ketahuilah bahawa KLUANG RAIL COFFEE adalah tidak halal!!...ikuti kesahihannya di bawah :
=========================================================================
Monday, 14 February 2011 10:48 |
- Syarikat ini mempunyai beberapa cawangan di seluruh Negara, termasuklah 4 cawangan di negeri Johor, iaitu: a) Stesen keretapi Kluang, 86000 Kluang, Johor. b) No.33, Jalan Manggis, 86000 Kluang, Johor c) No.21 & 22, Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaan Tasik, 86000 Kluang, Johor. d) L2-35, aras Lereng Bukit, Plaza Kotaraya, 80000 Johor Bahru. - Jabatan Agama Johor telah menerima aduan awam mengenai serbuk kopi Syarikat Kluang Rail Coffee yang dicampur dengan tulang babi. - Pada 19 Januari 2011 pemeriksaan premis telah dijalankan di premis beralamat No.21 & 22, Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaan Tasik, 86000 Kluang, Johor. - Beberapa sampel telah diambil termasuklah semua kopi serbuk dan uncang yang dikeluarkan oleh Syarikat Kluang Rail Coffee. - Sampel tersebut telah dihantar Ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. Keputusan analisis Kopi – Kluang Rail Coffee Semua sampel kopi Kluang Rail Coffee yang dianalisis Jabatan Kimia telah diterima oleh Jabatan Agama Johor dan keputusannya : Serbuk kopi (dalam pek), serbuk (dalam balang) dan serbuk kopi uncang Positif terdapat DNA Babi Permohonan Halal Kluang Rail Coffee - Semua premis Kluang Rail Coffee telah membuat permohonan halal ke Jabatan Agama Johor pada April 2010 dan dalam proses tindakan. Jabatan Agama Johor akan memberi Sijil Pengesahan halal Johor sekiranya semua prosedur di bawah Garis Panduan Pensijilan Halal Johor dipatuhi.========================================================================= |