1. Elakkan penggunaan botol susu dan cawan minuman bayi daripada bahan polycarbonate. Pilih dan gunalah botol susu bayi dari bahan kaca, polyethylene, polypropylene atau stainless steel.
2. Jika penggunaan bahan polycarbonate tidak dapat dielakkan, janganlah menyimpan air minuman ataupun makanan yang panas di dalamnya.
3. Hindari penggunaan botol plastik untuk menyimpan air minuman. Sekiranya sukar juga untuk mengelakkan penggunaan botol plastik berbahan PET dan HDPE, gunakan hanya sekali pakai sahaja dan habiskan minuman itu dengan segera kerana antimoni trioksida akan dikeluarkan dengan banyak dari masa ke semasa. Bahan alternatif yang lain boleh digunakan seperti botol stainless steel atau kaca.
4. Elakkan daripada memanaskan makanan yang disimpan dalam bekas plastik menggunakan ketuhar gelombang mikro kerana ia boleh menyebabkan pembebasan bahan kimia pada plastik tersebut bertindak balas dengan lebih cepat pada makanan.
5. Bungkus makanan dengan daun pisang atau kertas terlebih dahulu sebelum membungkusnya dengan plastik ketika ingin memanaskannya ke dalam ketuhar gelombang mikro.
6. Elakkan penggunaan piring dan bekas makanan plastik semasa memasak.
7. Elakkan membuang sampah yang terdiri daripada plastik di merata tempat kerana ia juga mencemarkan air dalam tanah dan seterusnya merosakkan sumber air minuman.
Sama-samalah kita menjaga kesihatan di samping menjaga alam semula jadi.
Ahad, 27 Februari 2011
Sabtu, 19 Februari 2011
Awas Bahaya Dalam Bekas Plastik
Dengan harga RM 1 saja, kita dah mampu membeli sebotol air mineral dan setelah airnya habis diminum rasa sayang untuk membuang botolnya pula. Lantas dibawa pulang ke rumah dan diisikan dengan air lain sebagai ganti. Pendek kata botol itu akan sentiasa dipastikan penuh berisi dengan air darimasa ke semasa. Namun tahukah anda semua bahawa tindakan ini boleh mengundang bahaya kepada kesihatan kita?
Selama ini kita hanya menggunakan pandanagn mata kasar untuk menentukan samaada air yang hendak diminum, itu bersih atau tidak dari luar botolnya sahaja. Walhal kita sendiri tidak tahu sama ada air tersebut mengandungi kandungan kimia yang berbahaya atau tidak. Jika anda perasan terdapat beberapa kod atau gred yang telah ditetapkan dalam setiap botol plastik yang dihasilkan. Ia dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry pada tahun 1988 di US. Dan seterusnya kod-kod ini digunapakai oleh badan-badan yang berkaitan seperti ISO. Mari kita kenali jenis-jenis plastik yang dihasilkan dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.
PETE @ PET - Polyethylene Terephthalate
Simbol ini biasanya diklasifikasikan untuk botol yang jernih seperti botol air mineral. Penggunaannya disarankan hanya sekali pakai sahaja kerana jika terlalu kerap digunakan lebih-lebih lagi untuk mengisi air panas, lapisan polimer pada botol tersebut akan bocor dan mengeluarkan karsinogenik iaitu antara pencetus kanser. Semasa plastik jenis ini dihasilkan, antimoni trioksida yang boleh mengundang bahaya kerana ia boleh memasuki tubuh melalui sistem pernafasan. Sekiranya seseorang terdedah pada bahan ini dalam jangka masa yang lama,iritasi pada kulit dan saluran pernafasan akan berlaku. Bagi wanita pula, ia boleh meningkatkan masalah haid, kegugran kandungan dan berkemungkinan anak yang dilahirkan mengalami pertumbuhan yang lambat sehingga usianya menjangkau 12 bulan.
HDPE - High Density Polyethylene
Lazimnya kita menjumpai simbol ini pada botol susu dan bekas makanan. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat digunakan kerana kemampuannya mencegah tindakbalas kimia antara kemasan plastiknya dengan minuman atau makanan yang diisi di dalamnya. HDPE memiliki sifat bahan yang kuat, keras dan lebih tahan pada suhu yang tinggi. Seperti juga PET, ia disarankan untuk sekali pakai kerana pembebasan antimoni trioksida akan meningkat dari masa ke semasa.
V @ PVC - Polyvinyl Choride
Ia adalah sejenis yang plastik yang paling sukar dikitar. Ia biasanya digunakan sebagai pembalut makanan (cling wrap) dan pada botol-botol yang lain. Ia juga mengandungi DEHA yang berupaya bertindak balas dengan makanan yang dibalut dengan plastik ini apabila ia bersentuhan secara terus. DEHA mencair pada suhu -15 darjah. Apabila berlaku tindak balas antara PVC dengan makanan yang dibalut dengannya boleh mengundang bahaya kepada ginjal, hati dan berat badan.
LDPE - Low Density Polyethylene
LDPE adalah sejenis plastik berwarna coklat yang dihasilkan daripada minyak bumi (thermoplastic). Ia dipakai sebagai bekas makanan atau botol-botol yang kemek. Ia bersifat kuat, tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berminyak. Ia sangat tahan di bawah suhu 60 darjah selsius kepada tindak balas kimia dan mempunyai daya perlindungan yang baik terhadap wap air tetapi kurang elok bagi gas-gas lain seperti oksigen. Ia masih boleh dikitar semula tetapi sukar untuk dilupuskan.
PP - Polypropylene
Ia merupakan pilihan yang terbaik untuk bahan plastik terutamanya sebagai tempat menyimpan makanan, minuman dan botol susu bayi. Ia bersifat jernih, lebih kuat dan ringan dengan daya tembusan wap yang rendah, tahan terhadap minyak, stabil pada suhu yang tinggi serta berkilat. Boleh ditemui pada penutup botol, botol kicap dan juga pada bekas perubatan.
PS - Polystyrene
PS biasanya digunakan sebagai bekas makanan styrofoam dan cawan atau gelas minuman pakai buang. Ia juga merupakan polimer aromatik yang boleh mengeluarkan styrene pada makanan sekiranya ia bersentuhan. Styrene ini juga boleh ditemui pada asap rokok, kenderaan atau kilang. Plastik PS ini seharusnya dielakkan kerana ia berbahaya pada otak, berpotensi mengganggu hormon estrogen wanita yang mengakibatkan masalah kepada sistem peranakan, pertumbuhan dan sistem saraf. Ia juga susah dikitar semula malah memerlukan masa yang lama untuk memprosesnya.
Other - SAN (Styrene acrylonitrile), ABS (Acrylonitrile butadiene styrene), PC (polycarbonate), Nylon
Ia boleh ditemui pada bekas makanan dan minuman, komputer dan alat elektronik. PC biasanya digunakan untuk botol susu bayi, sippy cup, botol minuman dan tin susu formula. Bahan ini boleh memindahkan Bisphenol-A Jika suhu meningkat ekoran pemanasan kepada makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan hormon, kromosom pada ovari, penurunan penghasilan sperma serta mengubah fungsi imunisasi. SAN dan ABS pula memiliki daya tahan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan dan pertambahan tingkat kekerasan. SAN biasa terdapat pada mangkuk adunan (mixer), balutan termos, piring, alatan makanan, penapis minuman dan berus gigi manakala ABS pula digunakan pada barang mainan dan paip. SAN dan ABS merupakan bahan plastik yang sangat baik digunakan.
Isnin, 14 Februari 2011
Masalah Yang Mungkin dihadapi Selepas Bersalin Part 2
Terkencing tanpa kawalan
Kehamilan dan kelahiran menyebabkan tisu sekitar faraj dan sekeliling pangkal pundi kencing tegang secara keterlaluan dan luka. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada saraf dipersekitarannya menyebabkan kawalan kencing terganggu dan anda akan mudah terkencing apabila batuk, bersin atau ketawa. Tapi anda bernasib baik kerana keadaan ini terjadi untuk sementara waktu sahaja dan anda selalunya pulih sepenuhnya selepas 3 bulan. Amalkan senaman kegel kerana ia mempercepatkan proses pemulihan dan pakai pad wanita sekiranya perlu.
Buasir
Sekiranya anda merasa sesuatu keluar dari dubur dan sakit setiap kali buang air besar, anda mungkin mengalami buasir. Buasir terjadi akibat tekanan yang tinggi semasa meneran yang menyebabkan salur darah sekitar dubur menjadi kembang. Untuk megurangkan rasa tidak selesa, puan disarankan menggunakan pad berais, diletak pada bahagian dubur. Sekiranya sakit keterlaluan atau buasir menjadi semakin bengkak, anda disarankan berjumpa doktor. Terdapat ubat yang selamat dan boleh dimakan walaupun anda benyusu badan. Untuk mengurangkan risiko buasir, amalkan memakan makanan berfiber tinggi dan minum air secukupnya. Pastikan anda sentiasa aktif semasa hamil dan sekiranya najis keras, anda boleh meminta preskripsi doktor untuk ubat lembutkan najis.
Sembelit
Sembelit kerap terjadi mungkin kerana takut luka episiotomi terbuka semasa membuang air besar atau sebab sakit kerana buasir yang bengkak. Untuk mengelakan dari najis menjadi keras, amalkan memakan sayuran dan makanan berfiber tinggi semasa pantang, dan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jangan dengar tentang mitos orang tua pasal minum air segelas sehari dan tentang sayur sejuk sayur panas dan sebagainya. Dehidrasi dari kekurangan air sebab terlalu berpantang menyebabkan luka anda lambat baik dan air susu menjadi kurang. Sekiranya anda masih lagi sembelit selepas tip diatas, Jumpa saja doktor untuk laksatif yang sesuai semasa pantang.
Sakit Buah dada
Selepas beberapa hari bersalin, buah dada akan dipenuhi susu dengan banyaknya dan payudara anda akan mula merasa sakit, berat dan bengkak. Rasa tidak selesa pada buah dada selalunya berakhir sebaik sahaja bayi anda mula pandai mengisap susu. Sekiranya masih bengkak, cuba perah mengunakan ‘breast pump’ yang sesuai. Anda juga boleh meletakan tuala sejuk atau suam pada buah dada untuk mengurangkan bengkak. Ubat penahan sakit seperti panadol dan ponstan adalah selamat dan boleh dimakan walaupun anda menyusu. Bagi mereka yang mengalami susu yang keluar terlalu banyak sampai meleleh, jangan tension pula, anggap itu satu kelebihan dan cuba gunakan pad payudara. Bila malam, cuba letakkan tuala pada buah dada untuk serapan yang lebih optimal.
Rambut gugur
Semasa hamil, kadar keguguran rambut menjadi kurang disebabkan rembesan hormon dari uri yang menghalang keguguran rambut. Sesetengah wanita pula mungkin mendapati rambut tumbuh lebih lebat dari biasa. Walaubagaimanapun selepas bersalin rambut anda akan luruh 2 kali ganda lebih kerap dari biasa disebabkan rambut yang tumbuh berlebihan tadi. Ini mungkin menyebabkan anda sedikit bimbang kerana takut ia mungkin disebabkan pemakanan atau sebagainya. Tapi anda jangan risau, dalam masa 6 bulan, rambut anda akan gugur dengan kadar biasa. Sementara itu, makan makanan berzat dan elak dari mengering dan mewarnakan rambut secara keterlaluan.
Perubahan warna kulit
Anda mungkin perasan terdapat bintik bintik merah pada kulit muka dan leher sebaik sahaja melahirkan, jangan bimbang kerana ia sebenarnya disebabkan oleh saluran darah kecil yang pecah semasa proses meneran. Bintik ini akan hilang selepas 1 minggu. Kesan tegangan pada perut walaubagaimanapun tidak akan hilang dengan senang. Ia akan berubah dari berwarna hitam kepada warna putih cuma selepas beberapa bulan. Perubahan kulit lain seperti jaluran hitam ditengah perut akan hilang sepenuhnya secara beransur ansur.
Perubahan emosi
Selain dari perubahan fizikal, ibu juga kerap mengalami ganguan emosi seperti ‘mood swing’, dilanda kesedihan tak menentu, dan risau berpanjangan. Ada juga yang mengalami masalah kemurungan atau dipanggil ‘baby blues’. Ia selalunya berakhir selepas 10 hari dan dalam masa tersebut, cuba dapatkan tidur secukupnya dan mintalah pertolongan dan nasihat dari saudara-mara atau ibu jika perlu. Sekiranya anda merasa kemurungan semakin teruk seperti rasa tiada harapan, berjumpalah dengan doktor.
Perut buncit dan berangin
Sebaik sahaja melahirkan, fizikal anda akan masih kelihatan bulat, tidak ramping dan ‘flabby’. Sesetengah masih kelihatan masih seperti orang hamil disebab disebabkan usus yang mengandungi angin berlebihan. Jangan risau. Keadaan ini hanya sementara kerana semua cecair badan dan lebihan lemak yang anda kumpul semasa hamil akan hilang perlahan-lahan. Selepas beberapa minggu, anda sudahpun 60-80% hampir kepada bentuk asal anda seperti sebelum hamil. Sekiranya anda menyusu badan secara eklusif, berat anda akan lebih berkurangan dengan kadar yang lebih cepat. Ia memang berkesan ke atas saya. Berterima kasihlah kepada bayi anda.
Pemeriksaan selepas pantang
Selepas 6 minggu, doktor anda akan memeriksa keadaan faraj dan rahim untuk pastikan sistem peranakan anda pulih 100%. Ujian Pap Smear dan US mungkin akan dibuat. Ambil peluang ini untuk bertanya tentang kaedah perancang keluarga, sebarang isu tentang penyusuan dan bayi atau apa jua masalah yang menganggu fikiran anda. Biasanya selepas 6 minggu anda sudahpun sihat sepenuhnya dan dapat menyesuaikan diri sebagai seorang ibu dalam menjalani kehidupan baru.
Harus diingatkan bahawa masalah yang dihadapi selepas bersalin adalah berbeza bagi setiap ibu. Janganlah anda berasa takut untuk melahirkan anak kerana ia adalah anugerah yang tidak terhingga kepada kita. Percayalah walau sakit macam mana sekalipun, kesakitan itu akan hilang sebaik menatap wajah si comel anda. Sekian sahaja dari saya.
Ahad, 13 Februari 2011
Masalah Yang Mungkin dihadapi Selepas Bersalin Part 1
Selepas wanita bersalin, dia akan menghadapi beberapa masalah yang kerap berlaku kepada segelintir wanita yang bersalin secara normal atau bukan secara normal (pembedahan). Ia adalah perkara biasa dan akan sembuh tidak berapa lama kemudian. Disini saya kongsikan beberapa masalah yang mungkin akan dihadapi oleh wanita yang bergelar ibu berdasarkan pengalaman saya dan kawan-kawan saya.
Sakit pada Faraj
Sekiranya anda mengalami episiotomi atau koyakan semada melahirkan, anda akan mengalami sakit pada faraj. Kesakitan mungkin akan belarutan sehingga 2-3 minggu terutama semasa anda berjalan atau duduk. Koyakan yang panjang mungkin akan mengambil lebih masa untuk sembuh sepenuhnya.
Tip untuk mempastikan luka koyakkan cepat baik
Darah nifas
Anda akan mengalami pengaliran darah nifas sehingga 6 minggu selepas bersalin. Pada mulanya ia merah dan banyak, tapi lama kelamaan ia akan beransur kurang menjadi berwarna coklat. Sekiranya anda duduk atau baring buat seketika, anda mungkin perasan pendarahan yang keluar terutama semasa dan selepas menyusukan bayi. Itu normal dan anda janganlah panik pula. Pastikan pad sanitari (tuala wanita) ditukar dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan kuman pada luka. Jangan cemas sekiranya keluar darah beku sekali sekala. Ia kerap terjadi.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengalami masalah ini, jumpalah doktor dengan segera.
- Pad sanitari dipenuhi darah walau ditukar setiap setengah jam
- Darah yang keluar berbau busuk
- Darah beku yang keluar lebih besar dari bola
golf - Mengalami demam 38 darjah atau lebih
Sakit rengat
Sakit pada rahim sebaik melahirkan memang kerap terjadi tapi anda jangan risau kerana ia cuma dari rahim yang mengecut dengan kuatnya. Kecutan rahim menghalang aliran darah dari rahim seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah. Sakit juga sering berlaku semasa anda menyusu dan ia lebih kerap terjadi pada kandungan kedua dan seterusnya. Walaubagaimanapun, sekiranya sakit rahim makin kuat disertai dengan darah yang berbau busuk. Eloklah anda jangan membuang masa lagi. Jumpalah doktor untuk pastikan tiada jangkitan kuman pada rahim.
Susah kencing
Bengkak dan calar pada tisu sekitar ruang faraj dan pundi kencing kadang kadang boleh menyebabkan anda sukar kencing selepas melahirkan. Cuba buat senaman kemutkan faraj semasa kencing dan letakkan pad suam atau sejuk pada faraj untuk kurangkan bengkak. Sukar kencing terjadi tidak lama kerana ia hilang dengan sendiri selepas beberapa hari. Walaubagaimanapun, sekiranya faraj menjadi pedih dan anda kerap terasa hendak kencing setiap 1 jam ia mungkin tanda jangkitan kuman pada pundi kencing. Jumpalah dengan doktor ye.
Sabtu, 12 Februari 2011
Senaman Kegels Bagus Untuk Wanita Hamil
Senaman ini adalah sesuatu yang harus dipelajari oleh setiap wanita mengandung kerana ia bukan sahaja mudah dipelajari malah boleh diamalkan di mana-mana sahaja. Senaman Kegels cuma memerlukan sedikit usaha namun ia memberi begitu banyak manafaat, anda sememangnya tidak mempunyai sebab untuk tidak mempelajarinya. Senaman ini menumpukan kepada otot pada pelvis, menolong menguatkan salur kencing, pundi kencing, rahim dan usus rektum.
Wanita hamil digalakan mebuat senaman ini kerana otot pelvis yang kuat akan menolong melancarkan kelahiran terutama semasa proses meneran. Lagipun, ia mengurangkan risiko untuk berlaku koyakkan semasa bersalin.
Semasa pantang, kegel boleh menolong anda pulih dari luka episiotomi dengan lebih cepat, menolong mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot plevis anda.
Manfaat kegel bukan berhenti setakat itu:
Wanita hamil digalakan mebuat senaman ini kerana otot pelvis yang kuat akan menolong melancarkan kelahiran terutama semasa proses meneran. Lagipun, ia mengurangkan risiko untuk berlaku koyakkan semasa bersalin.
Semasa pantang, kegel boleh menolong anda pulih dari luka episiotomi dengan lebih cepat, menolong mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot plevis anda.
Manfaat kegel bukan berhenti setakat itu:
- Ia boleh mengelak dari mendapat rahim jatuh (prolapse) di masa hadapan
- Memudahkan anda mengalami klimaks semasa seks
- Mengurang buasir
Bagaimana untuk membuat senaman Kegels?
Ia cukup senang dibuat:- Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing
- Tahan selama 2-3saat
- Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat
- Buat 25 kali setiap kali tiga kali sehari pagi petang atau malam tidak kira dimana anda berada, sambil menonton TV, sambil memasak, mencuci kain dan sebagainya. Anda mungkin boleh meningkatkan masa kecutan sekiranya otot sudah menjadi kuat.
- Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan.
Jumaat, 11 Februari 2011
Kekal Langsing Dengan Serat
Jom kita ramai memasukkan serat dalam diet seharian agar kekal langsing. Percaya atau tidak wanita yang makan makanan berbijirin seperti oat adalah 49% kurang risiko mendapat masalah penambahan berat badan sehingga 12 tahun lamanya. Apa yang penting jadikan semua ini konsisten agar mendapat hasil yang diingini.
Rabu, 9 Februari 2011
Hilangkan Urat Labah-Labah dengan Vitamin C
Kalau anda perasan kulit anda banyak mengandungi saraf seperti sarang labah-labah, anda haruslah mengutamakan tiga hidangan makanan yang kaya dengan vitamin C setiap hari.
Ia akan membantu anda untuk mengurangkan bentuknya. Selain itu, anda juga dinasihatkan agar jangan menyilang kaki dan lakukan senaman aerobik ringan setiap minggu. Oleh itu, sentiasa lah memastikan setiap hidangan anda mengandungi vitamin C.
Selasa, 1 Februari 2011
Manjakani : Istimewanya pada Wanita
Ramai orang mengenali kacip fatimah tumbuhan herba yang besar peranannya dalam meningkatkan kesihatan golongan wanita, namun adakah anda mengetahui akan satu lagi tumbuhan herba yang turut bermanfaat kepada wanita iaitu manjakani.
Manjakani sesuai untuk golongan wanita;
- Wanita yang mempunyai masalah longgar dinding vagina
- Wanita yang mengalami masalah keputihan berlebihan, kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan pada vagina
- Wanita yang kitaran haidnya terganggu
- Wanita yang menderita PMS dan kekejangan
- Wanita yang gemar mengekalkan atau menigngkatkan kecergasan serta kesihatan fizikal
- Tidak digalakkan penambilannya untuk wanita hamil
Kelebihan dan Keistimewaannya;
- Menjadikan badan kekal langsing
- Mengetatkan otot-otot perut
- Mengawal kitaran haid dan mengurangkan kekejangan serta sakit belakang semasa haid
- Mengekalkan badan agar sihat, segar dan cergas sentiasa
Manjakani juga banyak digunakan dalam menghasilkan ubat-ubatan untuk kegunaan ramai. Antara kelebihan manjakani dalam perubatan ialah;
- Awet muda - Kandungan anti oksidannya mampu melambatkan proses penuaan
- Elak diabetes - Asid gallic berupaya membantu mengatasi masalah diabetes dan asma
- Hindari kanser payudara dan serviks - Kandungan anti oksidannya jugs berperanan mengatasi penyakit kanser.
- Atasi lebihan darah haid - Astringent di dalamnya boleh menyerap darah yang berlebihan ekoran haid.
- Penyembuhan tisu-tisu luar - Astringent dalam manjakani membantu menyembuhkan kerosakan tisu luar selepas bersalin
- Mencantikkan kulit - Astringent turut berpotensi melicinkan dan menegangkan kulit selain mencegah pertumbuhan jerawat disamping merawat kulit kering dan berminyak
- Mata sihat - Astringent dapat memulihkan masalah mata kerana kemampuannya mengecutkan tisu-tisu pada mata
- Rawatan payudara - Ciri-ciri keanjalan manjakani dalam merawat otot-otot membantu memperbaiki keanjalan payudara
- Gigi dan tulang - Kalsium yang didapati pada manjakani membantu memperkuatkan gigi dan tulang
- Mulut - Kandungan astringent dalam manjakani berfungsi memelihara kebersihan mulut
- Kaya dengan vitamin - Kandungan fiber yang terdapat dalam manjakani secara tidak langsung mencegah masalah sembelit.
Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan berkenaan dengan manjakani. Saya juga menyarankan agar wanita lepas bersalin mengamalkan minum air manjakani ini.
Langgan:
Catatan (Atom)