakar astronomi dari USM tiada bukti saintifik yang memungkinkan kita panik. Sesungguhnya semua ini datang dari pada-Nya. Setiap kebaikan dan keburukan yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT. Sebagai umat Islam, kita disarankan untuk berdoa dan bertawakal kepada-Nya.

Gambaran Bumi dan Bulan pada malam ini.
Subahanallah...

Tiada ulasan:

Anda Mesti Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads