Berikut beberapa tip menjimatkan tenaga untuk beberapa produk rumah tangga yang sering digunakan setiap hari:
Alat penghawa dingin dan Kipas
- Tutup tirai/langsir ketika cuaca panas sehingga mengurangkan penggunaan kipas atau penghawa dingin kerana semakin panas suhu di sesuatu kawasan,makin besar pula tenaga yang dikeluarkan oleh penghawa dingin atau kipas.
- Penggunaan kipas sebagai alternatif juga mampu menggurangkan keperluan alat penghawa dingin. Malah penggunaannya juga boleh dikombinasikan tetapi janganlah buka kedua-duanya dalam masa yang sama.
Lampu
- Gunakan mentol jimat tenaga.Contohnya mentol yang menggunakan tenaga 13 watt tetapi dapat mengeluarkan cahaya sebesar 60 watt.
- Lampu berhalogen dapat menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 90 peratus jika dibandingkan dengan lampu biasa dan memiliki daya tahan lebih lama.
Peti sejuk
- Suhu peti sejuk hendaklah diselaraskan dengan penggunaannya.Bersih, cuci dan de-frost peti sejuk sekerap mungkin secara teratur. Ini akan membuatkan ia berfungsi dengan baik.
Mesin basuh
- Elakkan daripada membuat cucian yang sedikit. Mungkin jika keluarga kecil, anda boleh membuat basuhan dua hingga tiga kali dalam masa seminggu. Basuhan dalam kuantiti yang banyak bermakna anda telah menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
Cerek elektrik
- Gunakan saiz cerek yang berpadanan mengikut bilangan isi rumah. Ini kerana peralatan yang besar akan menggunakan tenaga elektrik yang besar dan sepatutnya tidak diperlukan.
Pengering rambut
- Penggunaan alat pengering rambut kurang penting dalam kegunaan seharian. Mengehadkan penggunaannya mampu menjimatkan elektrik malah mengurangkan kerosakkan rambut.
Sterika
- Elakkan mengosok pakaian dalam kuantiti yang sedikit dalam satu masa, sebaliknya gosoklah pakaian yang hendak dipakai dalam masa seminggu. Penggunaan tenaga elektrik dapat dijimatkan jika anda mengamalkannya.
Ketuhar gelombang mikro
- Mungkin anda boleh mengehadkan penggunaan alat ini untuk memasak masakan dalam kuantiti yang banyak,sebaliknya untuk memanaskan masakkan dalam kuantiti yang sedikit,gunalah periuk atau kuali di atas dapur masak.
Pengisar makanan
- Buat stok dalam kuantiti yang banyak dalam satu kali kisaran dan simpanlah dalam peti sejuk.
Vakum
- Gunakan dua kali seminggu untuk membersihkan keseluruhan ruang dalam kediaman anda kerana ia lebih efektif dan gunakan lah penyapu pada hari-hari biasa,seterusnya dapat menjimatkan tenaga elektrik.
Jadi marilah kita bersama-sama menjimatkan tenaga elektrik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan