Juz nak share dengan kawan-kawan di luar sana..
*********************************************************
Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:
15 minit - tiada apa yang berlaku.
25 minit - telur mulai panas.
45 minit - telur telah panas.
65 minit - telur telah masak.
Gambar telur tersebut dipaparkan di bawah:
Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.
Saya mengingatkan diri saya dan pembaca sekalian agarjangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.
Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?
petikan dari : http://popcorn-km.blogspot.com

************************************************************
Kesan-kesan Radiasi
- Kajian menunjukkan monitor komputer sebagai sumber radiasi elektrik dan magnetik (elektromagnetik) yang agak kuat. Pendedahan yang berterusan kepada pancaran ini boleh meningkatkan risiko keguguran, kecacatan bayi, beberapa jenis kanser, leukemia dan lain-lain penyakit. Walaupun bukti kukuh masih belum dijumpai, tetapi tetap dilihat ada kaitannya. Dari segi emosi, seseorang yang terdedah secara berterusan pada radiasi atau sinaran akan mengalami simtom-simtom ketidakstabilan emosi seperti panas baran (cepat marah), keliru, cemas, tidak tenteram dan sebagainya.
- Kabel elektrik, transformer, peralatan elektrik, radar, television, enjin kenderaan, talipon bimbit dan semua peralatan yang menghasilkan medan elektromagnet yang dianggap bahaya kepada kesihatan mental, fizikal juga emosi.
- Radiasi elektrik dan radiasi magnetik adalah berbeza, tetapi ia sering wujud secara bersama kerana semua alat yang menggunakan kuasa elektrik mengeluarkan radiasi elektromagnetik. Masalahnya material yang melindungi kita dari radiasi elektik tidak melindungi dari radiasi magnetik dan sebaliknya. Sangat sedikit produk yang melindungi kita bila terdedah secara terus kepada radiasi magnetik. Ini kerana radiasi magnetik dapat menembusi kayu, besi, batu dan tentu sekali tubuh manusia. Bagaimanapun kita bernasib baik kerana kedua-dua jenis radiasi ini menjadi semakin lemah semakin jauh ia dari puncanya.
- Sel tubuh mempunyai tenaga elektrik halus yang dihasilkan melalui pergerakas elektron sel. Elektron sel menghasilkan sistem tenaga yang seimbang dan harmoni untuk membolehkan sel berhubung dengan sel-sel tubuh yang lain. Radiasi tenaga elektromagnetik asing yang berpunca dari talipon bimbit dan peralatan elektrik yang lain mengganggu dengan gelombang yang merosakkan sistem harmoni tubuh dan dalam jangka panjang merosakkan sistem komunikasi sel tubuh dan akhirnya menyebabkan penyakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan