Hah, pasti ramai wanita akan segera membelek tubuh di depan cermin sebaik sahaja pulang dari makan besar bersama rakan-rakan. Ada yang terus menimbang berat badan, masing-masing berkumpul dan mula membuka buku nota serta tak kurang juga berbincang bagaimana cara berdiet yang sesuai. Tetapi tahukah kita wahai kaum wanita yang diet juga punca kita menjadi gemuk jika tidak dijalankan secara teratur. Ada baiknya kita perika semula cara kita berdiet dan kaji setiap kesilapan yang mungkin kita lakukan ketika berdiet. Disini saya kongsikan punca2 kesilapan kita semasa berdiet, antaranya adalah seperti berikut :
Kesilapan Diet
1. Mengelak Makan Pagi
Sarapan merupakan waktu makan yang paling penting untuk kita. Walaupun kebanyakan wanita sedar bahawa bersarapan pagi itu penting namun bagi mengelakkan kita makan banyak, kita biarkan sahaja perut kelaparan. Bagi mengalas perut, kita cuma mengambil secawan kopi dan makan sandwich tuna, kononnya nak kurangkan kalori dalam badan. Sebenarnya selepas 10 jam, perut akan mudah terasa lapar terutamanya pada waktu tengah hari atau makan malam sekiranya kita tak mengambil sarapan pagi. akibatnya kita akan mengumpul semua kalori yang tidak sepatutnya semasa makan pada waktu lain. Untuk pengetahuan kita semua, sarapan bukan hanya sekadar mengawal selera makan anda pada waktu tengah hari atau makan malam bahkan ia membantu mencairkan lemak. Di samping itu, sarapan dengan diet sihat akan merangsang metabolisme aktif dan memudahkan kalori dalam badan dibakar.
2. Makan 'Benda' yang Sama
Keletihan semasa bekerja akan merangsang selera makan kita untuk menghadap makanan segera terutama pada waktu malam. Makanan yang menjadi kegilaan ramai untuk makan malam adalah pizza, burger, KFC atau sup segera dalam tin yang hanya perlu dipanaskan. Bukanlah menjadi kesalahan untuk makan makanan sebegitu, tetapi jika terus diamalkan badan akan menjadi lemah kerana kekurangan khasiat. Menurut kajian, makanan paling berkhasiat sekalipun sekiranya dimakan secara berulang kali tidak mampu untuk membekalkan khasiat yang diperlukan tubuh kita.
3. 'Pulun' Salad
Ramai kaum wanita cuba mengawal pemakanan dengan cara memakan salad, dengan andaian memakan salad berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat memberi kita tenaga dan sebagai bonusnya berat badan akan turun. Sebenarnya semua itu hanya alasan belaka, tengah hari makan salad dan malam pula semua snek habis di makan.! Hehehe..
4. Ikat Perut
Kebanyakan kita sebagai kaum wanita sanggup berlapar untuk menjaga berat badan atau mengurangkan berat badan yang semakin meningkat. Sekiranya kita mengawal nafsu makan dan berlapar selama lebih kurang lima jam, ia hanya akan memperlahankan metabolisme kita. Cara ini memang berkesan untuk seketika sahaja malah berat badan akan melonjak sebaik sahaja mula makan seperti biasa. Jadi ikat perut biar berpada-pada la yer..
5. Banyaknya Kalori
Bayangkan kita mengambil Latte (pagi)+ Coklat panas (tengah hari) + Float = 900kj kalori dikumpul dalam sehari. Banyak tu..Lebih teruk lagi minuman seperti ini akan merangsangkan lagi selera makan kita. Justeru itu,
kurangkan minuman yang bergula atau berkarbonat.
6. Pandang Remeh
Mengunyah biskut semasa bekerja, mencuba sampel keropok di pasar raya atau menerima setiap makanan yang dihulurkan kepada anda membuatkan anda alpa tentang jumlah kalori yang terkandung dalam makanan tersebut. Jangan ingat dengan hanya merasa makanan-makanan ini, jumlah kalorinya sedikit dan tidak memberi kesan kepada bentuk serta berat badan anda. Namun semuanya itu salah kerana kalori yang anda perolehi dari makanan itu akan bertindak aktif dan kesannya boleh dilihat apabila anda menimbang berat badan pada bulan depan. Hehehe..berjaga-jaga lah.
1 ulasan:
hehe..cam terkena batang hidung sendiri pulak :)
Catat Ulasan