Nuffnang Ads

Isnin, 31 Januari 2011

Harumkan Dapur dengan Kayu Manis

Bagi anda yang memasak setiap hari, pasti tidak terlepas masalah dapur berbau. Tahu cara menghilangkannya? Sekali lagi tumbuhan semulajadi membantu. Kulit kayu manis, bunga cengkih dan cuka direndam bersama mujarab menghilangkan bauan yang kurang enak ini. Sembur atau lap lah air rebusan ini pada sekitar dapur. Selamat mencuba..

Sup Cendawan Berkrim

Bahan-bahan;
200g isi ayam - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dihiris
250g mentega
1 tin cendawan butang - dipotong nipis
240g tepung gandum
1 1/2 liter air
500ml susu segar
2 ketul kiub ayam
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa
bahan perasa secukupnya

Cara memasak;

  1. Panaskan mentega di dalam periuk dengan api perlahan sehingga cair.
  2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga layu.
  3. Masukkan isis ayam dan cendawan tadi. Kacau sehingga ayam masak.
  4. Masukkan tepung gandum. kacau sehingga kuning.
  5. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau selalu agar tepung tidak berketul. Biar mendidih.
  6. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
  7. Kemudian kisar semua bahan yang dimasak tadi tetapi jangan terlalu halus.
  8. Masukkan semula semua bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk dan masak semula di atas api yang perlahan.
  9. Masukkan susu segar, kiub ayam, perasa, lada sulah dan garam secukup rasa. Kacau dan biarkan mendidih seketika.

Ahad, 30 Januari 2011

Nilai Murni Seorang Suami

Ikatan perkahwinan seharusnya dibina bersama landasan agamayang kukuh bukannya nafsu semata-mata. Oleh itu rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab suami sebagai pemimpin dan ketua keluarga yang sempurna kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat, masa, cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing ke arah keluarga yang bahagia. Seorang pemimpin  yang baik perlu memenuhi beberapa tanggungjawab agar mahligai yang dibina berkekalan sampai ke syurga insyaallah..

  • Amanah - Seorang suami hendaklah menanam sifat-sifat amanah terhadap perhubungan bersama isteri dan keluarga kerana tanpa sifat amanah ini akan menimbulkan syak wasangka dan curiga yang boleh menggugat perhubungan. Sikap saling percaya mempercayai pula penting bagi mewujudkan rumahtangga yang harmoni dan bahagia.
  • Memberi Nafkah - Suami bertanggungjawab dalam memenuhi nafkah zahir dan keperluan asas seperti tempat tinggal mengikut kemampuan suami selagi isteri masih taat dan setia kepadanya.
  • Layanan yang Baik - Sifat semulajadi wanita yang lembut memerlukan perhatian yang lebih dari  seorang lelaki. Wanita sememangnya mahu dilayan lembut dan baik. Jika isteri membuat kesilapan dan perkara yang tidak disukai, nasihatkanlah dengan cara lembut. 
  • Didikan Agama - Suami perlu tegas dalam membimbing isteri dan keluarga agar tidak  jauh terpesong dari landasan agama. Bimbingan dan tunjuk ajar dari seorang suami akan melindungi diri isterinya dari terjebak dengan kancah dunia lalu membawanya ke pintu syurga.
  • Memenuhi keperluan nafkah batin  - Hah, yang ini perlu dipandang berat oleh suami kerana ianya menjamin kebahagiaan rumahtangga.
Apapun, terpulang pada individu itu sendiri dalam melakar kebahagiaannya bersama keluarga. Saya percaya sebagai seorang wanita, kita mesti menginginkan yang terbaik dari pasangan kita. Namun sebagai hamba kepada-Nya, kita tidak lah sesempurna seperti yang diingini. Wassalam..

Sabtu, 29 Januari 2011

Istilah Minyak Wangi

Sering kita lihat banyak minyak wangi di pasaran dan kita juga terkadang kala keliru dengan istilah yang dicetak pada botol dalam minyak wangi ini. Ada istilah eau de perfume atau eau de toilette. Untuk itu aku ingin kongsikan sedikit sebanyak mengenai istilah minyak wangi ini  agar memudahkan kita memilih wangi pada masa akan  datang..

  • Eau de Cologne - Jenis wangian ini yang paling ringan jika dibandingkan dengan yang lain, kerana kandungan alkoholnya tinggi dan wangiannya cepat menguap. Biasanya wangian ini beraroma menyegarkan. Contohnya kita boleh dapati pada tisu basah yang sesuai digunakan sebagai penyegar selepas melakukan sebarang aktiviti.
  • Eau de Toilette - Wangian ini berada setingkat diatas cologne. Kandungan alkoholnya kurang sedikit berbanding dengan cologne. Untuk kesegaran yang bertahan lama, wangian jenis ini adalah pilihan yang sesuai kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam dan sesuai untu banyak acara.
  • Eau de Perfume - Ia mempunyai kandungan alkohol yang sedikit, aroma wanginya tahan lama dan kuat. Selalunya lebih sesuai digunakan pada malam hari, terutama untuk menghadiri acara formal.
  • Minyak Wangi - Kadar patinya mencapai 20 peratus dan asli tanpa campuran alkohol. Jika anda mengenakan wangian ini, bukan sahaja tubuh akan berbau harum malah boleh dihidu dari jarak yang cukup jauh dan tahan lama.
Itu sahaja lah yang dapat saya kongsikan berkenaan dengan istilah minyak wangi ini. Marilah kita sama-sama memahaminya agar dapat memudahkan kita dalam memilih wangian disamping mengetahui maksud istilah nya.

Jumaat, 28 Januari 2011

10 Panduan merealisasikan Perkahwinan Dalam Taman

Merealisasikan perkahwinan dalam taman ibarat mimpi menjadi kenyataan. Taman sememangnya menjadi lokasi paling indah buat bakal-bakal pengantin untuk mengabadikan kenangan hari bersejarah mereka. Segalanya bertambah romantis dengan tiupan angin yang membangkitkan suasana tenang di dalam taman serta pepohon hijau dan kehijauan flora yang menceriakan lagi persekitaran. Berikut sedikit panduan yang ingin di kongsikan bersaama;

  1. Pilih lokasi yang memberi pilihan untuk anda membuat majlis di tempat terbuka dan juga tertutup. Buat la perancangan yang teliti.
  2. Tetapkan jumlah tetamu yang ingin di jemput untuk memudahkan anda menentukan lokasi taman yang sesuai. Biasanya, perkahwinan dalam taman hanya melibatkan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan terdekat dan rapat sahaja. 
  3. Pastikan anda mempunyai BAJET yang cukup.
  4. Jika lokasi majlis yang dipilih merupakan kawasan-kawasan rekreasi dan terpelihara seumpamanya, pastikan anda meminta kebenaran terlebih dahulu dari pihak berkuasa bagi mengelakkan berlakunya kesulitan.
  5. Bentuk satu pasukan kerja yang akan menguruskan segala hal perkahwinan.
  6. Tentukan tempat duduk (atau berdiri) para tetamu dan pengantin sewaktu majlis berlangsung. Ambil kira juga kedudukan matahari ketika itu.
  7. Pemilihan kad jemputan.
  8. Pemilihan  muzik yang sesuai.
  9. Pemilihan kek bertingkat dengan di hiasi bunga-bunga segar.
  10. Pilih lah konsep bufet untuk majlis tersebut.

Isnin, 24 Januari 2011

Uban

Jangan pula anda menjerit suatu hari nanti sekiranya anda mendapati rambut sudah mulai putih. Uban adalah perkara biasa mengikut peredaran masa. Uban terjadi kerana berkurangnya proses pigmentasi terutamanya di helaian hitam rambut anda. Sehingga kini, tiada ubat yang boleh mengatasi masalah ini. Merokok merupakan faktor yang menyebabkan uban tumbuh sebelum waktunya. Faktor genetik juga merupakan antara sebab pertumbuhan uban.

Ahad, 23 Januari 2011

Tips Memilih Stroller Untuk Bayi

Selepas waktu berpantang, tentu sekali para ibu ingin keluar melihat persekitaran yang dah lama tidak dihayati..(hehe). Iya lah masa berpantang asyik duduk umah saja, so tibalah masanya untuk keluar makan angin dengan bayi. Keluar bersama bayi? Takkan nak gendong saja mesti penat, so baik kita belanjakan sedikit duit untuk membeli barangan baby carrier seperti stroller baby. Kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang ingin membeli stroller untuk si anak, disini  saya kongsikan beberapa tip untuk memilih kereta sorong bayi @ stroller. Apa yang penting pilihan tersebut mestilah mengutamakan aspek keselamatan baby.


Antaranya;
  • Perhatikan sandaran stroller. Jika baby belum boleh duduk sendiri, sandarannya harus dalam keadaan rebah dan sebaliknya boleh ditegakkan (fleksibel lah katakan).
  • Perhatikan roda stroller. Roda stroller harus mempunyai roda-roda yang kukuh dan mudah di kendalikan. Mestilah, coz kita bukan hanya membawa baby berjalan-jalan dalam shopping complex malah kita akan membawanya ke taman-taman juga.
  • Mempunyai kelengkapan seperti pelindung matahari, penahan @ pengunci roda, tali keselamatan dan leg holes (pemisah kaki) agar baby sentiasa berada di tempatnya saat stroller dalam keadaan melorot.
  • Bahagian bawah stroller mestilah luas untuk mengelakkan ia terbalik. Dan jangan membebani stroller dengan tas yang berat.
Jadi bila dah mempunyai stroller baby, jangan lupa pula aspek kebersihan. Ibubapa harus lah menjaga kebersihan agar bayi terhindar dari sebarang penyakit. Dan jangan lupa bayi masih perlukan stimulasi dan sentuhan meskipun berada dalam stroller. Justeru itu, berhenti sejenak untuk mengusap dan membelai atau memijat-mijat kaki tangannya untuk seketika. Pandanglah bayi anda dan berbicaralah dengannya agar bayi tidak merasa boring atau keseorangan.

Jumaat, 21 Januari 2011

Putu (Masakan Suku Kaum Suluk dan Bajau) Hidangan untuk 5 orang


Bahan-bahan
1 kg ubi kayu, diparut dan diperah airnya
60 g (1/2 cawan) kelapa parut
600 g ikan kayu atau ikan tongkol
3 g (1/2 sudu teh) garam
daun pisang yang telah dilayukan atau plastik untuk menggulung ubi kayu
10 g (10 tangkai) cili kering
120 g (10 batang) serai
80 g (10 biji) bawang merah          ditumbuk kasar
4 g (2 sm) kunyit hidup
20 g (4 biji) bawang putih
Cara memasak
  1. Ubi kayu yang diparut, digaul rata dengan kelapa parut. Ramuan itu dimasukkan ke dalam bekas loyang dan dikukus selama 15 minit atau sehingga masak. Bila sejuk gulung dengan daun pisang atau plastic hingga padat.
  2. Bersihkan ikan kayu dan sapu dengan garam dan sumbat bahagian perutnya dengan ramuan yang ditumbuk. Bakar di atas kayu api atau ketuhar jingga rangup.
  3. Putu (ubi kayu) dipotong bulat dan dimakan bersama ikan bakar

Menghilangkan lendir di badan ikan haruan



siang ikan haruan kemudian bubuh tepung gandum dan gosok ke atas ikan.cuci dengan air bersih selamat mencuba.
Dipetik dari maggi

Keracunan Makanan Ketika Hamil

Keracunan makanan boleh membahayakan kesihatan sekiranya berlaku konstraksi semasa kehamilan. Wanita hamil akan menghadapi simptom-simptom ringan seperti demam serta sakit-sakit badan. Sekiranya terjadi, wanita hamil harus memulihkan diri secepat mungkin kalau tidak ia akan menjangkiti bayi dalam kandungan nanti. Oleh itu, wanita hamil perlu mengambil penjagaan yang rapi bagi mengelakkan makanan yang mungkin tercemar.

Tanda-tanda keracunan makanan:
  • selesma disertai dengan demam dan kesejukan
  • loya
  • cirit-birit
  • kekejangan bahagian abdomen atau dehidrasi
  • sakit kepala melampau atau sakit di bahagian leher
Jika berlaku kepada wanita hamil, mereka harus lah menghubungi doktor untuk mendapatkan rawatan. Hal ini kerana apabila wanita hamil didiagnosis dan dirawat dengan awal, ia dapat mengelakkan keguguran dan bayi mati dalam kandungan.

Panduan mengelakkan keracunan makanan bagi wanita hamil;
  • Jangan beli sebarang makanan yang dah tamat tarikh luput atau kerosakan pada bahagian sampul makanan.
  • Elakkan susu tidak berpasteur dan makanan yang diperbuat daripadanya.
  • Biarkan daging dan tenusu disejukkan pada suhu 40 darjah dan ke bawah
  • Pastikan tangan bersih sebelum makan
  • Basuh sayur-sayuran terlebih dahulu
  • Perap atau lembutkan makanan dalam peti ais 
  • Jangan hidangkan telur mentah atau makanan yang mengandunginya.
  • Masak daging dan makanan laut semasak-masaknya.
  • Pastikan makanan dihidangkan secepat mungkin selepas siap dimasak.
  • Panaskan semula makanan yang ditinggalkan atau makanan segera.
  • Walaupun risiko makanan delikatesen rendah, namun wanita hamil perlu mengelakkan daging deli.

Let's win 40K!!!

My way of re-energizing my day is a large cup of #MiloFuzeJamPack and playing this crazy addictive game. I want to get the high score to win iPod Shuffle!

Khamis, 20 Januari 2011

Pantang Larang Ketika Hamil

Bukan semua kecederaan atau kecacatan semasa kehamilan boleh dielakkan, tetapi si ibu boleh mencegahnya dari awal supaya mereka mendapat bayi yang sihat. Kebanyakan kecacatan semasa kelahiran berlaku di awal kehamilan atau sebelum mereka mengetahui bahawa mereka hamil. Semasa hamil anak pertama, saya pun ada juga mengikuti beberapa pantang larang yang mak saya bagitahu dan saya juga banyak membaca majalah keibubapaan. Almaklum lah saya hamil jauh di perantauan dan hanya ditemani oleh suami. Namun begitu saya kerap membuat panggilan kepada keluarga saya dan keluarga suami, bertanyakan sebarang kemusykilan berkaitan dengan kehamilan ini.

Ini ada beberapa perkara secara umumnya yang harus dilakukan oleh bakal ibu;

  • Dapatkan tidur yang secukupnya. 
  • Makan dengan sihat. Pastikan ibu mendapat vitamin secukupnya terutamanya asid folik. Jangan mengelakkan sebarang hidangan terutamanya susu bagi mendapatkan kalsium yang tinggi dan protein di dalam diet untuk ibu dan bayi.
  • Hadkan pengambilan kafein. Kafein boleh dikaitkan dengan keguguran dan kurangkan pengambilannya semasa kehamilan.
  • Mengurangkan tekanan. Tekanan boleh mengakibatkan ibu cenderung untuk makan sedikit dan tidak mendapat tidur yang secukupnya.
  • Memakai tali keledar. Berlakunya kemalangan di jalan raya merupakan penyumbang besar kepada keguguran dan kecederaan bayi dalam kandungan Justeru itu, pastikan anda memakai tali keledar sentiasa.
  • Bersenam. Jika anda bersenam sebelum anda hamil, lakukan pada kadar yang lebih sederhana. Ini akan memudahkan untuk anda semasa proses kelahiran nanti. Jika tidak pernah, berbincanglah dengan doktor tentang jenis senaman yang sesuai dan terbaik untuk anda.
  • Sentiasa berhati-hati dengan penggunaan ubat-ubatan. Periksa dengan doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.
  • Dapatkan berat badan yang sihat. Umum diketahui bahawa wanita akan mendapat berat badan di antara 25-30 kilo semasa kehamilan. Jangan memaksa diri untuk berdiet atau tidak makan pada masa ini. Dan jangan lah pula menggunakan kehamilan sebagai alasan untuk ibu menambah berat badan.
  • Sentiasa berjaga-jaga dengan makanan yang boleh menyebabkan penyakit. Ambil langkah berjaga-jaga apabila mengendalikan makanan mentah seperti daging, sayur dan buah-buahan kerana pada masa kehamilan ini sistem imunisasi ibu akan berkurangan.
  • Banyakkan bertanya soalan kepada yang pakar seperti doktor.
Perkara yang TIDAK harus dilakukan semasa tempoh kehamilan;
  • Makan ikan yang banyak kandungan merkuri seperti pari, jerung, tuna dan todak. FDA mencadangkan agar ibu mendapatkan tidak lebih daripada 1 atau 2 hidangan ikan atau kerang yang  mengandungi merkuri rendah setiap minggu.
  • Merokok atau mengambil sebarang dadah.
  • Mengambil susu atau produk susu seperti keju yang tidak dipasteurkan.
  • Melakukan aktiviti yang lasak yang boleh menyebabkan ibu terjatuh.
  • Mandi air panas atau bersauna. Suhu badan yang sesuai semasa kehamilan ialah sederhana dan tidak terlalu panas. Tahap cecair dalam badan juga harus dikawal dengan minum banyak air.
  • Menukar atau membersihkan kotak kumbahan kucing.
  • Elakkan pembersih toksik dan bahan-bahan berbahaya seperti pelarut, tin aerosol dan penanggal cat kerana boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.
okay itu saja buat masa ini. Apa yang diberikan hanyalah garis panduan umum untuk ibu yang nak hamil atau tengah hamil.

Rabu, 19 Januari 2011

Keguguran Kandungan : Yang perlu kita tahu

Adakah anda pernah mengalami keguguran? Saya setakat ni alhamdullillah, tak pernah lagi ada pengalaman itu. Dan kalu boleh tak ingin merasainya. Mudah-mudahan..kali ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai keguguran yang pernah saya baca.


Keguguran secara dasarnya adalah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Biasanya ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat dan tidak dapat membentuk dengan sempurna. Apabila berlakunya keguguran, ia tidak bermakna seseorang wanita itu tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.

Terdapat beberapa faktor yang berkait rapat dengan risiko berhadapan dengan keguguran iaitu;

  • Pemakanan yang tidak sihat.
  • Merokok
  • Hormon tidak seimbang
  • Jangkitan kuman
  • Masalah penyakit seperti jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid.
  • Terdedah kepada radiasi dengan banyak
  • Pengambilan ubat yang memudaratkan bayi
  • Demam panas
  • Masalah rahim 
Pendarahan semasa awal kehamilan juga merupakan salah satu tanda keguguran. Adalah dinasihatkan agar terus berjumpa dengan doktor sekiranya berlaku pendarahan seperti berikut;
  • Pendarahan yang ringan tetapi berpanjangan sehingga 2 minggu.
  • Pendarahan yang membasahi satu tuala wanita 
  • Pendarahan yang berketul-ketul
  • Sakit perut berpanjangan
  • keluar lendir yang berbau dari faraj
  • Demam melebihi 38*C
Lazimnya, selepas mengalami keguguran, seseorang wanita itu akan berasa sakit pada bahagian bawah ari-ari seperti mana sakit semasa haid. Ia mungkin berpanjangan sehingga dua hari selepas keguguran dan haid normal akan kembali seperti biasa selepas 3 hingga 6 minggu. Dalam tempoh tersebut, beberapa perkara perlu diambil berat seperti tidak menggunakan tampon, tidak berenang atau berendam dalam sauna panas dan tidak membuat hubungan kelamin sebaik saja keguguran. Doktor akan mencadangkan supaya menunggu sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum merancang untuk hamil semula. Ini bagi memberikan masa untuk rahim dan badan sembuh.

Ini saja yang dapat saya kongsikan bersama anda. Sebarang kekurangan saya harap dapat diperbaiki.

Cucur Bawang Berudang

Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
10 ekor udang basah (sederhana besar)
sedikit daun kucai (dipotong)
sedikit daun bawang (dipotong)
sedikit taugeh
3 tangkai cili hijau (dihiris halus)
1 ulas bawang besar (dihiris)
2 sudu besar cili kisar
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
1. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan gaulkan rata dengan air.
2. Masukkan pula cili hijau dan bawang besar yang telah dipotong.
3. Masukkan daun kucai bersama taugeh.
4. Masukkan cili kisar dan gaul sehingga sebati.
5. Panaskan minyak dan mula menggoreng. Masukkan setiap seekor udang dalam setiap gorengan cucur. Kaup balikkan gorengan dan angkat apabila kekuningan.

p/s: untuk membuat kuahnya, tumbuk cili padi bersama bawang putih sehingga lumat. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan cuka dan kacau sebati. Hidangkan bersama cucur bawang berudang..selamat mencuba.

Ahad, 16 Januari 2011

9 Petua Asas Adab Makan untuk Kanak-Kanak

Janganlah asyik menegur anak apabila
dia asyik melakukan kesilapan, pujilah
juga usahanya! ini akan menggalakkan
anak anda terus berusaha.
         Budak yang makan secara beradab akan menyelerakan lagi situasi teman-teman semejanya.Namun begitu adab makan bukan sekadar makan secara bersopan tetapi juga merangkumi sikap berbudi,bertimbang rasa dan menghormati orang yang semejanya. Adab makan yang lebih baik boleh diterap jika dimulakan sejak awal lagi. Penting untuk kita menunjukkan apa ertinya adab yang baik kerana kanak-kanak akan meniru apa yang mereka lihat dan dengar. semakin banyak masa yang kita luangkan bersama, maka semakin banyak lah peluang anak kita meniru kita.

Di bawah saya senaraikan 9 adab-adab makan yang lazim di kehendaki oleh kita sebagai ibu bapa kepada anak2.

01) Bersihkan diri! Suruh dia basuh tangan dan muka sebelum dan selepas makan.
02) Dilarang membawa alat2 mainan dan haiwan peliharaan. Jangan benarkan dia membawa alat mainan dan haiwan peliharaannya ke meja makan. Perhatian yang terganggu boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman makanan.
03) Duduk tegak. Pastikan dia duduk tegak tanpa meletakkan siku di atas meja.
04) Sebut "tolong" dan "terima kasih". Amalan ini tidak terbatas pada waktu makan saja. Perbuatan ini menunjukkan rasa hormat dan penghargaan kepada orang lain yang makan bersama-sama.
05) Tutup mulut ketika mengunyah. Ajar anak anda mengunyah makanannya sedikit-sedikit sambil menutup mulutnya. Bercakap sambil menyebabkan tersedak.
06) Mintak diri. Memohon kebenaran untuk berundur sesudah makan menunjukkan rasa hormat kepada orang yang masih makan.
07) Tunggu Sebentar...Tunggu sehingga semua orang duduk di meja makan sebelum mula makan.
08) Tolong hulurkan saya lauk itu...Ajarlah anak anda meminta orang lain hulurkan sesuatu kepadanya secara sopan.
09) Sedapkah makanan tadi? Jangan memberi sebarang komen yang tidak elok mengenai makanan yang dihidangkan kerana ia boleh melukakan perasaan seseorang. Sebaliknya ajarlah anak anda menjawab dengan baik jika dia tidak menghabiskan makanannya atau tidak menyukai sesuatu masakan yang dihidangkan.

Memupuk adab makan kepada anak2 sesuai di terapkan ketika anak2 masih kecil, lakukan dengan menyokong dan bertindak secara konsisten.

LOAN BANK UTK KAHWIN



Kesimpulannya...mari berbalik kepada hukum riba'.....Renung2kan dan selamat beramal.

Ust Azhar Idrus - Tidur waktu khutbah



Peringatan : Lepas nie jgn tidur dalam khutbah erk....hehehe

Jumaat, 14 Januari 2011

Saka dan Cara Mengatasinya - Ust Sharhan Shafie



Cara untuk mengetahui adakah keluarga kita mempunyai saka.

01) Bila tidur selalu di datangi mimpi menyusui bayi/melihat bayi/mendukung bayi.
02) Ketika baru bangun dari tidur, terdapat lebam2 pada tubuh badan.
03) Masaalah rumah tangga
04) Anak hyperactive/selalu menyusahkan orang.
05) Anak yg degil dan ketika tidur dia mengasah gigi.
06) Nervous tanpa sebab.
07) Badan sakit2 terutamanya di bahagian belakang/pinggang dan sendi2.

Cara untuk mengelakkan diri dari di ganggu saka.
- Amalkanlah ayat daripada Surah Al-Isra' ayat 82.

Selasa, 11 Januari 2011

Pembedahan Caesarean

Hai semua, saya just nak berkongsi pengalaman semasa bersalin anak pertama tahun lepas melalui pembedahan kerana poor progress + eclampsia. Saya dah terang sedikit berkenaan eclampsia pada artikel yang lepas, kali ni saya nak terangkan sedikit sebanyak berkenaan dengan section-C atau pembedahan. Pembedahan caesarean atau dikenali sebagai c-section adalah kaedah yang digunakan untuk melahirkan bayi secara pembedahan. Ia sering dilakukan sebagai pembedahan kecemasan apabila berlaku komplikasi semasa kelahiran bayi. Walaupun kelahiran secara normal lebih selamat untuk bayi dan ibu tetapi terdapat keadaan dimana melahirkan melalui c-section adalah lebih selamat dari kelahiran biasa.

Untuk pengetahuan semua saya melahirkan baby (16/102010) saya selepas melebihi tarikh jangkaan iaitu sebanyak 11 hari. (Due date saya 5/10/2010). Saya dimasukkan ke wad pada 14/10/2010 under IOL (Induce of Labour. Masa tu kandungan dah masuk minggu ke 41). Ada beberapa sebab wanita hamil untuk di induce iaitu apabila kelahiran sudah melebihi dari jangkaan. Sebab lain pula termasuk darah tinggi, bayi yang terbantut tumbesaran, pendarahan faraj yang tidak diketahui punca, kencing manis dan pecah air ketuban. Doktor akan memberikan sejenis yang dikenali sebagai oxytocin secara intravena.

Walaupun saya tidak menginginkan bersalin secara pembedahan, tetapi itulah hakikatnya. Semasa hari bersejarah itu, tekanan darah saya tinggi diiringi dengan sakit kepala dan serviks tidak membuka dengan luas. Berikut adalah beberapa sebab mengapa pembedahan harus dijalankan:

  • Pernah mengalami pembedahan pada rahim seperti membuang fibroid dan sebagainya.
  • Mengalami jangkitan kuman STD seperti HIV dan herpes- bayi mungkin boleh terkena jangkitan tersebut sekiranya bersalin normal.
  • Masalah perubatan seperti kencing manis dan darah tinggi yang teruk.
  • Bayi terlalu besar untuk pelvis ibu. 
  • Hamil lebih dari satu dan kembar pertama berkedudukan songsang.
  • Terdapat ketumbuhan yang besar yang menghalang bayi melalui pelvis.
  • Uri yang berada pada kedudukan bawah
  • Keadaan bayi songsang atau melintang
  • Dua kelahiran sebelumnya adalah kelahiran caesarean.

Sebab-sebab pembedahan caesarean semasa bersalin

Anak lemas : Terdapat perubahan degupan jantung bayi semasa saat bersalin. Ini menunjukan yang bayi tidak cukup oksigen dan perlu dikeluarkan dengan serta-merta.

Masalah uri: Kedudukan uri pada bahagian bawah menyebabkan pendarahan dan ini boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi jika pembedahan tidak dilakukan dengan segera.

Tiada progress : Disebalik kontraksi rahim yang kuat, serviks tidak membuka sebagaimana yang sepatutnya.

Pendarahan dari faraj secara tiba-tiba: Abruptio placenta dan plecenta preavia boleh membahayakan nyawa anak dan bayi.

Percubaan melahirkan Vacuum atau forceps yang gagal: Kadang-kadang didapati penggunakan forceps/ vacuum tidak dapat menolong melahirkan bayi.

Bayi sudah passed meconium: Terdapat meconium yang hijau pekat setelah ketuban dipecahkan menunjukkan tanda bayi sudah lemas.

Komplikasi pembedahan Caesarean

Pembedahan c-section adalah pembedahan besar dan seperti mana pembedahan yang lain, mempunyai terdapat risiko-risikonya yang tersendiri.

Risiko terhadap bayi

  • Kelahiran pra-matang
  • Masalah pernafasan
  • Luka

Risiko terhadap ibu

  • Jangkitan kuman pada rahim dan organ yang berdekatan
  • Lebih kehilangan darah –dua kali ganda lebih dari bersalin biasa.
  • Usus kurang aktif- rasa kembung, tidak selesa berterusan sehingga berhari-hari.
  • Komplikasi pernafasan- jangkitan paru-paru terutama apabila pesakit diberikan bius keseluruhan.
  • Tinggal di hospital dengan lebih lama
  • Reaksi terhadap ubat bius
  • Luka pada organ berdekatan seperti pundi kencing dan usus
  • Darah beku pada kaki, organ pelvis dan paru-paru
  • Sakit bersalin yang lebih lama
  • Berisiko untuk pembedahan hysterectomy (pemebedahan buang rahim akan tumpah darah yang banyak)
  • Berisiko untuk placenta accreta pada kandungan akan datang.

Walaupun saya tidak merasai sakit sebagaimana bersalin normal namun induce juga tidak kurang sakitnya. Saya masih ingat saya pernah meminta ubat pelali untuk menahan kesakitan itu. Apapun sakitnya sama sahaja dengan mereka yang bermula dengan cara semulajadi.

my baby


Jumaat, 7 Januari 2011

Amalan Cukur Jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan. 

Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh masyarakat Melayu ialah persandingan dan menepung tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak melarang tetapi dari segi perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya, menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar. Malah pengantin perempuan pada hari ini juga cenderung melukis pelbagai bentuk dan corak pada tangan mereka sedangkan ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang sebarang lukisan dilakukan pada anggota badan.

Adat cukur jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.
Peralatan cukur jambul
Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

Adat berendoi


Semasa adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam buaian dengan menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Langkah Hebat Elakkan Kedut Kulit

Tidak dinafikan semua orang akan mengalami hari tua dan masa itu kulit kita akan berkedut. Kaum wanita terutamanya pasti akan berasa kurang senang dengan perubahan tersebut dan akan mencuba pelbagai cara untuk menegangkan kembali kulit. Oleh itu, ketika muda inilah kita berusaha mengekalkan kulit yang tegang, berikut adalah sedikit langkah mudah untuk mengelakkan kedutan kulit.

1. Tidur terlentang
Tidur dalam beberapa posisi pada waktu malam mampu menyebabkan timbulnya sleep lines iaitu kedutan tang terukir di permukaan kulit dan memakan masa yang lama untuk hilang sewaktu terjaga dari tidur.Sebagai misalan, tidur mengiring boleh menambahkan kedutan di pipi dan dagu. Atasi masalah ini dengan tidur terlentang.

2. Makan lebih banyak ikan
Ikan salmon adalah sumber protein terbaik di mana ia bukan sekadar membantu penghasilan kulit yang cantik bahkan sumber terbaik asid lemak yang dikenali sebagai Omega-3. Asid ini mampu mengekalkan kekenyalan dan keremajaan kulit.

3. Jangan kecilkan mata anda
Mengerutkan dahi dan mengecilkan mata ketika sedang membaca atau memfokuskan pandangan terhadap sesuatu objek akan membentuk satu alur di bawah kulit. apa yang boleh di lakukan adalah dengan memakai kaca mata ketika membaca.

4. Berkawan baik dengan asid alfa-hidroksi (AHA)
Asid buah-buahan semulajadi bertindak membuang lapisan atas sel-sel kulit mati seterusnya mengurangkan garis-garis halus. Malah ada yang menyatakan AHA dapat membantu merangsang penghasilan kalogen.

5. Tukar kopi kepada koko
Koko banyak mengandungi dua flavonol (epicatchin dan catechin) yang melindungi kulit dari cahaya matahari, memperbaiki peredaran sel-sel kulit, penghidratan yang berkesan dan membuatkan kulit kelihatan lebih lembut.

6. Elak kerap cuci muka
Air paip dikatakan menghakis minyak pada kulit yang bertindak sebagai pelembap semulajadi bagi melindungi     kemunculan kedut-kedut di wajah. Mencuci muka terlalu kerap boleh menghilangkan fungsi perlindungan tersebut, melainkan pencuci muka tersebut mengandungi ramuan pelembap.

7. Pengambilan vitamin C
Seperti yang kita ketahui vitamin C boleh meningkatkan penghasilan kolagen, melindunginya daripada kerosakan yang disebabkan oleh UVA dan UVB serta memperbetulkan masalah pigmentasi kulit. 
8. Makan lebih banyak soya
Soya boleh membantu melindungi kulit melawan atau merawat kerosakan disebabkan sinar matahari. Selain itu,suplemen bersasaskan soya, ia dapat memperbaiki struktur kulit dan kekenyalannya hanya selepas 6 bulan pengambilannya.


Ahad, 2 Januari 2011

Kek Batik Milo Simple..

Saya ni buta kek cket..haha..pandai makan jer, buatnya tak reti..adushh..! tapi yang satu ni memang pandai la coz simple jer..Lagipun memang suka makan kek ni..Mesti da ramai yang tahu buat kek ni kan..saya just nak kongsi jer walaupun da terlambat..

Bahan-bahannya:
1 paket Biskut Marie
250g @ 1 buku Buttercup
250ml @ 1/2  tin susu pekat
200g milo
1 1/2 gelas air (agak-agak gelas tu sama dengan tin susu pekat)

Cara Membuatnya:
  1. Bancuhkan milo, susu dan air dalam satu bekas.Kacau sehingga sebati.
  2. Cairkan butter dalam periuk dengan api sederhana. Sementara itu, patah-patahkan  biskut marie.
  3. Setelah butter mencair, masukkan bancuhan milo tadi, kacau sehingga pekat dan likat. 
  4. Masukkan biskut marie dan gaul bersama bancuhan tadi.Selepas itu tutup api.
  5. Setelah selesai, pindahkan ke dalam bekas. Ratakan dan tekan agar padat, kemudian simpan dalam peti ais. 
inilah hasilnya..
Setelah beberapa jam, boleh lah dinikmati bersama teh o atau kopi.

Perkembangan Irfan Naqib…2 Bulan

Sekarang irfan anakku dah berusia 2 bulan. Antara perkembanagan yang dapat dilihat semasa 2 bulan ini ialah..:
  • Irfan dah mula mengenali saya ibunya. Dia akan bertindak balas bila melihat saya berada di sampingnya. Malah mendengar suara saya jer Irfan akan mula mencari arah suara itu. Irfan juga suka bila kita memanggil namanya.
  • Irfan akan menggerakkan tangan da n kakinya apabila berasa senang hati serta suka menghisap jari-jemarinya.
Tak dah orang layan, beginilah karenahnya.
  • Irfan sekarang dah mula belajar mengangkat anggota badannya. Dia akan cuba mengangkat badannya minta didukung apabila kita cuba  mengambilnya. Selain itu, Irfan juga sedang belajar mengangkat kepala dan menopang lehernya ketika saya meniarapkannya walaupun hanya dalam beberapa saat.
  •  Matanya mula dapat menangkap objek dan mengikuti gerakan objek tersebut. Sometimes, dia juga suka melihat color-color bright dan design yang unik seperti objek dalam tv.
  • Hah, yang paling best, Irfan da mula pandai berkomunikasi seperti bercakap walaupun kita  tak faham satu apa pun  katanya dan memberi respons bila diagah.. Mula tersenyum manis…hehehe..senyum yang memancing  respon ibunya untuk membuatnya tersenyum lebar.
Sukanya dia...kuat bercakap pulak tue..
  • Irfan juga sudah bijak meluahkan ekspresi nyer di kala boring, dia akan memanggil2 dengan megeluarkan suara untuk menarik perhatian ibu atau ayahnyer..

Setakat ni jer la yang dapat saya kongsikan..

Pengalamanku bersalin Anak pertama (Eclampsia)

Sebelum ini saya pernah menulis sedikit berkenaan sawan beranak, sebenarnya semasa hari saya hendak melahirkan iaitu pada 16hb October 2010, saya telah mengalami eclampsia secara tiba2, ia bermula dengan tekanan darah saya yg tiba2 naik mendadak sehingga mencecah 145/100. Sya pun jadi pelik coz selama ini tekanan darah saya berada di tahap normal ialah 120/90. Saya ingat lagi pada jam 2 pagi, saya di bawa turun ke labour room kerana mengalami konstraksi. Masa tu jalan baru buka 2cm. Keadaan labour room yang sangat dingin tu membuatkan kepala saya jadi pening.Pada masa tu lah doctor periksa  tekanan darah saya tinggi disertai pula dengan sakit kepala. Saya kemudiaan meminta nurse menelefon suami saya untuk masuk ke labour room supaya dapat tolong  memicit kepala saya yang tengah sakit.

Hampir jam 6 pagi, doctor  pun mula memasukkan ubat. Suami saya pun tiba, saya terus beritahu dia apa  yang terjadi. Sakit kepala saya berlarutan sampai ke petang hari dalam jam 4 petang…Sepanjang tempoh tersebut doctor ada buat beberapa kali pemeriksaan tekanan darah tetapi still tinggi lagi. Jalan pula buka setakat 5cm jer.Doktor beritahu saya jika tekanan darah saya still tinggi and kesan ubat tidak mampu buka jalan sampai 8 cm selama 10 jam tersebut, maka saya kena menjalani pembedahan.. Hal ini kerana , tekaan darah tinggi ini akan menjejaskan  bayi dalam kandungan. Saya pun beritahu suami keadaan saya yang kemungkinan besar akan menjalani pembedahan. Suami saya setuju jika itu adalah cara terakhir.

Picture after Section-C dan berada di LB.
Hah..petang tu setelah jalan tak buka sampai 8 cm and sakit kepala pun tak kebah-kebah juga, doctor buat persiapan untuk membawa saya ke bilik pembedahan. Pada masa itu lah, saya dapati kaki saya tiba-tiba mengeletar, saya sempat bertanya kepada nurse yang berada di sebelah saya ‘kenapa ni?’nurse juga turut berkata benda yang sama pada saya. Saya dan menjawab ‘tak tahu’. Then, saya tak sedar pape.

Picture di wad 5E, Hospital Serdang,Selangor.
Selama saya tidak sedar itulah pembedahan di jalankan selama setengah jam. Apabila pembedahan selesai kedengaran suara memanggil ‘lenny, bangun..kita nak bersihkan badan and buang darah kotor ni’, panggilan tersebut membuatkan sedar lalu membuka mata yang terasa berat ni. Kelihatan dua orang nurse sedang tersenyum sambil membersihkan badan saya. Saya ingin bertanya tetapi suara saya tak keluar.kemudian saya dibawa ke unit rawatan rapi (ICU). Doktor memberitahu saya bahawa saya kena sawan atau eclampsia dan membuatkan saya tidak sedarkan diri.. Tak lama kemudian suami saya datang sambil tersenyum dan mencium dahi saya.saya nak berkata sesuatu tapi suara still lagi tak kuar. Saya hanya mendengar dia berkata nak balik dan nak tanam uri. Uri?? Maknanya saya dah bersalin la..Alhamdulillah..Anakku lahir dengan berat 2.89kg pada jam 4.30 petang. Anakku di bawah jagaan nurse. Keesokan harinya,jam 8 malam barulah saya dibawa ke wad biasa dan  pada masa itu lah, saya dan anak baru dapat bersama..saya terpaksa tinggal selama 5 hari di hospital untuk pemantauan kesihatan. Mujur la progress in poor eclampsia..Tak pa lah, yang penting ibu dan anak dah selamat. Syukur Alhamdulillah…J

Sabtu, 1 Januari 2011

MANUSIA CERDIK IALAH MEREKA YANG MENGINGATI MATI


Jumaat, 02 April 2010 15:49 Zulkipli Din

E-mailCetakPDF
Oleh: Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

     TIDAK seorang pun yang sudi digolongkan sebagai orang yang jahil, sebaliknya masing-masing ingin dipandang sebagai orang yang bijak dan cerdik. Sekalipun mereka tidak berusaha untuk melayakkan dirinya untuk digolongkan sebagai manusia bijak dan cerdik, malah tidak kurang juga orang yang berlagak bijak meskipun dia sebenarnya adalah sebaliknya.

     Orang yang memiliki ijazah adalah orang yang bijak, tetapi tidak pula bererti orang yang tidak memiliki ijazah itu tidak bijak, kerana jika ditinjau dari kaca mata Islam bahawa orang yang beriman itu lebih bijak dari orang yang tidak beriman. Orang yang beriman dianggap bijak oleh Islam kerana mereka mengetahui tentang Allah yang Maha Esa, mengetahui rahsia disebalik alam barzakh. dan seterusnya mengetahui alam akhirat kekayaan dari harta negara dengan memperalatkan kekuasaan yang dimiliki, untuk kepentingan diri dan kelompoknya.

     Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Peniaga yang amanah akan bersama para malaikat yang mulia di akhirat kelak." dan pada hadith yang lain disebut: "Peniaga yang amanah akan bersamaku (Rasulullah) di dalam syurga."

     Natijah dari banyak mengingati mati itu akan melahirkan manusia yang berdisiplin tinggi, berakhlak mulia, tidak gentar menghadapi ancaman manusia, kerana dia tidak takut selain kepada Allah Taala. Dia berani menyatakan kebenaran meskipun seorang diri, kerana kebenaran itu adalah dari Allah Taala, justeru tidak ada sesuatu yang meragukan dia.

     Orang yang mengingati mati akan sentiasa berusaha menambahkan ilmu terutamanya tentang ilmu yang berhubung dengan Allah Taala, kerana asas kepada keimanan ialah ilmu. Sebab itulah Allah Taala berjanji akan mengangkat darjat orang yang berilmu sebagaimana firman-Allah SWT yang bermaksud;

" Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan".
(Surah al-Mujadilah ayat 11)

     Allah Taala mengangkat darjat orang beriman dan berilmu pengetahuan kerana mereka mempunyai asas yang kukuh untuk unggul ketaqwaannya, bahawa hati mereka sentiasa mengingati mati, sangat sensitif terhadap suruhan dan larang Allah, kemungkinan untuk mereka melanggar larangan Allah Taala adalah mustahil, kerana meninggalkan kefardhuan dan melakukan kejahatan akan menyulitkan kehidupannya di alam barzakh dan di akhirat. Mereka sentiasa gementar  terhadap ancaman Allah. Seperti firman Allah Taala yang bermaksud:


" Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang Yang melata serta binatang-binatang ternak, ada Yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampunan".

     Mengingati mati tidak akan menimbulkan kesan yang pasif atau negatif, sebagaimana anggapan setengah golongan orang yang tidak memahami hikmah di sebalik zikrul maut itu. Ramai orang jahil berkata, jika asyik ingat mati nescaya tidak akan membangun. Anggapan itu amat keliru kerana pembangunan masyarakat manusia tidak hanya pembangunan benda, kerana pembangunan benda tanpa pembangunan jiwa atau rohani pasti akan hancur binasa.


     Dunia menyaksikan betapa kemajuan benda yang dihasilkan oleh kepakaran manusia, kemudiannya dihancurkan oleh tangan manusia sendiri. Los Angles sebuah bandaraya di Amerika musnah menjadi abu apabila manusia merusuh, ekoran dari rasa tidak puas hati terhadap sistem perundangan yang tidak menghasilkan keadilan seperti yang mereka harapkan, khususnya ketika membicarakan kes Rodney King.

     Demikianlah nasib sebuah kotaraya yang disuburkan dengan tamaddun kekufuran, akibat sistem perundangan ciptaan manusia yang tidak berteraskan wahyu Ilahi, tanpa iman kepada Allah Taala, tiada kepercayaan kepada hari pembalasan, sebab itulah perundangan mereka tidak menjanjikan keadilan.

     Andainya manusia membangun kebendaan dan kemudiannya tangan mereka sendiri pula yang meruntuhnya, sudah nyata mereka bukan golongan yang cerdik. Justeru orang yang bodoh dan dangkal saja yang membina tamaddun benda semata-mata yang tidak menjanjikan kebahagiaan, sebaliknya untuk mewarisi kesengsaraan.
Mengingati mati akan melunakkan hati yang keras, serta menjinakkan narsu yang ganas, umpama seekor harimau yang hilang garangnya apabila tali tas atau tali cemeti dipecutkan di hadapannya.

     Apabila nafsu yang ganas telah ditundukkan, maka akan bertambah mudahlah usaha untuk membuat persiapan dan bekalan bagi menghadapi suatu kehidupan abadi selepas mati. Justeru nafsu yang ganas itulah yang selama ini menjadi penghalang, hendak menderma untuk kebajikan atau perjuangan menegakkan kalimah Allah tidak lagi keberatan kerana sifat bakhil yang didalangi oleh nafsu itu sudah ditundukkan.

     Orang yang tidak pernah mengingati mati adalah orang yang dangkal ilmu pengetahuan dan lemah, terutama dalam aspek kerohanian. Golongan tersebut sering menjadi tunggangan kepada nafsunya sendiri, hidup dalam suasana lalai dan terpesona dengan kelazatan dunia yang bersifat sementara, sedangkan kesenangan akhirat itulah yang kekal. Jika ada manusia yang tidak memilih kebahagiaan yang kekal, nescaya mereka itu adalah terdiri dari orang-orang yang dungu.


Read more: http://www.pahangkini.net/rencana/agama/144-manusia-cerdik-ialah-mereka-yang-mengingati-mati#ixzz19mPbLePy

Anda Mesti Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads